Jom join izan

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Friday, January 17, 2014

sos tiram anak sawi

anak sawi .... kalau dah dibelikan harus ... dimasakkan. inipun da jadi kegemaran kami suami isteri ..:)

kadang-kadang bila pergi "lunch" dengan "member-member" opis .. dapat member sekepala  ... suka makan sayur. selalunya member akak akan order sayuran masak itu.. masak ini ... nanti bila akak rasa sedap ... akan tanya pada member yang biasa makan ... macam mana masak sayur ni ... apa bahannya ... kadang bila lepas makan ... mesti teringin nak makan hidangan tu sekali lagi ... tapi sesekali try juga masak sendiri ... ehhh jadilah ... hi2..


Bahan

8 ketul anak sawi cina
semangkuk air putih

bahan menumis

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
5 tangkai cili api
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak
sedikit air masak

cara memasak

- panaskan semangkuk air dalam periuk
- masukkan kesemua sayur dan sedikit garam
- rebus sehingga air menggelegak
- tutup api, toskan air angkat sayur dan aturkan dalam pinggan


- panaskan kuali
- letak 2 sudu minyak masak
- masukkan bawang merah & bawang putih yg telah dihiris goreng sehingga naik bau
- masukkan hirisan cili api dan belahan ikan bilis kacau sehingga agak garing
- masukkan 2 sudu besar sos tiram kacau
- tambahkan sedikit air masak agak-agak untuk berkuah
- kacau hingga menggelegak dan tutup api
- akhir sekali tuang kedalam sayuran yang telah direbus dan hidangkan


bagaimana ... senangkan sawi masak sos tiram ni...
bila nak makan kan .... colek-colek golek-golekkan sayur guna sudu ... mandikan gaulkan sayur tu dalam kuah... angkat dalam pinggan, makan sayur saja tanpa nasi pun sedap.... tak caya ... cubalah

oyerrr ... nape akak tak letak garam ... sos tiram tu da masin jadinya akak tak letak garam .. jadi agak2 jgn terbanyak air, tapi kalau rasa tawar ... samada tambah sos tiram atau kalau suka letaklah sedikit garam ....



selamat mencuba .... :)

Sunday, January 12, 2014

Kangkung Belacan

kangkung belacan ..... 

kalau abe zul ke pasar ... kangkung mesti ada .. menjak 2 3 menjak ni aje .... 
suka benar dengan kangkung belacan .. akhir2 ni nak menumbuk buat sambal belacan memang tak larat dah ... rahsianya akak sentiasa ada sambal belacan ..

"belender" .... dapat semangkuk besar sambal belacan .. akak simpan dalam peti es ..
jadinya hari2 sambal belacan ... simpan rahsia ni ya ... da tak mampu akak nak menumbuk selalu :D .. ok selalunya dalam sambal tumbuk ni dah letak msg lebih. jadi bila buat kankung belacan akak letak sedikit aje garam tanpa msg.

kangkung belacan

kalau dalam FB kekadang ternampak cerita tentang sayur yang tidak dibasuh dengan betul dan kesan yg kadang kala agak ngeri .... terutamanya kalau kita makan diluar rumah. fobia akak .... selalunya akak tak baca cerita ngeri .. kalau ternampak pun tanya dengan kawan2 yang ekstrim ... mesti mereka dah baca ... 

jadinya sejak hari itu... batang kangkung ni akak mesti gunting jadi dua baru dikerat-kerat. 


Bahan

seikat kankung (diasingkan daun dan batang)
sejemput ikan bilis
1 sudu kecil sambal belacan
5 tangkai cili api dipotong kecil
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang merah
minyak
garam
sedikit air

caranya:

1. panaskan minyak
2. masukkan bawang kecil dan bawang merah yang telah dihiris bersama cili potong
3. goreng sehingga naik baunya dan masukkan ikan bilis kacau lagi
4. masukkan sesudu sambal belacan
5. masukkan batang kangkung sehingga sedikit masak dan masukkan sayuran kangkung
6. kacau dan letak sedikit air dan garam secukup rasa
7. angkat dan hidangkan



... kadang-kadang bila ditanya arini ada masak apa sepesel ... tak ada apa yang sepesel ... tapi jika niat dihati ikhlas kerana Allah Taala, insyaAllah makanan tak spesel pun tetap dijamah dengan penuh kesyukuran .... (selalunya dalam hati pasti berkata ketika jamahan sedang enak dikunyah: Alhamdulillah Allah bagi rezeki dan makanan yang enak2 belaka) ... senyum mesti selalu... :)

Tuesday, November 19, 2013

Masak lemak peria udang

sesekali Dialog ibu .... khas buat anak-anak

lepas solat isya' ibu pun gegas masak lauk tuk kita makan malam .. kadang-kadang ibu masak semacam lauk .. tapi dalamnya ibu letak sayur bagai .. supaya ibu tak kena masak 2 macam lauk asing ... sebab da malam ibu nak cepat duduk pulak ... :D



kadang lauk subuh ada baki ... jadilah malam masak semacam da jadi 2 macam kan ..
kalau masak berkuah macam ni .. adik mesti tanya - pedas tak. kalau abang iwan pulak, bila pedas sangat dia kata berasap telinganya ... kata anak orang minang (sebenarnya anak Banjar .. hihi) .. kalau tak pedas mana nak sedap .. tapi sebab yang jaga adik dengan abang adalah orang banjar itulah atuk dengan nenek .. makanya pedas campur manis ... tapi abah pulak bila tengok ibu masak macam ni .. disuruhnya ibu buat pedas-pedas .. :D

mana satu ibu nak ikut .. anak-anak ke abah ... akhirnya ibu buat kurang pedas .. sebab ingat adik kalau pedas .. tak lalu nak tambah nasi. abang plak ... merungut pedas sangat ... ibu dengan abah mengalahlah 



Bahan

5 biji peria (sebesar bawang) dibelah 6
18 ekor udang sederhana besar
RM4 pati santan
garam
msg
1/2 cawan air
1/4 asam keping
serbuk kunyit
1 batang serai

bahan giling

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang merah
8 tangkai cili api 
air (mengikut kesesuaian)
2 sudu minyak masak (untuk hancurkan biji cili)



cara memasak

- masukkan bahan giling, santan, serbuk kunyit, peria, serai kacau hingga santan hampir masak
- masukkan air masak mengikut kepekatan sesuai kacau dan masukkan asam keping, garam, msg mengikut kesesuaian rasa
- masukkan udang kacau lagi kuah hingga masak.
- macam mana nak tahu dah masak lihat pada bahagian dalam tepi periuk. jika nampak santan yang melekat didinding periuk itu bermakna santan da masak


yang ibu tak boleh lupa ... udang tinggal 2 ekor, adik nak ambik lagi - ibu nampak dalam pinggan adik nasi da abis .. bila tangan adik capai nak ambik udang lagi .. ibu pukul tangan adik .. abah plak tercengang nape ibu pukul tangan adik .. adik plak muncungkan bibir sebab tangan da kena pukul dengan ibu .. yang sebenarnya .. ibu baru makan sekor udang ... abah pun sama ... hihi .. tapi adik dengan abang yang menang ...

p/s: ibu tak pandai mana pun, tapi ibu pun nak juga pahala meluas yang ibu tak nampak. yang ibu ada sedikit ilmu, ibu naklah kongsi dengan sesiapa yang mahu :D 

Tuesday, November 12, 2013

char koay teow udang

buntu ...... serba tak kena .... mee kuning da abis. beras belum ditanak ... apa lagi yang ada dalam peti es ... ada koay teow da keras .. yelar berapa minggu duk dalam peti es tak berusik lagi ... nampaknya kena masak jugak nih lah ... balik tadi singgah gerai cari pisang masak. adik ika nak cokodok pisang ... gorengkan jugalah semangkuk besar ... duk pikir cokodok tak cukup ni nanti .. tu yang terlaksana char koay teow .. minta tolong abe zul cari udang kot ada lagi yang da lunyai2 tu belilah barang 2 ke 3 ekor ... sayur sawi .. haaa jeng jeng ...  char koay teow tanjung buaya ... eekkk .. char koay teow songei boye ..


Bahan

1 peket koay teow
5 tangkai sayur sawi
10 ekor udang kecil
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili dibelah 2
2 sudu besar sos tiram adabi
1 sudu besar kicap masin tamin
2 biji telor ayam
1/2 cawan air putih
garam
msg
minyak



caranya:

1. panaskan minyak.
2. tumiskan hirisan bawang-bawang.
3. masukkan batang sayur sawi, udang dan kacau.
4. masukkan 2 sudu sos tiram dan 1 sudu kicap masin kacau.
5. masukkan 1/2 sudu kecil garam
6. secubit msg kacau.
7. pecahkan 2 biji telor dan perlahankan api. 
8. kacau rata supaya telor tidak melekat dikuali.
9. masukkan 1/2 cawan air kacau rata (ikut kepekatan yang dikehendaki)
10. masukkan koay teow dan hirisan cili api. kacau.
11. kacau rata dan kuatkan api.
12. koay teow da lembut, rasa seimbang. boleh diangkat dan dihidangkan.



bak kata chef ammar ... masak dari hati, masak with iman .... senyum mesti selalu

Tuesday, November 5, 2013

Hongkong Sawi

sawi Hongkong .... sedap. sedap dibuat goreng macam ni... baik untuk kesihatan .. sayuran hijau kan ...

kalau anak bujang akak diceritakan makan sayur hijau ni rasa ayam, mengelat aje katanya betul ke rasa ayam ... itulah tak pandai menikmati sayuran hijau ..

tapi sebenarnya kalau diikutkan, makan nasi tanpa sayur serasa tidak lengkap hidangan .. siapa setuju ... pasti ramai yang tahu ... ohhh tidak ramai yang setuju .. yang pasti ... tanpa sayuran hijau rasa tak cukup hidangan




Bahan

8 tangkai sawi hong kong
sedikit ikan bilis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 tangai cili merah
sedikit garam
sedikit msg
sedikit minyak
sedikit air putih



cara memasak

panaskan minyak
masukkan ikan bilis yang telah dibersih
kemudian masukkan hirisan bawang merah dan putih
letak sedikit garam dan msg kacau
masukkan sayur dan cili perlahankan api
masukkan sedikit air
balikkan seketika
angkat

akak izan memang suka goreng sayur tak cukup masak. sebab nak kekalkan warna hijau. supaya zat tak hilang. rasanya .. ummppphh ... kalau kat kedai dapat sebatang dua da berapa harganyakan ...


adik2 kakak2 masak kat rumah ... makan boleh ulang 2 ke 3 kali .. jimat .. kadang akak izan sekali aje ... sebab lepas habis makan nasi berlauk ... makan sayur saja begitu sampai habis ... jimat ... hoho jimat itu perlu yaaaa ... 

Thursday, October 17, 2013

Masak lemak nenas dengan ikan masin

tu lar kata ... cadangnya nenas tu nak dibuat pajeri dengan bahan lain .. tapi bahan utama tu tak ada pulak minggu ni ... nenas da nak masak ... nak dimakan gitu aje .. mau tak sedap ... tapi setakat sepotong 2 boleh lah ... al maklumlah bukan macam zaman mudo remajo ... uda gaik bagai ... semua nak dijaga .. kalau masak macam ni .. kurang tajam sikit nenas tu ...

sedap juga masak macam ni... sememangnya kegemaran abang zul lah ... 


malam tadi akak masak ala kadar aje ... pakai aje nenas sebelah .. sebelah lagi akak cicahlah dengan pes rojak Alhamdulillah .. sedap sesekali dapat makan nenas

Bahan

2 peket kecil ikan masin
1/2 biji nenas
1/2 biji kelapa / RM2.00 santan
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
garam
msg

Bahan kisar

15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

cara memasak

- masukkan bahan kisar, santan, kunyit dan daun kunyit
- masukkan ikan masin dan kacau hingga santan masak
- masukkan nenas, letakkan garam dan msg secukup rasa
- kacau hingga nenas agak empuk dan angkat dan hidangkan


inilah lauk malam tadi sebagai pencambah dan pencetus selera ..... masam, manis dan masin ... 


ingat kepada niat kita ... Lillahi Taala .... mudahan sedap rasa masakan kita tadi dan mendapat berkat ... insyaAllah ... 

Monday, September 23, 2013

Pengat Labu Manis ....

Pengat Labu .... makanan kegemaran akak izan ... terutama kalau bulan puasa ...
selalunya kalau bulan puasa jarang masak manis2 macam ni ... tapi bila abe zul nampak dimana2 tempat biasa dia pergi ... mesti ada semangkuk tafufah kecil untuk akak izan nih ..... 

tapi bila ada kelapangan .... beli 1/2 biji labu .... buat sendiri ... tuk makan berdua okey lah kalau 1/2 biji labu ... anak-anak tak berapa minat ... sebab tak mahu mencuba ... siapa yang suka letak sagu mata ikan tu boleh lah letak ... tapi akak tak berapa gemar ... sebab kuahnya akan menjadi terlalu pekat ... 


mudah sangat buat ni, tambahan santan beku ada .... jadilah hidangan tengah malam tadi .... pagi nak ke opis panaskan dulu buat bekal sarapan pagi ...


Bahan

1/2 biji labu
secubit garam
2 sudu sederhana gula merah
(kalau suka nak tambah gula pasir sesudu - tapi akak tak letak pun)
RM2.00 santan (boleh ditambah untuk menambah kepekatan mengikut kesesuaian rasa sendiri)
1 cawan air putih (boleh ditambah untuk mengurangkan kepekatan mengikut kesesuaian rasa sendiri)
2 helai daun pandan

cara memasak

1. dipotong dadu
2. masukkan kedalam periuk labu, 1 cawan air, secubit garam dan santan ... kacau         hingga labu hampir empuk ... 
3. cairkan gula merah bersama 1/2 cawan air putih ditapis dan masukkan air gula           merah kedalam periuk bersama 2 helai daun pandan yang telah diramas
4. kacau lagi hingga agak empuk (jangan terlalu lembik) ... pada masa ini boleh               dilihat samada perlukan kuahnya cair maupun pekat .. dan tambah mengikut                 kesesuaian
    (jika suka nak manis lagi .. boleh tambah gula pasir sesudu)
5. ambil garpu .. cuba ditekan labu .. jika bentuknya tidak hilang dan labu telah             empuk tutupkan api dan angkat periuk dari dapur






jika terlalu empuk labu akan menjadi cair ... dan rasa kurang sedap ..... 

:) ... tanamkan selalu dalam hati setiap perkiraan dan perbuatan kita kerana Lillahi Taala ... maka setiap pekerjaan akan menjadi mudah dan kita ceria melakukannya .... ikhlaskan hati sucikan hati .....

Tuesday, September 17, 2013

Belimbing Ikan Kembung

Masak lemak belimbing dengan ikan kembung ... siapa rasa sekali mesti nak buat lagi .. mesti nak makan lagi ... kena makan dengan dengan nasi letak sikit kicap masin (tamin) ... wa sedap ... akak dari dulu kalau masak lemak ni .. suka pulak buat cekodok bawang .. cicah dengan gulai ni ... memang ngancam


Bahan Utama

15 biji belimbing buluh (dibelah 2)
5 ekor ikan kembung

Bahan Kisar

1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili api (terserah kalau nak lebih pedas)
1 inci halia
2 tangkai cili besar merah
sedikit minyak
sedikit air

(jangan banyak air ... terlalu cair bahan)

Bahan tambahan

2 ringgit pati santan
2 helai daun kunyit
2 batang serai (diketuk)
sedikit serbuk kunyit

Bahan perasa

2 biji tomato belah 2 / 3
secukup rasa garam
msg (hujung sudu - sekadar syarat)

bila da menggunakan tomato .. akak izan tak mahu lagi menggunakan sebarang jenis asam. .... takut2 terlalu masam


cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar bersama bahan tambahan. kacau hingga masak, sentiasa kacau untuk elak minyak pecah.
3. Masukkan belimbing buluh dan ikan. dan kacau lagi
4. Masukkan garam secukup rasa dan msg.
5. Kacau hingga masak dan angkat .. boleh dihidangkan



Saturday, August 31, 2013

Masak lemak Udang Rebung

Bukan kerana akak izan orang minang ... makanya masak pun sumenya lemak cili api ... tapi sebab da suka makan berlemak ni dari kecik .. tu yang sikit2 masak lemak ... sikit2 lemak cili api .. tapi yang penting .. semuanya suka

Masak lemak cili api rebung dengan udang ... itular yang hari tu jiran akak hadiahkan rebung ... pemberian orang ... semesti mungkin dipergunakan sebaiknya .. tak baik bila orang da bagi .. kita siakan ... betul tak ...

rebung tu akak hiris nipis ... tapi sebab jenis akak ni penyayang ... akak guna sampai habis .. walau dalam hati da berkata .. ini silap2 ambik sekali ruas nih .. mau pahit lauk .. ahhh tutup mata aje ... masak sampai empuk letak garam letak perasa ... sudahhh ... makan pun sodap ...

Bahan Utama

20 ekor udang sederhana besar
rebung buluh

Bahan Kisar

1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili api (terserah kalau nak lebih pedas)
1 inci halia
2 tangkai cili besar merah
sedikit minyak
sedikit air

(jangan banyak air ... terlalu cair bahan)

Bahan tambahan

2 ringgit pati santan
2 helai daun kunyit
2 batang serai (diketuk)
sedikit serbuk kunyit

Bahan perasa

secukup rasa garam
1/4 asam keping
msg (hujung sudu - sekadar syarat)


cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar bersama bahan tambahan.
2 . Masukkan rebung. kacau hingga masak dan rebung empuk. sentiasa kacau untuk elak minyak pecah.
3. Masukkan udang. dan kacau lagi
4. Masukkan garam secukup rasa dan msg.
5. Kacau hingga masak dan angkat .. boleh dihidangkan

Monday, July 15, 2013

gulai udang kacang panjang

lauk berbuka semalam .... hari ahaded ... gulai udang kacang panjang ... MasyaAllah sedap ... Alhamdulillah  sedap sungguh ... itu maknanya lama dah akak tak pegang periuk ... maka sebab itu akak menggulai dalam kuali lah ehhh ...



menggulai dalam demam tak demam ... Alhamdulillah dapat juga satu hidangan ... bila kita bermula dengan LILLAHI TAALA ... insyaAllah ... cubalah .. sebelum buat sesuatu ... niat aku melakukan kerana LILLAHI TAALA ... insyaAllah ...


bahan 

1/2 kg udang buang kulit suka hati

50 sen kacang panjang dipotong sama panjang

RM2.00 santan

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

12 tangkai cili hijau dan merah

1/2 kecil asam keping

1 batang serai ditumbuk

sedikit daun kunyit

minyak masak

garam

sekikit msg

sedikit ibu kunyit



cara-cara masak


a. giling cili, 1 labu bawang, 2 ulas bawang putih, sedikit ibu kunyit, sesudu kecil garam, sedikit air.
b. bila da hancur letak sedikit minyak dan giling lagi hingga halus
c. letak dalam kuali bahan giling campurkan santan dan tambahkan secawan air putih
d. masukkan serai yang telah ditumbuk dan kacang panjang.
e. panaskan kuali, kacau perlahan-lahan hingga sedikit mendidih dan masukkan asam keping
f. masukkan udang kacau lagi dan masukkan daun kunyit.
g. masukkan sesuku garam dan msg kacau hingga menggelak .. padamkan api dan angkat hidangan dari tungku supaya kuah tidak pecah minyak





kalau disimpan semalaman ni ... makin pedas makin ngancam ... dapat cekodok ikan bilis ke cekodok kucai ... cicah kuah ni .... mesti senyum sampai ketelinga..... tak caya cubalah ...

Tuesday, January 15, 2013

masak lomak perut lembu rebung buluh


kenal tak rebung ni .... biasa tak makan rebung cam gini ...

heeeew ... inilah jenis rebung yang paling sedap kalau dimakan ... tak caya ..
haaaa ... try dulu pas tu baru gitau caya ke idok ... 


kalau akak izan dapat rebung ni .... (dapat makan pree ~ selalunya rumah pengantin lah) ... masak asam pedas ... ondeeeee ... aihh .... lauk ini dulu akak izan tuju kan

rebung ni pun ... punyalah lama dalam peti es ... lar ni .. sibuk sesangat ... tambahan pulak pic kurang cantek .... mood pun kugheng jadinya .. gara2 si bujang guna enpon camera akak yg "okey lar tu" kalau bila kita snap. kenalah akak guna enpon yang "asal jadi udahlar" ... heeeemmm...


resipinya sama aje cam link kek ateh tu .... cuma akak guna rebung yang lagi sedap ditekak akak lah .... itu je


rebung yang panjang tadi akak potongkan jadi macam ni .... eeeeehhh rebung ni alun lai masak laaaieee yo .... baru disiang ... potong aje cam tu tak adanya nak disiat2 kulitnya ... tak berkulit rebung tu though ...


camnilah ghupo masak lomak ghabung dengan paghuit lambu .... tak canteknyo gambo den though ... apo nak buek ... caghi yang lain lar nanti ... ado rozoki den sok .. den bali lar yang lain yoo .. kot dapek yang changgeh laiie yo ... yooo ...YOOO .. iyolar aiii ... pujuk ati sendighi sambil intai poket ... huhuhu ... 

Sunday, September 9, 2012

kerabu telur asin

antara menu hidangan malam tadi khas buat keluarga kak ipar dengan keluarga adik ipar ... ringkas aje.makan dengan nasi minyak sebagai lauk sampingan .... 


ceritanya satu malam pegi beraya rumah kawan abe zul ..... mak wa larrr .... kakak ni buat hidangan antaranya inilah lauknya .... kerabu telur asin.



yaaa ... itu dia .... godaan makan-makan .... pasti membangkitkan selera makan untuk menambah ... menambah ... dan menambahkan berat badan ....



Bahan:

3 biji telor asin telah direbus
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili api
1 biji tomato telah dibuang biji
4 biji limau kasturi

caranya:

hiris kesemua bahan letakkan dalam satu bekas
perahkan limau kasturi
gaulkan dan perapkan agak2 sejam sebelum makan




cantikkan hidangan ni .... membangkitkan selera nak buat lagi ..... sebab yang buat sendiri ni .... akak tak dapat rasa .... licin ..

akak pun dapat menjamu mata je kat sini .... huhu ...



senyumlah selalu ... kerana ubat yang paling mujarab bila mampu tersenyum ..

Saturday, September 1, 2012

Cili Goreng Taucu

berapa harini akak izan rasa da jemu dah makan daging ... makan ayam .. selera tak mau datang dah ... puaslah akak merenung ambik bau ayam dengan daging ... memang tolak tepi sementara ... ikan pun tak berapa nak heran dah ... acaner tu..

lawa tak cili ijau akak tu ....



sedap you  ...


harini akak bakar ikan terubuk ... selalu dok berebut ngan si bujang senang ... inilah satu2 yang mengikut perangai akak izan makan terubuk bakar ....


dah pandang dalam peti es ada tocu .. ada cili besar cili api pun manyak wooo.... wamboiiii  ... macam terbayang dah inilah pembuka selera nu .... ya tak iya gorengkan ikan sepat masin, telur dadar ... ada pulak ikan sardin sikit .... waaa sume tolak tepi. 

makan cili goreng taucu ni dengan ikan sepat masin ..... "thumbs up"



cuba bayangkan ....

nasi panas-panas .... letakkan kuah taucu sikit je .. jangan bergenang nasi ... cili api tu tenyeh2 kat nasi panas ... kendian cili besar tu di siat2 ... makan sama nasi ngan ikan masin ..... WOW .... sodapnyo la aiiiiiiiii ... tak cayo cubo buek sedighi .. ghasola ... kalau tak menangis ... tambah lah nasi laiieee .....


Bahan

10 tangkai cili besar (nak campur pun buleh / kadang ada cili besar yang separuh kaler ijau merah - cantek)
15 tangkai cili api (ikut suka nak banyak mana)
secubit ikan bilis
sesudu taucu
1/2 cawan air puteh
secubit garam
secubit msg
sedikit minyak

Bahan hiris

2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang puteh
1 labu bawang besar potong bulat


cara memasak:

Nombor Satu: Goreng dulu cili2 tu semua. 
kendian kalau nak pakai minyak yang sama pun buleh juga 

1. sedikit minyak panaskan dalam kuali
2. tumiskan dahulu bahan hiris 2 ulas bawang kecil dan 1 ulas bawang puteh dan ikan bilis
3. masukkan sesudu taucu kacau serata dan agak masak
4. masukkan 1/2 cawan air puteh dan bawang besar
5. biar ia menggelegak
6. masukkan cili dan balik2kan
7. masukkan secubit garam dan ajinomoto ... serasikan rasanya sedap
8. diangkat dan hidangkan


jangan letak banyak garam ... sebab taucu ni da sedia masin dan masam. cuma bila ditambah air kadang2 jadi tawar sedikit maka letak jaga2 ... sikit aje tau


inilah ada cerita dulu2 ... masa arwah mak ada dan akak zan pun muda-muda lagi ... (da tua ke) .... hehe...
diceritakan pada akak zan yang ada orang nak masak taucu, datang kekedai arwah mak zan dia kata taucu tu tak sedap. bila ditanya macam mana cara dia memasak taucu ... katanya sebelum masak taucu tu dibasuh dulu .... TAK BETUL tuuuuu ...

jangan dibasuh taucu tu .... ambik sesudu masukkan aje dalam tumisan ... haaa letak je air ... garam secubit kecil ..... ingat tu ..... jangan dibasuh taucu tu tahu .....


>>> kalau sedap sila bagitahu ..... 

Wednesday, June 27, 2012

Masak Asam Batang Keladi

lama da masak asam ni, masak asam batang keladi... selalunya masak asam ni mak mertua yang rajin buat. bila time selera alar2 .... tak tau nak makan apa lagi sedap buat masak asam bening ni .... laju je makan kena goreng ikan keli ke, ikan kembung garing2 tu ke ... sedap tu ...

ini juga termasuk dalam selera akak izan .... saat suasana bening2 hehe ... kuah pun bening jugalah .. tapi ummphhh ... memey sedap..




Benbahan

Batang keladi (sesuai tuk makan 2 kali)
sejemput ikan bilis
3 tangkai daun kesum
2 keping asam keping
Asam jawa sebesar ibu jari
sedikit garam
sedikit msg
sedikit gula
Air puteh

Benbahan  hiris

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih




cara memasak

- perah asam jawa ambil patinya (ikut suka kepekatan) / 1/2 gelas
- masukkan pati asam jawa kedalam periuk bersama bahan hiris, 1 jug air puteh (ikut suka kurang atau lebih), 3 tangkai daun kesum, sejemput ikan bilis yang telah dibersihkan
- biarkan hingga didih
- masukkan batang keladi bersama asam keping
- masukkan garam, msg dan gula mengikut citarasa sendiri
- hidangkan

bila time kurang sihat sesuai dijadikan santapan selera .... kena pula jenis2 ikan yang bila digoreng ... sedap dijadikan lawan ....

okeh ... selamat mencuba :) .... silalah menjamu mata ...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter