Jom join izan

Thursday, May 21, 2015

Vitamin / Makanan Tambahan - Set Slim Shaklee

Anda percaya pada diet.

Saya percaya pada diet.

Mengapa saya diet ... badan yang berisi menjadi pusat pengumpulan:

1. Kolestrol
2. Gula
3. Sisa Toksid


mengakibat sistem badan menjadi kacau dan lemah sehingga saya mendapati saya perlu mengawal aktiviti pengaliran sistem badan setiap bulan (ini cerita saya) ... sebenarnya saya kena perlu menjaga corak pemakanan baik dan mengawal kesihatan diri. Sedangkan umur saya sudah forty plus plus ...

ini perlu, sebab saya tidak mahu ada kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan saya di samping selesa mengamalkan'diet' untuk kesihatan... ini kerana faktor umur saya dan perlu menjalani hidup selesa bebas dari segala kesan mudarat akibat tindakan diri sendiri .. kerana dalam Islam juga dilarang kita dari memudaratkan diri sendiri .. tetapi harus memelihara kesihatan diri.


(kesan dari keterlupaan menjaga corak pemakanan selepas June 2014 - Chicken Pox)


Saya ambil kebaikkan dan syarat dalam diet yang diikuti /dibuat untuk diamalkan setiap hari dan adakalanya saya melonggarkan syarat yang dibuat. Saya mengambil kuantiti air mineral sebanyak 3 liter dan kurang dalam sehari setiap hari. Saya mengurangkan meminum minuman berkafein dalam seminggu .. ini bermakna berlaku pengurangan mengambil gula sebagai makanan. Saya juga mengurangkan/tidak langsung pengambilan nasi dalam seminggu atau lebih. Cuba untuk mendapatkan 0 jumlah karbo dalam darah dan kurang kandungan gula dalam darah. setiap bahan yang mengandungi karbohidrat telah saya kurang/tidak ambil. selain itu pengambilan makanan jenis ber ubi juga saya kurang/tidak ambil.

senarai makanan yang saya ambil antaranya:

1. telur
2. ikan
3. ayam
4. sayuran hijau
5. Set Slim Shaklee


ya saya mengambil set slim shaklee bagi membantu mempercepatkan proses pembersihan dalan usaha menjaga kesihatan tanpa memudaratkan. kerana dalam umur yang semakin meningkat saya ingin memelihara kesihatan. kerana itu saya mengambil makanan tambahan shaklee sebagai bantuan pemprosesan pembersihan dan memelihara kesihatan. 

Set Slim Shaklee 



jom ketahui fungsi:

1. herb-lax
2. lecithin
3. alfalfa

PM / W.APP / TEL / SMS : 013 3277794 - izan umar
untuk mendapatkan maklumat lebih tepat cara dan kesan yang diperolehi sebagai perkongsian bersama untuk kesihatan baik.

Friday, May 15, 2015

cara buat pesanan secara online







Pesanan anda akan diberitahu sampai dan keluar melalui sms ke nombor talifon anda oleh pihak Shaklee sendiri.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter