Jom join izan
Monday, September 23, 2013
Pengat Labu Manis ....
Sunday, November 25, 2012
serawa durian / pengat durian
selalunya akak suka makan dengan pulut .... waduuuu .... pulut tu sekarang akak kena kurangkan al maklumlah .. mengikut umur .. da tak boleh makan sangat dengan pulut ... tapi siapa yang suka dengan pulut ... boleh buat dengan pulut ya ....
Tuesday, February 15, 2011
Bubur Kacang Hijau campur durian ......

***** kalau untuk keluarga izan 1/2 kilo ni selalunya zan bahagikan lagi menjadi 2. 250gm sekali masak. bila dah habis, masak lagi tuk kali kedua samada petang atau malam... :D
Bahan:
2 helai daun pandan
1/2 kilo kacang hijau (direndam)
sebiji kelapa diambil santannya / 200 gm pati santan
gula merah
gula putih
5/8 ulas durian
air putih
cara penyediaannya:
1. rebus kacang hijau menggunakan air putih sehingga kacang berubah jadi empuk dan
sedikit hancur.
2. toskan airnya hingga kering.
3. masukkan santan kelapa atau pati santan. jika guna pati santan sila guna kepekatan yang disukai tambahkan sedikit air.masukkan bersama 2 helai daun pandan.
4. masukkan gula merah. kuantiti gula merah adalah mengikut selera sendiri. selalunya zan lebih kan gula merah tapi jangan sampai terlalu gelap warnanya. kacau sebati.
5. masukkan gula putih mengikut kemanisan yang diingini. mula2 masukkan sedikit gula putih dan tambah kemanisan mengikut selera.
6. masukkan durian. kacau hingga sebati. jika rasa agak pekat tambahkan sedikit air untuk mencair.
7. bila sudah sebati dan masak ... diangkat dari dapur panas dan sejukkan. kemudian bolehlah dihidangkan.






