Jom join izan

Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

kerabu telur asin

antara menu hidangan malam tadi khas buat keluarga kak ipar dengan keluarga adik ipar ... ringkas aje.makan dengan nasi minyak sebagai lauk sampingan .... 


ceritanya satu malam pegi beraya rumah kawan abe zul ..... mak wa larrr .... kakak ni buat hidangan antaranya inilah lauknya .... kerabu telur asin.



yaaa ... itu dia .... godaan makan-makan .... pasti membangkitkan selera makan untuk menambah ... menambah ... dan menambahkan berat badan ....



Bahan:

3 biji telor asin telah direbus
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili api
1 biji tomato telah dibuang biji
4 biji limau kasturi

caranya:

hiris kesemua bahan letakkan dalam satu bekas
perahkan limau kasturi
gaulkan dan perapkan agak2 sejam sebelum makan




cantikkan hidangan ni .... membangkitkan selera nak buat lagi ..... sebab yang buat sendiri ni .... akak tak dapat rasa .... licin ..

akak pun dapat menjamu mata je kat sini .... huhu ...



senyumlah selalu ... kerana ubat yang paling mujarab bila mampu tersenyum ..

Tuesday, September 27, 2011

Kerabu Mangga / Pelam


Sajeeee ... nak tayang pic KERABU MANGGA .... kui kui kui .... bagi sesiapa yang memang meminati kerabu mangga ... meleleh ayaq mata liur ... bila menatap kerabu mangga nih ... agagaga....

Izan ngan abe zul memang suke makan kerabu mangga ... kalau makan dikedai tomyam mesti order kerabu mangga sebab ini lah penaik selera. Pagi semalam, jiran sebelah, makcik tu jiran lama pak mentua di kampung .... membagi 3 biji pelam gugur, muda lagi. Izan kalau dapat mancuk pelam ni ngan kicap letak gula gaul cili api ... ondeeeee .... tak reti nak berenti ... kalau 3 biji ni maknanya 3 harilah eden makan pelam.


Bahan-Bahan
  • sebiji mangga muda dihiris halus (pakuk2 buah mangga tu iris ngan pengupas kulit buah)
  • seulas bawang merah dihiris halus
  • 8 tangkai cili api dipotong halus
  • udang kering (goreng tanpa minyak kendian ditumbuk)
  • sejemput gula
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara


  1. Gaulkan semua bahan2 sambil kirai2 bagi rata
  2. Sedia utk dimakan

>>> siapa suka lemak .. digoreng kacang tumbuk2 kendian taburkan.

amacam .... try buat ... sedaaaaaapp ....:)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter