Jom join izan

Tuesday, September 27, 2011

Kerabu Mangga / Pelam


Sajeeee ... nak tayang pic KERABU MANGGA .... kui kui kui .... bagi sesiapa yang memang meminati kerabu mangga ... meleleh ayaq mata liur ... bila menatap kerabu mangga nih ... agagaga....

Izan ngan abe zul memang suke makan kerabu mangga ... kalau makan dikedai tomyam mesti order kerabu mangga sebab ini lah penaik selera. Pagi semalam, jiran sebelah, makcik tu jiran lama pak mentua di kampung .... membagi 3 biji pelam gugur, muda lagi. Izan kalau dapat mancuk pelam ni ngan kicap letak gula gaul cili api ... ondeeeee .... tak reti nak berenti ... kalau 3 biji ni maknanya 3 harilah eden makan pelam.


Bahan-Bahan
  • sebiji mangga muda dihiris halus (pakuk2 buah mangga tu iris ngan pengupas kulit buah)
  • seulas bawang merah dihiris halus
  • 8 tangkai cili api dipotong halus
  • udang kering (goreng tanpa minyak kendian ditumbuk)
  • sejemput gula
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara


  1. Gaulkan semua bahan2 sambil kirai2 bagi rata
  2. Sedia utk dimakan

>>> siapa suka lemak .. digoreng kacang tumbuk2 kendian taburkan.

amacam .... try buat ... sedaaaaaapp ....:)

2 comments :

Wattie said...

Salam Izan,
Sedapnya kerabu mangga, akak pun suker giler ni, meratah begitu saja...meh sepiring nak rasa

Unknown said...

Salam K Wattie,

tu lar kata ... nak aiihh ... tunggu zan buat lagi ya ... ada 2 biji lagi dalam peti es tu ...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter