Jom join izan

Saturday, September 24, 2011

Spagetti Tradisional


Selagi raya tak abis ... selagi itulah .... kita makan-makan .... kita jamu menjamu ... kita cuba mencuba ... segala yang kita suka nak lakukan dengan keinginan kita sebagai ibu, isteri wanita .... jadi lakukan saja ...

hari ini adik eka pula hendak jamu kengkawan dia, jadi zan pun mencuba spagetti ..... tak pernah try resipi spagetti ni tapi sampai bila zan tak cuba tuk makan .... tambahan pulakan ... raya tahun ni mana-mana tempat zan pergi ... semuanya jamu spagetti ..... mmmmmm ...... sedap juga ... ada yang buat rasanya manis, ada yang masam - masam manis ... ada juga yang masam rasanya tapi orang yang memasak sentiasa masam manis rupanya ... kui kui kui .... oooopppp ..... memang sedap dalam bentuk atau rasa yang berbagai ... terpulang kepada rasa yakin dan keinginan dalam rasa ....


Bahan bahan

1 peket spagetti 
sedikit minyak
sedikit garam

1 botol sos prego (besar)
5 ulas bawang putih
1 keping daging kisar (jenama ramly)
sedikit bunga kobis
3 keping fish cake
sedikit garam
3/4 air (dari botol sos prego)


Cara-cara

- bawang putih diketuk
- panaskan minyak masukkan bawang putih dan biar agak garing
- masukkan daging kisar kacau dan biarkan sehingga agak garing dan serata
- masukkan fish cake kacau rata
- masukkan ke semua sos prego kacau dan biarkan ia mereneh hingga masak
- masukkan 3/4 air bersama bunga kobis
- masukkan garam dan ikut kesesuaian rasa
- kacau hingga masak

1. jerang air hingga menggelegak
2. masukkan 1/4 minyak masak dan garam
3. masukkan spagetti dan biarkan ia kembang mengikut kesukaan


>>> untuk hidangan ini rasanya sedikit masam ... jika suka manis tambahkan sedikit sos cili life ... ataupun gula .....


resipi ni zan dapat dari 2 orang berlainan, dari makcik dan sepupu, jadi zan campurkan bahan dimana mereka guna dan lakukan ...

zan panggil ia "Tradisional" satu sebab menggunakan sos prego ... perasa tradisional .... dan kedua sebab zan rasa ini rasa dan cara melayu ..haha .... zan tak gunakan herba-herba khas western ... apapun hmmmm ... mungkin tuk portluck rabu nanti .....


~~~~~ enjoy dgn apa yang di lakukan ~~~~~

2 comments :

cheryna zamrinor said...

nampak sedap je kak izan...macam takde ape yg tak kena. benda nieh pada sha....bukan sebab bahan je. ade org bahan masakan cukup masih tak sedap. sama je:)

Unknown said...

sha ... kak izan baru belajar makan .. time raya tahun ni bnyk lak jumpa org buat ... :)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter