Jom join izan

Wednesday, September 28, 2011

Spagetti Ayam


Spagetti lagi gara-gara hari "Potluck" ~~ Spagetti Ayam......... ada antara bahan masih sama seperti "Spagetti Tradisional" .. tapi diubah suai tambah sedikit ajer .... yang ini untuk mereka yang punya masalah penghadaman perut atau gangguan perut .... jangan risau sedap rasanya, ada manis dan masam ...


Bahan bahan

1 1/2 peket spagetti/pasta 
sedikit minyak
sedikit garam

2 botol sos prego (besar)
5 ulas bawang putih
1 bungkus ayam kisar (jenama ayamas)
sedikit bunga kobis
3 keping fish cake
sedikit garam
2 1/2 botol air (dari botol sos prego)
1 1/2 sudu cili sos jenama life


Cara-cara

- bawang putih diketuk
- panaskan minyak masukkan bawang putih dan biar agak garing
- masukkan 1 peket ayam kisar kacau dan biarkan sehingga agak garing, masak dan serata
- masukkan fish cake kacau rata
- masukkan 1 1/2 sudu besar sos cili life kacau dan biarkan ia mereneh 
- masukkan 2 botol besar sos prego perasa tradisional
- masukkan 2 1/2 botol air bersama bunga kobis
- masukkan sedikit garam dan ikut kesesuaian rasa
- kacau hingga masak



1. jerang air hingga menggelegak
2. masukkan 3 sudu besar minyak masak dan garam
3. masukkan spagetti dan biarkan ia kembang mengikut kesukaan


>>>> hidangan untuk 10 orang atau lebih. ----- jangan lupa taburkan 1 / 2 sudu kecil daun Parsley jenama McCormick kedalam sos hidangan sos atau pun hidangan yang siap tuk dimakan sebagai hiasan dan bau

2 comments :

peter schmeichel said...

blog dah ok.

lagi ok kalau buang lagu tu. semak lah kak sambil baca resepi ada lagu.

serius. tolong buang.

Unknown said...

peter schmeichel ...

tmaseh lar ... cek kak memang da rasa nak buang ... kita buanglah ... agak2 akak sunyi sok kita pasang balik ... oke dak ...

dari kecik memang suka berlagu ..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter