Jom join izan

Saturday, October 1, 2011

Sambal Goreng Jengkul / Jering


Haaaa ..... haha ... kalau izan dapat makan jengkul memang sukeeer sekali ... ni nak babitkan libatkan sume ... mana ci kita sorang je yang suka ... sume keluarga zan makan baik yang belah arwah mak .. mau pun belah abah ... memang suka makan ... haaa .. nape tu senyum-senyum ... tu lar tak rasa lagi .. cubalah buat masak camni ... sedapp..

keluarga abang ipar zan suka makan jering juga ... satu beg plastik antarkan kerumah ... dia tau adik ipar dia yang ni sorang aje suka makan jering cam dia ... haaaa .. tapi yang seronok nak masak tu pulak sekarang ni abeku zul pun dah pandai minta masakkan sejak raya tadi dicuba-cuba makan masak sambal camni ... sedap katanya ..... waaaaa dalam rumah zan dah ada cinta ati kawan temankan makan sekali .... tu yang makin bersemangat nak makan selalu heheh ..


kali ni zan buat sambal letak belacan bakar sikit .... naik baunya semerbak wangi sambal goreng tu .... kata abah (muda2 abah ni tukang masak... ada ilmu memasak diturunkan pada arwah mak) orang dulu2 kalau buat sambal tumis ikan bilis termasuk arwah mak ... kalau belacan tu bukan sebesar penumbuk tapi 2 penumbuk banyaknya... itu kalau buat berniaga ... tapi zan guna sikit je .. kata abah sedapnya dulu dulu kami makan... menjilat jari ...




kadang malas nak bakar setiap kali nak masak .. udahnya hancurkan siap2 belacan tu berderai .. bakar atas kuali tak guna minyak .. kacau2 rata .. simpan dalam peti es ... bila nak guna tuk sambal tumis je guna 2 3 ketui ... tapi kalau buat sambal belacan ... 1/2 keping tak cukup ... kui3...


Bahannya

5 - 7 biji jering tua dihiris jgn tebal sangat
sedikit minyak
1/2 asam keping
sedikit msg
sedikit garam
sedikit ikan bilis
sedikit air

(dikisar)
 

10 tangkai cili kering 
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

2 - 3 ketul kecil belacan bakar

cara penyediaan:

- dibelah2kan jering di goreng dahulu ketepikan

- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan kisar bersama 1/2 asam keping.
- gaul agak garing menggunakan api sederhana hingga pecah minyak
- masukkan sedikit air, sedikit garam dan sedikit msg. secukup rasa.- masukkan jering dikacau sebati.- perlahankan api sehingga lauk masak.
- ketepikan biarkan sejuk seketika.
- goreng garing ikan bilis.
- masukkan kedalam sambal goreng dan kacau sebati.
- angkat dan hidangkan.




dah siap .. jom makan nonton .....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter