Jom join izan

Tuesday, June 19, 2012

Gulai Rebung Perut Lembu

Ini satu lagi kegemaran akak .... perut lembu ni masak dengan rebung. kalau keluarga akak boleh kata keseluruhanlah kalau belah arwah mak atau abah, tembusu tu perut lembu yang berpintal-pintal tu .. kalau arwah mak masak ikut resipi abah ... memang tak da orang boleh lawan sedapnya [Al Fatehah buat arwah mak]. kenangan tu ... tak kan luput dari ingatan ...

hari jumaat tu abang zul talipon ke opis kata ada kat chow kit.... ada rebung ni nak lawan dengan apa .... hiiii..... asas dah dibagi ... bahan utama ni apa nak lawan ... sambil tangan duk ketuk keyboard tu otak da bayang cepat je ... haaa carilah perut lembu kapet tu .. dapat lebar 2 tapak tangan jadilah ......


belum lagi tiba dirumah da boleh bayang ... sedapnyerrrr... cara masak sama aje .. kalau perut lembu ni akak je yang boleh makan .... abang zul rebung ajelah .. anak-anak kuahnyer ajew ...... da katakan ini akak punya kegemaran kannzzz kui2
sesekali .... akak nak juga hepi dgn apa yang akak suka nak makan ... layannnzzz

Bahan Giling

15 tangkai cili api kampung (kalau tak mahu cili jangan letak ~ tapi tak pedas lah)
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Bahan

1 peket kecil rebung
2 lebar tapak tangan perut lembu (potong kecil2 besar jejari atau ikut suka)
1 keping asam keping
1 peket santan kelapa RM2.00
1 atau 2 batang serai diketuk
sedikit garam
sedikit msg
sedikit kunyit serbuk

caranya

1. perut lembu direbus dahulu bersama 4 atau 5 keping asam keping sehingga empuk
2. potong pada besar jejari atau ikut suka
3. ketepikan

cara memasak

- masukkan bahan giling, kunyit, serai, santan kedalam periuk
- panaskan pada api sederhana perlahan kacau serata jangan pecah minyak
- bila nampak santan masak dan melekat pada tepi periuk
- masukkan rebung yang telah dibersih bersama perut lembu dan asam keping
- masukkan garam dan msg mengikut kesesuaian rasa
- kacau hingga masak kuatkan api seketika
- terus angkat periuk dari api dan alihkan dengan segera dan hidang 



akak merebus perut tu pada kepanasan sederhana, air sepenuh periuk agak kurang seinci dari bibir periuk .... sehingga airnya jadi kering ... (nasib tak angus ku punya daging dek leka) kui3 ... sebab ada alarm bersuara "air KERING" .... huhu ...

akak campur dengan asam keping tu sebab nak ilangkan bau anyir .. bau tak sedap .. sebab ada orang tak suka baunya kann ....  tapi memey umpph lah .. 

dapat sepiring lagi simpan tuk esokknya panaskan balik ... huuuuu .. lagi sedap rasanya .... try lah .. sedap ta tipu ... 

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter