Jom join izan

Showing posts with label info/petua. Show all posts
Showing posts with label info/petua. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

kesihatan kulit dengan Jus Tomato Saderi

sumber dari: @ sunkist


Alhamdulillah .. syukur dengan setiap pemberian dariNya ...
disini akak kongsikan satu resipi yang cuba dan baru akak amalkan ... 
bagi yang susah nak makan buah tomato secara mentah melainkan dengan sambal belacan seperti akak .. memang nak habiskan sebiji tu susah bangat rasanya ..
tapi akak google ... dapat resipi dari kawan kita sumber dari: @ sunkist (terima kasih buat sunkist kerana resipi yang dikongsikannya)

Bahan kisar

1 biji tomato masak ranum (belah 4)
2 inci batang saderi
1/4 air masak

Bahan tambahan

2 atau 3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat

caranya

1. bahan kisar campur bahan tambahan kacau sebati
2. hidangkan 


sesuai untuk secawan jus - selalunya akak buat sebelum waktu maghrib dan minumnya 1 jam sebelum makan makanan yang lain.



kesan dari meminum jus tomato dan saderi antaranya ~ rasanya sedap huhu .... akak minum sambil totop mata itu hari pertama .. hari kedua .. redhakan aje .. hari ketiga ... akak redhakan aje ... hari keempat ... akak da redhakan dan seterusnya insya Allah:

1 - pori2 muka mengecil
2 - melembabkan kulit
3 - menghaluskan kulit
4 - mencerahkan kulit 
5 - jimat kos beli bahan kecantikkan (jimat tu wajib ya ... he3) 

ini dari yang akak google : khasiat tomato


Obesiti
Obesiti atau kegemukkan melampau yang melanda Malaysia kini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa amat membimbangkan.  Untuk mengurangkan berat badan, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari tanpa perlu mengambil sarapan selama 2 bulan.  Kaedah ini dianggap cara yang paling selamat untuk mengurangkan berat badan, walaupun anda tidak mengambil sarapan usah bimbang kerana tomato akan membekalkan elemen-elemen penting yang diperlukan untuk badan seperti tenaga dan gula semulajadi.

Gangguan Pernafasan
Gangguan pernafasan seperti lelah dan asma sangat merimaskan dan membataskan pergerakan anda bukan?  Dengan hanya meminum satu gelas jus tomato segar dicampurkan bersama madu dan buah pelaga setiap hari mampu melawan penyakit ini.  Tomato akan bertindak sebagai agen pertahanan badan dan selain itu juga membantu untuk mengurangkan pencampuran ubat-ubatan yang selalunya terjadi pada penghidap penyakit batuk berdarah.

Usus dan Hati
Berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan sembelit.  Anda hanya perlu meminum segelas penuh jus tomato segar setiap hari yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah.  Seeloknya diminum di awal pagi kerana ia memudahkan penghadaman.  Selain daripada membantu merawat masalah usus dan hati, ia juga boleh membantu ibu yang mabuk di awal kehamilan.  Lebih elok sebelum dijadikan jus, kulit buah tomato itu dibuang untuk memudahkan penghadaman dan masalah sembelit.

Mata
Tomato sangat baik untuk kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A.  Penyakit mata seperti rabun malam dan rabun jauh atau penyakit mata yang lain terjadi kerana kurangnya vitamin didalam badan.  Bukan sahaja lobak merah atau berri baik untuk mata, tomato juga boleh membantu menghasilkan vitamin yang diperlukan oleh badan.  Tidak hanya tomato berfungsi membantu mendapatkan mata yang sihat, daun dari pokok tomato jika direndamkan didalam air panas selama 15 minit dan ditutup rapat mampu untuk merawat penyakit saraf mata.  Tomato hanya perlu dijadikan jus dan diminum setiap hari pada waktu pagi dan malam.

Kulit
Tomato sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan kulit juga.  Manfaatnya yang tersendiri untuk melicinkan dan menegangkan kulit amat diyakini oleh masyarakat dunia.  Dikatakan makanan yang dimasak dengan kandungan tomato yang tinggi boleh membantu kerosakkan kulit akibat cahaya matahari.  Jika tidak gemar untuk dimakan, apakata cuba jadikan tomato sebagai masker pada muka.  Hanya potongkan tomato dan gosokkan nya pada muka setiap hari sebagai amalan.  Nescaya kulit anda akan lebih berseri kerana air dari tomato membantu untuk membuang sel-sel kulit mati.  Untuk hasil yang lebih baik pada kulit anda, makan tomato mentah setiap hari kerana ia mempunyai vitamin A, vitamin C dan vitamin E.



-----------------

okey .. kalau nak info lagi ... silalah rajin2 google sendiri pula ekkkk .....

Friday, September 7, 2012

Untuk sidia diabetes / biasa

jika terasa nak makan nasi .... gunalah beras perang ini .... sebabnya pernah digunakan dahulu oleh abah  & arwah ibu akak zan



Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Sunday, September 2, 2012

Sessi Kursus Perdana Haji

1/9/2012 - 2/9/2012

memang rasa sesangat ..... 



sorilah ... sesiapa yang melihat ... pic memang kurang canggih..


Bagi jemaah belah selangor / ulu selangor .... memang diletakkan di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam .......... bayangkan ... akhir sekali akak jejak kaki di Masjid Shah Alam ni .. masa umur 11 tahun ... sekarang umur akak 24 tahun .... lamanya....

dulu masa akak pergi tak lah seperti hari ini ... akak dok berlari2 ujung ke pangkal ... sebab apa ruang atas tu besar sangat .... seronok sangat sampai kat masjid ni sebab apa .. tak silap masa tu masjid ni siap kurang dari 3 tahun ... sebab kalau melawat tajaan sekolah2 memang menuju ke masjid ni ... dululah .... 


2 hari kat sini ... memang terasa seperti dah berada di Arafah ... rasanya bagaimana ... rasalah sendiri. itu baru di Masjid ... baru praktikal di Malaysia, belum lagi di Bumi Mekah .... kalau kat sini da banyak rungutan .... dekat sana seperti itulah ... jadi kalau memang hati da terpanggil untuk menjadi tetamu Allah .... banyakkan bersabar dan istighfar selalu .... 


tawaf ..... tawaf praktikal aje tu disini baru ... masjid shah alam .... akak tak ikut tawaf ..... tapi seronok tu memang terasa sangat


macam mana di Arafah, kena duduk dalam maktab .. begitu juga disini ... akak zan duduk dalam maktab 80 .... kalau kat sini aje ada 4 ribu.... kat Arafah sebenar nanti 4 juta umat Rasulullah. jadi ... bayangkan keadaannya disini saja dahulu... kuatkan semangat .. sebab untuk mengerjakan Haji .. memerlukan semangat, mental dan kesihatan yang baik dan kuat.


sewaktu hendak masuk solat maghrib




sewaktu hendak menunaikan solat Asar


ini sewaktu sessi makan ... akak tengah makanlah tu..



haa ... waktu ini akak paling suka .... jemaah haji berpakaian ihram ... nak buat praktikal tuk melontar ... bila mereka sebut ramai2 .."Lab baikallah humma labbai .. labbaikala shari kalak kalak bai.. minnal hamda wal ni'mata lakawal mulk lasharikalah .." ..... akak rasa nak menangis .... 

seru da ada ... niat pun da ada ... perbelanjaan aje yang belum cukup lagi ...


banyak ilmu .. pengalaman yang hampir serupa ketika nanti berada di Arafah ... dari segi komunikasi, situasi ... pemandangan ... yang akak dapat disini kemungkinan hampir sama ketika nanti di Arafah .. sediakan mental kesihatan dan semangat untuk meneruskan mencari bahagian untuk kita....

kerana mungkin ... ini yang terakhir .. seboleh mungkin lakukan yang terbaik .... mana2 rakan yang termasuk dalam jemaah haji pada tahun ni ... Alhamdulillah syukur .. kerana terpilih. akak izan doakan semoga berjaya dan mendapat haji mabrur.

---------- akak sebenarnya suka menyelit aje mencari ilmu. kebetulan mak mertua (makcik) akan pergi pada tahun ini ... tanpa muhrim/mahram ... maka disini akak memang suka nak mengikut kalau ada kursus yang dia pergi memang akak sekali sekala bila tak penat akan menemankannya ... jadi rezeki akak mengikuti kursus perdana yang makcik hadiri ... sedikit sebanyak ada ilmu yang boleh diambil.


----------- jangan lupa doakan juga kesihatan akak, mental dan semangat sentiasa dalam izin Allah supaya niat yang tersemat dalam hati ini bercambah dan menyemarakkan hasrat untuk menjadi Tetamu Allah suatu hari nanti. Insya Allah.


----------- masa itu nanti Insya Allah.... takkan ada liputan dari akak (hehehe ...) sebab apa .... masa tu nawaitu telah dibuat ... untuk ibadah. tiada keseronokkan seperti ini. 

ini kerana baru disini sahaja .... banyak handphone yang canggih terlepas dari genggaman ..... ada laptop yang hilang dari pandangan ... ada bermacam2 kehilangan yang dilaporkan dan diumumkan .... belum lagi jika di bumi Mekah. ini sahaja antara pengalaman yang akak kongsikan ... selebihnya ...anda cari dan rasakan sendiri bila sampai masanya ...

Sunday, July 1, 2012

Aduuh .. du kembung larrr....


haaa ... ngapa ngapa ...
-
-
-
selalunya baby yang kita bimbang sangat2 bila kena kembung .... orang dewasa pun kembung jugak ... tapi kalau orang dewasa telan ubat ... kembung pun .... ilaaa......angg kanzzzz

masa anak2 akak zan kecik .. baby lagi baru lahir ... kadang2 kena kembung. iyalar kan ... ibu yang lepas melahir kena jaga makanan nanti susu yang kita sumbangkan pada baby ada kala menyebabkan baby kena kembung ... atau jika terlebih minum air botol pun boleh kena kembung .....

salah satu cara selalunya bila nak malam je, abang zul akan pergi kerumah jiran untuk minta beberapa helai daun menkudu. kemudian dia layurkan atas api agak layu sedikit kemudian letak beberapa titik minyak yuyi. baby lepas mandi pakaikan barut, kemudian perutnya ditutup dulu dengan daun mengkudu tadi baru ikat barut. haa .. cuba tengok tido malamnya ... agak selesa dan kurang menangis ..... lepas tu senang dan cepat jadinya tuk baby buang angin ...

satu lagi kebaikkan mengkudu ... pada buahnya ... ayah akak zan siap tanam sepokok depan rumah, baik untuk penyakit darah tinggi ... cara pemakanan ~ silalah rujuk pakar perubatan ... kannnzzzz ...

haa tu lah dia citer daun mengkudu ...

Saturday, June 30, 2012

Luka dijari boleh di inai ... luka dihati ?????


luka dihati ... membawa dirilah jawabnya ... iya ker ... boleh pergi jauh kemana ... pusing2 tang tu juga ... kannnzzzz ... kalau luka dihati balut sendiri sampai sembuh seperti sediakala ... senyum mesti mau .. oke

he3 ... daun inai boleh menyembuhkan luka ... betuuu .....lll ... tak caya cuba buat zaman zan umur 4 ke 7 tahun ... saban waktu menengok arwah nenek menumbuk inai
kelentang keluntung bunyinya .. ingatkan menumbuk cili tapi ijau je daunnya. bila jarinya terluka selepas potong bawang ke atau ada cagu ye kita panggil yang bengkak kuku jari tu ... mesti dia balut dengan inai, sejuk, kulit mengecut ... cepat baik

tapi taklah satu jari luka pakainya sepuluh jari siap jari kaki lagi ... haha siapa yang buat begitu tak tahulah nak cakap apa melainkan jadi raja sehari lagi sekali, kalau nak buat pun boleh ... sanggup..

pokok inai ni elok kalau dapat tanam di depan rumah ke atau dibelakang rumah, kata orang tua2 ... haiwan yang panjang berlingkar tu tak masuk rumah. kesahihannya taklah diketahui ... tapi kalau ada sepokok dirumah bagus juga ditanam buat hiasan ke
akak zan pun ada sepokok rimbun dibelakang rumah ...

bergurau senda kan buat ceria....

Friday, June 29, 2012

Kelebihan Susu

Susu cap junjung ni ... akak google ...


Dulu masa kecik2 larr ... bila keluar iklan ni kat tv .. siapa yang mendengar lagu iklan tu .. tersimpul senyum kemain lagi ... mak ayah akak dulu berniaga, budak2 ITK bila dengar lagu ni kemain suka lagi, nape tah suka sangat ~ sebab nakal lah tu .. kamu tau ke ~ sekarang ni semua mereka tu dah jadi bapa orang ada yang da punya cucu pun

haaa ... susu ni dulu2,  kalau makan roti kan .. roti benggali yang panjang tu bila kita order je jam tu lah dia potong2 ... dituangkan susu ni pas tu makan ... ummphh sedapnya kalah roti sekarang hi5 ke gardernia tu ke .... tak boleh lawan

Ada satu peristiwa masa kecil, zan suka duk sblh nenek bila time raya dapur minyak turun ke bawah senang nak goreng kuih loyang bagai. seronok dulu duk sebelah nenek melangut arwah nenek buat kerja nak raya kan. sekali arwah nenek buat kerja sambil mengomel tetiba minyak panas dalam kuali hinggap kat peha zan ... waduuuu .. hari malam lak tu ... mana ingat klinik dulu2 ...

arwah nenek pun capai susu cap junjung ni pekat manis ... dilumur ketempat kena minyak panas tu ... sejuk je rasanya ... buat sementara okey lar ...bila da panik capai apa saja .... 

kenangan zaman silam ....




Sunday, April 29, 2012

manisnya berpantang ..... :D



siapa yang masa berpantang ... dia enggan berpantang ... sungguh rugi ..
sebab apa ... masa berpantang ni lah dia membaiki sistem dalam badan wanita yang melahirkan bayi ... 

kalau dia tidak berpantang bermakna sistem pembaikkan dia sangat perlahan dan kurang sempurna. sistem dalam badan wanita yang melahirkan ni .. bnyak kerosakkan dan perlukan pemulihan .. jika dia meneruskan tanpa pembaikkan mungkin ada kerosakkan berkekalan yang boleh memudaratkan dimasa depan ... melainkan dia menjalani pantang maka sedikit sebanyak pemulihan itu memberi manfaat lebih kepadanya.


antaranya makan bawang putih dengan nasi berlaukkan ikan kering / masin .... sedapnya bila diingatkan saat berpantang ... seleranya punya hal mau je bertambah2 nasi dalam pinggan kui3 ...
bawang putih yang telah dikupas dimasukkan kedalam periuk nasi yang baru tutup apinya ... biar 15 minit sehingga empuk .. 

makan dengan nasi berlaukkan ikan kering dan kuah belada hitam ... amboiiii .... senang nak buang angin dik ... perut pun lega .....

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.

Saturday, April 21, 2012

secawan kopi O beralas ... tanda hormat ..


pinjam dari fotosearch ..... kui3....

apa logiknya secawan kopi O ... tanda hormat..

ye ... zaman kecil2 dulu ... sebagai kakak dan sulong ... memang selalu si kakak yang kena "teruk" ... hehe .. tapi bila direnung-renung semula ... banyak juga kebaikkannya ... manisnya kenangan ..

abah seorang yang sangat .. sangat ... sangat garangnya .. bila da memanggil "AKAK" ... cuuuutttt ... tak tunggu dah ... datang dengan perut kecut .. berdiri depan abah ni ... walau dalam hati .... mmmmmm ... macam-macam adoooo .....

abah ni dari umur akak 8 tahun .... kerjanya berniaga runcit ... bila time makan tu ... mula lah dok tunggu .. nape lar abah ni tak panggil2 .... hehe ... 

bila tiba abah ni nak kopi .... zan pun mulalah mencari cawan nak antarkan kopi cepat ... kalau boleh lagi cepat sebab takut nak berdiri lama depannya .... 

Nantikan arwah nenek cakap ... kadang2 time tu arwah nenek datang tido kat rumah ... dia pesan kalau bagi orang tua minum beralas ... jangan tinggal alas ... bila2 tak kira siapa kalau nak bagi air biar beralas ... tanda hormat. yang sebenarnya supaya cawan tidak kotor dan mudah nak hulur pada orang ... terutamanya orang tua .... tambah2 lagi kalau adik2 da bersuami ... pada suami .... mak ayah mertua .. tak kiralah siapa saja yang kita hormati .....

---- akak rindu nak memasak ni .... tapi masa belum mengijinkan .... :D 

itu pasal lar anak dia mengikut ... sebab bapaknyer suka kopi anaknya pun suka mengopi ...


Wednesday, December 28, 2011

Ikan Keli - info


Ikan keli ..... aiiiihh ... pic ikan keli .... kelu .....
ikan ni feveret abe iwan dgn abahnya abe zul ...... :)

Masa zan kecik2 dulu ..... yang masakan femes arwah mak ... ikan sembilang .....
dulu2 datang terus dari laut atau dari sungai .... nak pegang memang tak lalu ...
basuh ngan air asam jawa ... susah asam jawa abis ... zan letakkan aje 4 ke 5 keping asam keping ...  sekarang datang dari kolam bela .. kurang bau senang sikit dibasuh..

kalau masak dikedai .... memang zan jarang nak makan ... bukan cerewet ... tapi suka lagi masak sendiri ...
memang dah di ajar kalau basuh ikan jenis ni .. kena bersih - bersih
kalau nak tahu isi kat tang dekat dengan kepala ikan tu kena dibelah jua .. sebab disitu terletak seketul darah beku ... bisa ikan .. kiri kanan ada tu. kalau abe zul tau da sifat2 izan berkenaan ikan ni jua ... kui3 ... kalu tak berejam mengerjakannya tak sah .. sekilo2 zan duk perabih ...

nape dikerat2 ikan tu ... kalau dulu2 kami 3 beradik .. makan seekor boleh sampai kepetang .. walaupun makanan kegemaran `tambah2 kalau arwah mak kata "simpan sikit tuk orang belakang" .. sampai petang nampak bayang ... tapi lar ni kita kata simpan sikit tuk orang belakang... kita pusing belakang keja....ap aje ... ilang dalam piring ... hisssshhh ... anak2 jaman sekarang ... tu pasal kena dikerat2 ....

Monday, August 22, 2011

Potong Bawang ... Mata Pedih ...

Bawang putih ... banyak kegunaan ni... buang angin buleh, buat jeruk.... mmmmm sodapp..., buat rencah bagai sume boleh. 

Kalau kita pi rewang rumah orang kenduri kan kena pulak potong bengbawang..... seguni seguni ... mau banjir ngan air mata. iyer kerrr..... tak lah kan ... lebih2 pun meleleh jer air mata ... 

Dulu zan pun gitu, tapi orang-orang tua pesan, sebelum potong bawang tu ... ambik seulas bawang putih letak dihujung mata pisau. kemudian barulah kerejakan bengbawang tu ..... try lah ....

**** almaklumlah kan bulan puasa ni .... tak dan nak pegang periuk ... men tunjuk - tunjuk aje ... huhuhu.... jangan marah iyer .... tapi kalau dirumah pun potong bawang tak adanya nak ikut petua ... alahai potong bawang 2 3 ulas je ... tak sempat nak menitis..



Friday, August 19, 2011

Nak awet muda ... minum air paip - caya ke idok...

photo 
Betul ke minum air paip buleh nampak muda belia .......... awet gitu :)mmmmm
Percaya ke tak ..... ????
Kalau tak percaya kita nak ceritakan  jugak... 
Minum air paip boleh awet muda......... izan tak lah percaya sangat. tapi tahlah...
sejak mula kakak ipar zan cakap ..... sampai sekarang zan amalkan. sesaje ajerrr..
kalau awak nampak saya muda .... kiranya mujarablah tu.... hehehe...
bangkit awal subuh, bukaan air paip yang pertama tu tadahkan secawan... selawat 3 kali, tarik nafas panjang, teguk 3 kali sampai abis air tu lepaskan nafas....
satu kebaikan yang zan dapat ... mengurangkan angin sebu dalam perut waktu pagi ....
adakala air paip ni terlalu kotor jangan diamalkan. nanti rosak badan. 
tetapi yang sebenarnya kalau dapat kita mengosongkan minda dan jiwa dari perkara negatif, pasti muka nampak ceria. 

Sunday, August 14, 2011

Apa ada pada nangka .... getah nangka








photo
















Nangka ni bukanlar dari pokok zan yer ...... den google yo oo orr..

Sedapkan dapat makan nangka .... tapi bagi yang tak boleh makan nangka, jangan makan, nanti yang sakit anda dan anda juga... hehe..

Petua biasa bila selesai membelah Nangka ..... memang susahkan pakai sabun, sabun tak jalan, pakai air lagi tak jalan. oke....

zan pakai minyak kelapa dan sabun .... haaa licin dan bersih semula pisau atau parang kita. ada petua lain dari ini tak ... kongsi kan aje....



Thursday, February 24, 2011

Nak tau tak ... kongsi cerita sedikit petua


Adik-adik semua pandai tak tanak nasi.... haaa.. kalau nasi pun tak pandai tanak.. belajar dari sekarang ya. sebab bukan selamanya adik-adik nak makan nasi bungkus. kata orang nak pikat suami .. pikat dari perutnya .... iye ke. akak pun tak tahu tapi dari drama2 tv... dari majalah2 .. info yang akak dapat macam tulah.

selalunya nasi lepas padam api letrik tu .. macam kat atas tulah bentuknya
ingat ya adik-adik ... jangan sampai nasi tu sejuk cam tu lah keadaannya juga
orang tua-tua kata ... ini mim ... haaa mim ya..

agak-agak lepas 5 minit api letrik tu padam ... kalau orang dulu-dulu guna sudip kayu .. akak guna senduk aje.di kacau nasi tu perlahan-lahan jadi bentuk kat atas tu .... kalau kuat-kuat hancur pulak nasi.

kalau orang tua-tua ... suka makan nasi macam ni (gambar kedua)... berderai katanya. satu hari cuba adik-adik hidangkan nasi, mula-mula nasi yang bentuk kat atas tu .. kaut kemudian hidangkan. hari lain cuba pulak hidangkan nasi yang gambar kedua tu. cuba bandingkan keseronokkan menghidang atau makan ... paling tidak pun cuba tanya nasi yang bagaimana sedap rasanya dimakan.

tapi jaga2 adik ya ... kadang-kadang ada bulan dalam periuk ... hehe


selalunya telur asin ni selepas cuci bersih akak masukkan saat api periuk padam .. 10 minit kadang kurang ... dah boleh diambik tuk makan.

cerewet ..... bukan cerewet .. selalunya kita nak cuba kesempurnaan sebaik yang mungkin....

sekadar berkongsi ... mungkin nampak remeh .. tapi mengingatkan itu bagus..

Tuesday, September 14, 2010

acuan loyang/rose

Takut kuih raya tak jadi..... (aiikkk kuih raya keee.... kuih ni time normal pun ada orang jual tuk jadikan sumber pendapatan). Inilah (pada gambar) acuan kuih tradisional......

Pertama kali membeli ke....... sekarang jangan risau.... kalau pertama kali memiliki acuan loyang/rose atau ingin memiliki...... beli saja murah je baru RM10.90... zan pilih acuan yang berat .... ada macam-macam bentuk terbaru ... tapi zan pilih yang paten lama je..... macam dalam pic ni....

Sampai aje dirumah ...... zan rendam dulu dalam minyak panas yang kita dah guna tuk memasak tu... yang minyak dah hitam2 tu kan... zan letakkan dari mula sampai minyak tu panas sepanasnya...

Tiap kali sebelum guna dari mula letak minyak atas kuali panaskan sampailar panas sepanasnya zan biar je dalam kuali acuan ni. bila nak guna direnjis2 sikit minyak tu jangan melekat banyak sangat kat acuan baru lah dicelup ke dalam adunan.

Jangan risau... adunan pertama dan kedua buat saja sampai habis .... tapi zan bagi taulah .... 2 kilo (2 kali adunan) memang kena bazir sesaja..... sebab kuih memang tak jadi cantik dan menarik. tapi adunan ketiga dan seterusnya .... pasti puas hati. Cina kat kedai tu pun dah bagi tau awal2... katanya orang tua-tua yang datang membeli kat kedai tu bagitau macam tu..... bagus cina tu ... menjual sambil mendapatkan info dan petua tuk pembeli yang lain berminat.

Cara penyimpanan dan petua jangan adunan lekat pada acuan sehingga boleh merosakkan ... pertama2 sampai kerumah ... tak yah lah nak dimandikan ke atau dikenakan air acuan tu ... pantang kena air ... lap-lap aje kendian dipanaskan dalam minyak yang dah digunakan tuk ilangkan abuk2 nyer tu.

Pernah tak tengok nenek-nenek kita simpan cara dulu .. zan pun ingat2 lupa.... lepas guna balut aje dalam plastik/kain selepas acu tu sejuk simpan tempat yang selamat dan bersih. bila nak guna keluarkan aje terus rendam dalam minyak panas semula... dan gitulah seterusnya....... Senyummmmm .... adunan pasti tak melekat pada acuan.

renung-renungkannnn..... dan selamat beramal..... semoga berjaya... (kih kih kih... panjang lebar I punya borak kann... layanzzzzz...)


Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter