Jom join izan

Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

kesihatan kulit dengan Jus Tomato Saderi

sumber dari: @ sunkist


Alhamdulillah .. syukur dengan setiap pemberian dariNya ...
disini akak kongsikan satu resipi yang cuba dan baru akak amalkan ... 
bagi yang susah nak makan buah tomato secara mentah melainkan dengan sambal belacan seperti akak .. memang nak habiskan sebiji tu susah bangat rasanya ..
tapi akak google ... dapat resipi dari kawan kita sumber dari: @ sunkist (terima kasih buat sunkist kerana resipi yang dikongsikannya)

Bahan kisar

1 biji tomato masak ranum (belah 4)
2 inci batang saderi
1/4 air masak

Bahan tambahan

2 atau 3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat

caranya

1. bahan kisar campur bahan tambahan kacau sebati
2. hidangkan 


sesuai untuk secawan jus - selalunya akak buat sebelum waktu maghrib dan minumnya 1 jam sebelum makan makanan yang lain.



kesan dari meminum jus tomato dan saderi antaranya ~ rasanya sedap huhu .... akak minum sambil totop mata itu hari pertama .. hari kedua .. redhakan aje .. hari ketiga ... akak redhakan aje ... hari keempat ... akak da redhakan dan seterusnya insya Allah:

1 - pori2 muka mengecil
2 - melembabkan kulit
3 - menghaluskan kulit
4 - mencerahkan kulit 
5 - jimat kos beli bahan kecantikkan (jimat tu wajib ya ... he3) 

ini dari yang akak google : khasiat tomato


Obesiti
Obesiti atau kegemukkan melampau yang melanda Malaysia kini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa amat membimbangkan.  Untuk mengurangkan berat badan, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari tanpa perlu mengambil sarapan selama 2 bulan.  Kaedah ini dianggap cara yang paling selamat untuk mengurangkan berat badan, walaupun anda tidak mengambil sarapan usah bimbang kerana tomato akan membekalkan elemen-elemen penting yang diperlukan untuk badan seperti tenaga dan gula semulajadi.

Gangguan Pernafasan
Gangguan pernafasan seperti lelah dan asma sangat merimaskan dan membataskan pergerakan anda bukan?  Dengan hanya meminum satu gelas jus tomato segar dicampurkan bersama madu dan buah pelaga setiap hari mampu melawan penyakit ini.  Tomato akan bertindak sebagai agen pertahanan badan dan selain itu juga membantu untuk mengurangkan pencampuran ubat-ubatan yang selalunya terjadi pada penghidap penyakit batuk berdarah.

Usus dan Hati
Berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan sembelit.  Anda hanya perlu meminum segelas penuh jus tomato segar setiap hari yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah.  Seeloknya diminum di awal pagi kerana ia memudahkan penghadaman.  Selain daripada membantu merawat masalah usus dan hati, ia juga boleh membantu ibu yang mabuk di awal kehamilan.  Lebih elok sebelum dijadikan jus, kulit buah tomato itu dibuang untuk memudahkan penghadaman dan masalah sembelit.

Mata
Tomato sangat baik untuk kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A.  Penyakit mata seperti rabun malam dan rabun jauh atau penyakit mata yang lain terjadi kerana kurangnya vitamin didalam badan.  Bukan sahaja lobak merah atau berri baik untuk mata, tomato juga boleh membantu menghasilkan vitamin yang diperlukan oleh badan.  Tidak hanya tomato berfungsi membantu mendapatkan mata yang sihat, daun dari pokok tomato jika direndamkan didalam air panas selama 15 minit dan ditutup rapat mampu untuk merawat penyakit saraf mata.  Tomato hanya perlu dijadikan jus dan diminum setiap hari pada waktu pagi dan malam.

Kulit
Tomato sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan kulit juga.  Manfaatnya yang tersendiri untuk melicinkan dan menegangkan kulit amat diyakini oleh masyarakat dunia.  Dikatakan makanan yang dimasak dengan kandungan tomato yang tinggi boleh membantu kerosakkan kulit akibat cahaya matahari.  Jika tidak gemar untuk dimakan, apakata cuba jadikan tomato sebagai masker pada muka.  Hanya potongkan tomato dan gosokkan nya pada muka setiap hari sebagai amalan.  Nescaya kulit anda akan lebih berseri kerana air dari tomato membantu untuk membuang sel-sel kulit mati.  Untuk hasil yang lebih baik pada kulit anda, makan tomato mentah setiap hari kerana ia mempunyai vitamin A, vitamin C dan vitamin E.



-----------------

okey .. kalau nak info lagi ... silalah rajin2 google sendiri pula ekkkk .....

Sunday, September 2, 2012

Sessi Kursus Perdana Haji

1/9/2012 - 2/9/2012

memang rasa sesangat ..... 



sorilah ... sesiapa yang melihat ... pic memang kurang canggih..


Bagi jemaah belah selangor / ulu selangor .... memang diletakkan di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam .......... bayangkan ... akhir sekali akak jejak kaki di Masjid Shah Alam ni .. masa umur 11 tahun ... sekarang umur akak 24 tahun .... lamanya....

dulu masa akak pergi tak lah seperti hari ini ... akak dok berlari2 ujung ke pangkal ... sebab apa ruang atas tu besar sangat .... seronok sangat sampai kat masjid ni sebab apa .. tak silap masa tu masjid ni siap kurang dari 3 tahun ... sebab kalau melawat tajaan sekolah2 memang menuju ke masjid ni ... dululah .... 


2 hari kat sini ... memang terasa seperti dah berada di Arafah ... rasanya bagaimana ... rasalah sendiri. itu baru di Masjid ... baru praktikal di Malaysia, belum lagi di Bumi Mekah .... kalau kat sini da banyak rungutan .... dekat sana seperti itulah ... jadi kalau memang hati da terpanggil untuk menjadi tetamu Allah .... banyakkan bersabar dan istighfar selalu .... 


tawaf ..... tawaf praktikal aje tu disini baru ... masjid shah alam .... akak tak ikut tawaf ..... tapi seronok tu memang terasa sangat


macam mana di Arafah, kena duduk dalam maktab .. begitu juga disini ... akak zan duduk dalam maktab 80 .... kalau kat sini aje ada 4 ribu.... kat Arafah sebenar nanti 4 juta umat Rasulullah. jadi ... bayangkan keadaannya disini saja dahulu... kuatkan semangat .. sebab untuk mengerjakan Haji .. memerlukan semangat, mental dan kesihatan yang baik dan kuat.


sewaktu hendak masuk solat maghrib




sewaktu hendak menunaikan solat Asar


ini sewaktu sessi makan ... akak tengah makanlah tu..



haa ... waktu ini akak paling suka .... jemaah haji berpakaian ihram ... nak buat praktikal tuk melontar ... bila mereka sebut ramai2 .."Lab baikallah humma labbai .. labbaikala shari kalak kalak bai.. minnal hamda wal ni'mata lakawal mulk lasharikalah .." ..... akak rasa nak menangis .... 

seru da ada ... niat pun da ada ... perbelanjaan aje yang belum cukup lagi ...


banyak ilmu .. pengalaman yang hampir serupa ketika nanti berada di Arafah ... dari segi komunikasi, situasi ... pemandangan ... yang akak dapat disini kemungkinan hampir sama ketika nanti di Arafah .. sediakan mental kesihatan dan semangat untuk meneruskan mencari bahagian untuk kita....

kerana mungkin ... ini yang terakhir .. seboleh mungkin lakukan yang terbaik .... mana2 rakan yang termasuk dalam jemaah haji pada tahun ni ... Alhamdulillah syukur .. kerana terpilih. akak izan doakan semoga berjaya dan mendapat haji mabrur.

---------- akak sebenarnya suka menyelit aje mencari ilmu. kebetulan mak mertua (makcik) akan pergi pada tahun ini ... tanpa muhrim/mahram ... maka disini akak memang suka nak mengikut kalau ada kursus yang dia pergi memang akak sekali sekala bila tak penat akan menemankannya ... jadi rezeki akak mengikuti kursus perdana yang makcik hadiri ... sedikit sebanyak ada ilmu yang boleh diambil.


----------- jangan lupa doakan juga kesihatan akak, mental dan semangat sentiasa dalam izin Allah supaya niat yang tersemat dalam hati ini bercambah dan menyemarakkan hasrat untuk menjadi Tetamu Allah suatu hari nanti. Insya Allah.


----------- masa itu nanti Insya Allah.... takkan ada liputan dari akak (hehehe ...) sebab apa .... masa tu nawaitu telah dibuat ... untuk ibadah. tiada keseronokkan seperti ini. 

ini kerana baru disini sahaja .... banyak handphone yang canggih terlepas dari genggaman ..... ada laptop yang hilang dari pandangan ... ada bermacam2 kehilangan yang dilaporkan dan diumumkan .... belum lagi jika di bumi Mekah. ini sahaja antara pengalaman yang akak kongsikan ... selebihnya ...anda cari dan rasakan sendiri bila sampai masanya ...

Saturday, March 12, 2011

mampukah kita setekun itu...

sumber dari kosmo.

ILLINOIS, Amerika Syarikat - Sebuah replika kapal Queen Mary yang berukuran 7.62 meter panjang, 0.9 meter lebar dan 1.8 meter tinggi berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan lebih 800,000 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengaturcara komputer, Wayne Kusy, 50, dianggarkan menghabiskan masa selama hampir 12 tahun untuk menyiapkan replika kapal tersebut.

"Saya hanya menggunakan playar, pisau cukur, penyepit kecil, gam dan kesabaran yang banyak untuk menyiapkan replika itu," katanya

Replika kapal Queen Mary itu akan dijual pada harga £6,000 (RM29,318).

Sebelum ini, Wayne pernah menghasilkan replika kapal Titanic dan Cutty Sark yang menggunakan bahan yang sama. - Agensi


izan sendiri angkat tangan nak menyiapkan walau dalam sehari... ini 12 tahun mengadap menyiapkan sebuah kapal dari pencungkil gigi. bayangkan mengait benang menjadi sebuah pasu dan bunga pun tak mampu zan habiskan walau bertahun menyimpannya.

Saturday, February 5, 2011

mencari inspirasi.........

Bagaimana dapatku susunkan ayat...
ayat terindah pengubat lara....
hati berbicara .. tiada terkira ...
mencari nur kasih penenang jiwa ...


Setiap kali bila menyebut ibu (al-Fatihah) ...
butir-butir jernih lancar terbit dibibir mata ...

setiap kali inspirasi ku terbit ...
nama ibu akan jadi teman ceria

setiap kali modalku ada ...
nama ibu jadi sumber penguat ...


semoga tabah akan sentiasa hadir dalam diri ...
dan keikhlasan memenuhi hati ....
bercerita lebih mudah dari menjalani ...
tapi bercerita kadang-kadang menyembunyikan apa yang yang dijalani ...


*** telah hampir sebulan lebih ibu kami pulang ke rahmatullah ... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin

Friday, January 22, 2010

Hidup cuma sementara....

jom kawan-kawan... hidup ini sementara. marilar kita cari dan ambil sedikit ilmu yang akan menjadi sebahagian dari perjalanan hidup sebelum sampai ke penghujung..... (kita nakal jugak... yang kecil2 besar zahrah ku buat jugak hihihi... - apapun, kita semua tahu inilah ketentuan yang telah ditetapkan Allah bagi manusia...... seperti kita)


tengok tu... sebahagian dari mereka termasuk ustaz yang menjayakan hari tersebut. harinya sebenarnya dah hampir 2 minggu berlalu..... iaitu - cara-cara mandikan jenazah.


>>>>> ini semua persediaan yang diperlukan.... kita dah tahu apa yang kena disediakan. jadi x perlu tunggu orang lain sediakan... bukan apa.... bukan apa kadang tak lengkap bahannya..keadaan kan tak tenang masa tu.... dengan sedikit pengetahuan yang kita ada... kita boleh sediakan seberapa segera....

dibawah ni sebahagian dari bahan-bahan yang diperlukan untuk memandikan jenazah..... mesti buatan halal..... kena lihat tu. kalau cecair mandian.... dilarang menggunakannya ye.
HAA..... ada orang tak boleh nampak kapur barus ni..... tak boleh cium baunya... kalau boleh tak mau dekat dengan kapur barus ni....pegang...jauh sekali, macam kakak ipar zan..... zan ambik zan campak kan kat dia.... melompat dia menepis...hihihi.....

sedap baunya.... ustaz kata sekarang kapur barus dah tak macam dulu. kalau kita pegang berhari-hari baru hilang baunya. sekarang dah campur tepung.... jadi jangan risau kalau pegang. dan jangan terlalu ikutkan firasat/karut .... bila lihat kapur barus... ingat benda lain....


Ini sebahagian lagi bahan-bahan yang diperlukan...




Ini boleh diibaratkan seperti minyak wangi.....

kakak ipar zan... siang-siang dah kata x mau jadi model....... dia takut kik kik kik..... izan bukan x mo jadi modelnya tapi orang tak pelawa .... hehehe....
Ini model yang telah dihampir lengkapkan.....



Bagaimana kita menyediakan baju, kain, tudung kemudian bagaimana cara menyarungkan kepada model jenazah.

inilah sebahagian ceritanya..

jika ada acara ilmuwan begini...... cubalah cari peluang untuk mengikutinya...... menyeronokkan dan menambahkan ilmu pengetahuan kita. jika kita dah menguasainya.... ia sebahagian dari bakti yang memberi pahala....

Wednesday, August 13, 2008

Tidak tercapai akalku........

Begitu luasnya bumi Allah .... betapa indah dan seninya ciptaan Allah ... kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran diberi hidayah dan petunjuk .... terokalah setiap penjuru bukalah minda dan lapangkan dada, lihatlah setiap kejadian dan ciptaan dari Maha Pencipta dengan penuh keinsafan dan kekerdilan.................

kerana indah dan seninya dari Pencipta, manusia begitu memuji dan bersyukur ...





Saturday, August 2, 2008

WARNA-WARNA KEHIDUPAN!


Pernahkah anda dengar mengenai terapi warna? Sememangnya warna mampu meninggalkan impak kepada emosi dan "mood" seseorang. Justeru itu, kita boleh menggunakan pengaruh warna sebagai satu bentuk terapi dalam memperbaiki gaya hidup. Caranya mudah sahaja iaitu dengan memilih warna pakaian seperti oren dan kuning untuk menambahkan "mood ceria" dalam melayari hari-hari yang sukar. Sekiranya anda ingin suntikan semangat, warna merah mampu membantu. Begitu juga dengan warna biru dan hijau yang memberikan perasaan damai dan sejuk. Nah, serlahkan penampilanmu dengan warna-warna kehidupan!

INGIN TIDUR NYENYAK WAKTU MALAM?

Cuba padamkan komputer dan tv beberapa jam sebelum tidur. Menurut kajian yang dilakukan Sleep and Biological Rhtyhms di Amerika Syarikat, skrin komputer dan tv memancarkan sinar biru yang mana akan meransang penghasilan melatonin bermula pukul 10.00 malam. Hormon melatonin ini diketahui boleh memberikan kesan yang menenangkan. Tidur anda juga akan lena dan nyaman. Cara mudah untuk mendapatkan tidur yang secukupnya, bukan?
teks: nor azuana hamid



Renungkan:..............


Mempunyai sahabat sejati adalah berharga kepada seseorang.

1. Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan?

2. Siapa yang berada disamping anda? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai?

3. Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satu pun yang dapat anda berikan?

4. Merekalah sahabat-sahabat anda.

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

Thursday, July 24, 2008

KEKUATAN BUNGA

Anda mempunyai masalah kesukaran mengingati apa yang dibaca atau pelajari? Kajian menunjukkan mencium aroma bunga seperti bunga mawar semasa sedang belajar atau membaca, kemudian mencium baunya lagi ketika hendak masuk tidur dapat membantu mengingati informasi yang dibaca atau dipelajari. Menarik bukan? Sekiranya tidak mempunyai bunga, semburkan minyak wangi yang digemari pada bantal, juga boleh melakukannya pada malam hari menjelangnya peperiksaan atau presentation.
Bagaimana .... anda semua, jom cuba..kot2 betul apa salahnya. kalau susah sangat.. sediakan jer sebotol Gingko Biloba..
teks: nor azuana hamid rapi

Sunday, July 20, 2008

Pengalaman harini - dirumah Dayang

20.7.2008 - lebih kurang pukul 9.15 pagi izan dah sampai kerumah Dayang. ish ... excited sangat2 tu. jika diikutkan takda pernah terniat dalam hati nak ikuti mana2 class masak-memasak nih..tambah2 buat kek. kalau diikutkan orang lain berlumba-lumba mencari orang nak mengajarkan cara-cara membuat kek. tapi izan ni segalanya memang lambat...
Tu la bila pertama kali dipelawa, ada je alasan tu..hemmm... masak kek seingat izan masa form three, masak kek pisang tu pun semata-mata nak exam. lepas tu takda dahhh..... kalau buat pun ikut kawan2 semata. asal jadi udahlah....
tapi harini, dari niat nak meramaikan tu.... seronok pulak belajar teknik2 buat kek. bukan mudah, walau nampak mudah. kalau takkk... takkan dari bangi, dari kelana jaya, dari cheras ... dan macam2 tempat orang datang termasuklah izan dari sg buaya nihh... sanggup datang semata nak belajar teknik2 membuat kek.
kami beramai-ramai berganti-ganti mengadun bahan, meletakkan adunan satu demi satu. bersama-sama mengukus bahan kek, untuk makan tengahari pula kami bersama-sama memasak, merencah... memang menyeronokkan. tak kira kami kenal atau tidak kenal... bila dah bersama-sama tu..... memang ... tak tau nak cakaplah...
Penattt..... memanglah penat. sampai pukul 6.00 petang izan belajar buat 3 jenis kek kukus... kek tradisi dari Sarawak. kelopak mata ni sampai dah tak boleh nak angkat... tapi bila ngenangkan ilmu tu bukan mudah nak dapat, dikuatkan lah juga semangat tu nak sama2 mendapat menafaat. seronokkk.... macam2 perkara baru bila dah berjumpa tu.. dalam diam2 ambik pengalaman teman2 yang memang dah pergi banyak tempat semata nakkan ilmu membuat kek ni. sungguh izan memang tak sangka.
Tapi nak tunjuk apa yang dibelajar harini, memang dah tak berdaya... penat sangat-sangat nih..nantilah esok2 izan tunjukkan. sesekali berkumpul macam ni memang menyeronokkan dan banyak pengalaman boleh dikongsikan. terima kasih buat dayang sebab sudi mengajak izan. berkongsi ilmu bersama dayang memang tak merugikan.....buat teman2 semoga kita akan berjumpa lagi dilain masa insyaallah.

Thursday, July 3, 2008

kongsi pengetahuan - Azean Irdawaty

Seperti kita semua ketahui seniwati terkenal Azean Irdawaty merupakan diantaranya yang menghidapi barah dan telahpun menjalani pembedahan. Dari apa yang dikongsikan bersama ialah apabila ditanya apakah punca penyakit adakah benar ia berpunca kerana pemakanan.
Beliau seorang yang ambil berat tentang makan dan cukup kuat buat senaman.
Dan persoalan itu disangkal dan memberitahu melalui pembacaannya tentang kanser - penyebab utama kanser bukan sebab makanan atau genetik, tapi punca utamanya kerana stress. Dan beliau mengaku bahawa hidupnya memang sentiasa stress. Beliau juga memberitahu yang didalam badan kita memang ada sel kanser. Ada yang doman dan ada yang aktif. Bila kita selalu stress akhirnya sel kanser yang tak aktif pun akan aktif.
* dengan sebab itu, kita harus cuba menangani masalah-masalah stress untuk terus hidup ceria.

Tuesday, June 17, 2008

JANGAN TURUTKAN PERASAAN


Satu penyelidikan mencatatkan bahawa perasaan sedih dan murung yang dibiarkan berterusan lebih membahayakan manusia berbanding penyakit kronik lain yang sering menyerang manusia, misalnya asma dan diabetes.
Kajian khusus yang dijalankan oleh WHO kepada hampir 250 ribu orang yang mewakili 60 negara mendapati, ada banyak faktor yang menyebabkan manusia tidak dapat lari daripada rasa murung.
Lebih memburukkan keadaan, mereka yang mengalami masalah kemurungan juga tidak bertindak menjalani rawatan. Selain terjadinya gangguan dalam personaliti, masalah kemurungan yang tidak dikawal juga menyebabkan berlakunya masalah dalam perbubungan, kewangan dan masa depan.
Bahkan, ia turut memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal seseorang.
teks: zuraita mohd anua
Dengan itu cepatlah lari dari masalah kemurungan. takut2 hari siang pun nampak beribu bintang- beribu bintang dilangit tinggi menjulang....

KUASA PEJAM-CELIK!


Pernahkah anda berasa letih dan tidak bersemangat untuk meneruskan tugasan samada di depan komputer, menonton tv atau membaca?
Mungkin rasa letih telah mengendurkan sedikit semangat anda itu. Jangan bimbang kerana ada satu trik yang mujarab untuk mengatasi masalah ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memejamkan mata selama tiga saat, kemudian kerdipkan mata anda secara perlahan juga selama tiga saat. Pergantian yang cepat antara terang dan gelap mampu memberikan kesan segar pada bahagian otak anda.
Ayuh, cubalah sendiri.

KEKAL SIHAT APABILA CERIA

Mengapa perlu anda merasa tertekan setiap kali anda mempunyai masalah????

Jangan terlalu memikirkan masalah anda. Tahukah anda, tekanan yang anda hadapi akan membuatkan anda lebih cenderung untuk diserang penyakit?

Apa yang boleh anda lakukan setiap kali merasa tertekan adalah bergaul dengan orang-orang yang ceria di sekeliling anda. Apabila anda bersama dengan orang yang sentiasa ceria dan senang hati maka anda akan terdorong untuk berasa seronok dan selesa.

Menurut pakar psikologi mengatakan seseorang itu akan mendapat tenaga tambahan sekiranya dia melakukan sesuatu yang disukai bersama orang-orang yang disayangi. Impian dan cita-cita yang baik akan mendorong kepada kesihatan yang lebih terjamin.

sihat semulajadi: teks Emy haznida

tidak keterlaluan memikirkan dan membiarkan masalah berlalu begitu saja adalah lebih baik dari memberi perhatian dan menyelesaikan...benarkah itu

Friday, May 16, 2008

MAKAN IKUT APA ATAU BILA?


DALAM SIBUK-SIBUK MAHU MENGURUSKAN BADAN, BANYAK YANG TELAH DILAKUKAN. PERGI KE GIMNASIUM, BERSENAM SETIAP HARI, DAN MENYUKAT PENGAMBILAN MAKANAN. MUNGKIN ADA SESUATU YANG KAMU LUPA......

Kebanyakkan kita selalu dan hanya mahu memikirkan tentang apa yang dimakan tetapi tidak kisah tentang bila waktunya kita makan? Contohnya, adakah betul tindakan kita makan sebelum bersenam? Yang makan lebih baik; menikmati makan malam awal atau sebelum tidur? Dengan memikir dan menguruskan waktu makan secara tepat mampu membantu kamu mendapat faedah makanan yang dimakan secara telus dan pada waktu bagaimana tubuh kamu benar-benar dapat memanfaatkan makanan yang diambil. Justeru, rancang waktu makan kamu.



SARAPAN PAGI


Sarapan pagi walaupun dianggap remeh oleh kebanyakan orang tetapi sebenarnya mempunyai peranan yang besar pada sistem tubuh manusia. Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam sehari. Tanpanya, metabolisme berada di tahap rendah lantas menyimpan kalori. Akibatnya, jika anda makan banyak sewaktu makan tengahari, badan akan memerapkan semua kalori itu dan membuatkan anda menyimpan lemak. Sarapan pagi sebaiknya diambil selewat-lewatnya dua jam selepas bangun pagi bagi membolehkan makanan ditukarkan kepada tenaga sebaik kamu memulakan aktiviti pagi.

Pengambilan sarapan meningkatkan metabolisme badan yang turut membantu kamu melangsingkan tubuh.

a. Pilih makanan kaya protein dan kurangkan karbohidrat. Protein membuat perut cepat kenyang berbanding karbohidrat. Ia baik untuk memulakan hari kamu dengan penuh tenaga, cerdas dan menyegarkan. Antara pilihan sarapan terbaik termasuklah:

- Bijiran tinggi serat, susu rendah lemak dan buah-buahan segar

- Sandwic, buah dan segelas susu

- Untuk kamu yang akan menjalani hari yang aktif, ambil kisaran yogurt bersama buah

- Jika kamu menikmati makan tengahari yang lewat, ambil sarapan sedikit berat dengan roti bakar disapu mentega kacang atu bijirin bersama buah. Atau kamu juga boleh mencuba hot cooked cereal.

teks: EH

MAKAN TENGAHARI


Petua makan yang patut diamalkan insan makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini penting, agar kekenyangan tidak sampai ke tengahari hingga anda melangkau makan tengahari. Walaupun sikit, tentukan anda menikmti makan tengahari kerana ia umpa penyambung tenaga sehingga ke petang. Ambil makan tengahari pada jam 12 ke satu petang. Ada beza sukatan makanan antara orang yang bekerja menggunakan tenaga lebih dan tidak. Bagi yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak, eloklah mengambil makanan berkarbohidrat untuk membekalkan tenaga tetapi pastikan cara masakannya sihat seperti melalui renehan atau panggang. Bagi yang bekerja di pejabat dan tidak menggunakan banyak tenaga, ambillah makanan tengahari dalam kuantiti yang sedikit kerana kamu tidak melalui proses pembakaran lemak selepas makan nanti.


1. Ambillah banyak makanan kaya protein untuk membantu badan bertahan sepanjang petang. Jauhi peluang yang menyebabkan kamu makan lebih dari yang sepatutnya atau mengambil makanan berlemak yang akan menyebabkan kamu keletihan. Antara saranan yang baik:

a. Salad sayuran dengan hati dan kacang

b. Sandwic dengan roti gandum penuh bersama raw veggies

c. Sup jernih (mengandungi banyak sayur, kekacang atau ayam). Makan bersama biskut/roti gandum penuh dan sepotong buah.

d. Salad pasta dengan sayur-sayuran dan kekacang dengan salad buah.

teks: EH

MAKAN PETANG

Makan petang jarang diambil kebanyakan orang disebabkan kesuntukan masa dan sibuk. Namun, sebenarnya dalam sedar dengan tidak, jika pun kamu tidak mengambil makan petang secara rasmi tetapi secara tidak sedar apabila kamu mengudap makanan ringan selepas makan tengahari (terutamanya pekerja pejabat) itu juga dikira makan petang. Ada kala ia lebih berat walaupun hanya sepeket kerepek. Justeru, aturlah makan petang kamu dengan sempurna melalui pengambilan makanan ringan yang menyihatkan. Makan petang juga mempunyai kepentingan yang mampu mengurangkan rasa lapar kamu pada malam hari. Ini mendorong kamu untuk tidak makan keterlaluan pada makan malam nanti.
* Makanan petang seharusnya lebih kecil kuantitinya berbanding makan yang diambil tengahari tadi melainkan kamu bekerja di syif petang. Fikirkan kuantiti kecil untuk makanan yang hebat cita rasanya. Lebihkan makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Elakkan daging, ayam atau makanan protein lainnya.
teks: EH
(sebahagian dari kita ada yang meninggalkan makanan tengahari terus manakalan makan pagi kuantitinya tidak mencukupi... ini akan menyebabkan kita mengambil makanan yang lebih diwaktu malam) - amalan yang tidak digalakkan.

Sebelum beraktiviti

Menjalani aktiviti ke gimnasium atau bersenam adalah aktiviti yang sangat baik untuk mengekalkan kecergasan badan. Jika kamu mahu mengambil makanan berat, ia sebaiknya diambil satu ke dua jam sebelum beraktiviti manakala jika sekadar mahu menikmati makanan ringan seperti coklat bijiran, ia boleh diambil pada waktu yang hampir sebelum beraktiviti. Melakukan aktiviti ketika perut kosong juga tidak digalakkan. Sekurang-kurangnya "lapik perut".
1 Sebelum melakukan aktiviti lasak, pilih tinggi karbohidrat untuk tenaga dan rendah lemak. Cuba ini:
a. Buah-buahan segar dan yogurt
b. Sandwic dengan hirisan nipis daging tanpa lemak dan mayones
c. Keju rendah lemak dan segelas jus
teks: EH

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter