Jom join izan

Saturday, March 12, 2011

mampukah kita setekun itu...

sumber dari kosmo.

ILLINOIS, Amerika Syarikat - Sebuah replika kapal Queen Mary yang berukuran 7.62 meter panjang, 0.9 meter lebar dan 1.8 meter tinggi berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan lebih 800,000 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengaturcara komputer, Wayne Kusy, 50, dianggarkan menghabiskan masa selama hampir 12 tahun untuk menyiapkan replika kapal tersebut.

"Saya hanya menggunakan playar, pisau cukur, penyepit kecil, gam dan kesabaran yang banyak untuk menyiapkan replika itu," katanya

Replika kapal Queen Mary itu akan dijual pada harga £6,000 (RM29,318).

Sebelum ini, Wayne pernah menghasilkan replika kapal Titanic dan Cutty Sark yang menggunakan bahan yang sama. - Agensi


izan sendiri angkat tangan nak menyiapkan walau dalam sehari... ini 12 tahun mengadap menyiapkan sebuah kapal dari pencungkil gigi. bayangkan mengait benang menjadi sebuah pasu dan bunga pun tak mampu zan habiskan walau bertahun menyimpannya.

4 comments :

Anonymous said...

Menunjukkan dia seorang yang penyabar, di samping berbakat. Kita cuma pandai ketuk-ketuk kuali je, hehe..

Unknown said...

ekekeke.... betul tu k tie... huhu..

KTS said...

meh kita sama2 angkat tangan. serender

hihihi

tak sanggup la. tp kalau ada yg nak bayar juta2 dolar, boleh dipertimbangkan



:D mata duitan sungguh

Unknown said...

kts,

klu bagi juta2 dolar pun tak larat nak mengadapnya... silap2 kena saman balik nanti... keje x siap.. duit abis ekekeke...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter