Jom join izan

Showing posts with label TERLEPAS PANDANG. Show all posts
Showing posts with label TERLEPAS PANDANG. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

secawan kopi O beralas ... tanda hormat ..


pinjam dari fotosearch ..... kui3....

apa logiknya secawan kopi O ... tanda hormat..

ye ... zaman kecil2 dulu ... sebagai kakak dan sulong ... memang selalu si kakak yang kena "teruk" ... hehe .. tapi bila direnung-renung semula ... banyak juga kebaikkannya ... manisnya kenangan ..

abah seorang yang sangat .. sangat ... sangat garangnya .. bila da memanggil "AKAK" ... cuuuutttt ... tak tunggu dah ... datang dengan perut kecut .. berdiri depan abah ni ... walau dalam hati .... mmmmmm ... macam-macam adoooo .....

abah ni dari umur akak 8 tahun .... kerjanya berniaga runcit ... bila time makan tu ... mula lah dok tunggu .. nape lar abah ni tak panggil2 .... hehe ... 

bila tiba abah ni nak kopi .... zan pun mulalah mencari cawan nak antarkan kopi cepat ... kalau boleh lagi cepat sebab takut nak berdiri lama depannya .... 

Nantikan arwah nenek cakap ... kadang2 time tu arwah nenek datang tido kat rumah ... dia pesan kalau bagi orang tua minum beralas ... jangan tinggal alas ... bila2 tak kira siapa kalau nak bagi air biar beralas ... tanda hormat. yang sebenarnya supaya cawan tidak kotor dan mudah nak hulur pada orang ... terutamanya orang tua .... tambah2 lagi kalau adik2 da bersuami ... pada suami .... mak ayah mertua .. tak kiralah siapa saja yang kita hormati .....

---- akak rindu nak memasak ni .... tapi masa belum mengijinkan .... :D 

itu pasal lar anak dia mengikut ... sebab bapaknyer suka kopi anaknya pun suka mengopi ...


Wednesday, October 21, 2009

Dunia Akhir Zaman........Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
















Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu


Bila melihat cerita ini... teringat cerita kosmo hari Ahad - jika tak silap "cara mengenali dajal"... (lebih kurang lar. antaranya dia merupakan seorang lelaki dan antara ciri-ciri untuk mengenali dia ialah didahi diantara dua alis bulu keningnya terdapat 3 huruf Arab yang memang kelihatan untuk setiap manusia tatkala memandangnya disamping mempunyai kelebihan luar biasa yang memang Allah s.w.t kurniakan sebagai petanda akhir zaman dan kelebihannya itu juga akan dilemahkan semula oleh Allah s.w.t dalam memberi petunjuk dan ingatan terhadap umat manusia... (jika nak tahu lebih lanjut... kenalar zan cari balik suratkhabar tersebut dirumah ye... :D )


Friday, December 19, 2008


Kali ni zan nak cerita tentang ...... oke -

pernah tak dengar pinggan atau bekas pakai buang yang diperbuat dari ubi kayu bagi menggantikan bekas polisterin. zan tak maulah cerita gaya formal sangat sebab tengah mengantuk sesangat ni. oklah... pinggan atau bekas ini dicipta (kalau tak pernah terbaca tentangnya atau melihat dikaca tv cuba lawati blog bro rick) bagi menyelesaikan masalah bahan guna-buang sedia ada pada masa ini yang tidak lupus. dan ini dikatakan menjadi masalah dunia.

pinggan yang diproses dari ubi kayu itu boleh lupus dalam masa diantara 3-4 jam. boleh dimakan tiada perasa - tidak merasa kenyang selepas makan - sesuai dijadikan bahan makanan kepada binatang ternakan.

itu merupakan diantara cara-cara untuk melupuskan bahan guna-buang. sebahagian masalah perkara selesai.

oke......lepas ni sesiapa yang merancang nak buat majlis rumah terbuka atau kenduri-kendara yang mana mesti banyak kerjakan. Ye lar..biasanya lepas tetamu habis makan kan ke banyak kerja, nak basuh pinggan-pinggan yang tetamu dah gunakan tadi.

lepas harini kita beli pinggan atau bekas "guna-buang" yang diperbuat/diproses dari ubi kayu tu - sebelum tu kita bagi tahu pada tetamu yang selepas guna bekas tersebut - iaitu selepas menghadapi hidangan yang disediakan, bolehlah tetamu makan sekali pinggan atau bekas tersebut. ini bermakna sekali habis ataupun sekali harung.

Bukan macam tu ...... sebenarnya, bahan guna-buang ni dicipta untuk kesenangan kita juga. Bila tak habis guna, kadang-kadang kita simpan je sehingga ke satu tarikh yang kita pun tak tahu barang tersebut masih ujud ataupun tidak. berhabuk ataupun berterabur mungkin dalam gobok-gobok kita atau dalam stor rumah kita. jadinya kita boleh cari penyelesaian seperti sebahagian cara untuk melupuskannya. kita kena ingat setiap perkara kita kena ambil yang positif bukan negatif....tengok pada keadaan dan persekitaran ye......

Thursday, November 27, 2008

Mata bergetar...........


Apa tu mata bergetar.... kenapa dia bergetar.

Sebenarnya rasa bergetar tu seperti berkedip-kedip pada kelopak mata atas atau mata bawah
Orang tua-tua kata ada maksud-maksud tertentu

Percaya ke?...................
dulu-dulu macam percaya, sekarang.... biarlah, dah dia nak berkedip

Bila kelopak mata atas bergetar orang tua-tua kata macam nak jumpa orang jauh kalau kelopak mata bawah pulak orang tua-tua kata nak menangis

Kadang-kadang macam takut je bila kelopak mata tu bergetar, macam berteka-teka pula
apa-apa ni... ataupun macam dah boleh agak apa nak berlaku

kadang-kadang jadi rimas pula. kalau tak kuat semangat boleh jadi termenung
sepanjang masa tunggu apa yang datang
Biasanya orang perempuan yang cepat begitu, terutamanya izanlah

Apapun... kita kena ingat setiap peristiwa datangnya dari Allah Taala
dan jika terdapat persamaan itu hanyalah kebetulan semata.
Kuatkan hati dan banyakkan bersabar berdoa dan berserah.

Wednesday, November 19, 2008

Hari-hari merempit.................



Pagi petang ikut abe merempit... haa....tak kira hujan atau panas. Rasanya lama sangat dah merempit ni... kalau diikutkan tulang belulang pun dah longgar. Abe kalau merempit bagi kan.... tambah-tambah kalau nampak line clear.... "wili" tuu.... tambah-tambah kalau dapat jalan macam ular kena palu... Abe kata macam dalam "Formula One"...

Kalau kena hujan pagi... tu yang tak dapek den nak tolong... tapi orang tua-tua kata hujan bawa rahmat... bersyukurlah... sebab tambah-tambah sekarang ni kan krisis air melanda seluruh dunia.

Apapun.... semoga berhati-hati dijalan raya... ingat orang yang tersayang menanti dirumah.

Wednesday, November 12, 2008

Melawat kandang kambing.. ngembek..


haaa.... kalau tengok setiap cerita izan mesti mula dengan haa....

inilah nak bual2 kosong kisah yang berlaku pada izan, manusia atau insan ini ada bermacam-macam jenis.... bukan kuih atau lauk je yang berjenis-jenis, hehehe...

jenis izan ni kalau didepan, mulut memang susah nak buka.. kunci rapat-rapat. bercakap juga, tapi tengok tempat, bukan memilih....tapi tak tahu nak mulakan cerita atau kadang-kadang rasa takda cerita penting yang nak dibualkan.

tapi kat sinikan, mereka nak izan buka mulut. hendak kita bercerita dengan mereka. tanya itu dan ini... bukan sekadar bab kerja tau... macam-macam bab..bukan setakat.."hi, how are you?...tapi mereka minta izan bagi sedikit perhatian pada setiap cerita mereka walaupun kadang2 bab yang zan "blur-blur". bukan sekadar dengar dan senyum kambing, mereka nak izan komen... berinteraksi.

kalau diikutkan rasanya tak penting "sikap" izan tu untuk dibicarakan, ...itulah yang berlaku. bos kecilku dah mengingatkan yang bos besar ku inginkan perubahan... waaa... kalau selama ini tiada yang mengherani, janji perjalanan kerja ku beres....

tapi disini lain pula...ini sebab adanya CCTV yang tak pernah menipu apa kita buat... wadu..wadu.. boss besar malam-malam skodeng staff-staff nya buat apa.

kepada kawan-kawan sebenarnya, hendak atau tidak kita terpaksa buka minda-memikir dan meneliti, apa yang kurang atau lebih yang ada dalam diri kita. mungkin kita rasa, perbuatan atau pergerakkan kita selama ini dah cukup sempurna.

inilah yang berlaku, dari pandangan orang lain izan masih kurang dari sudut berinteraksi dalam pergaulan.

terima teguran dan pandangan yang diusulkan.

untuk menjaga keharmonian dan untuk kebaikkan bersama... huhuhuuuu.... akan ku cubalah. semoga perubahan kecil ini membawa kepada kebaikkan.

bos kecil kata "saya bekerja dengan manusia, bukan robot.... ayoyo amma-appak"

Saturday, November 8, 2008

TEMUJANJI......

Apa menu anda bila bertemu-janji dan bagaimana anda menjaga adab makan.............

atau anda memang tak kisah bagaimana cara anda mengadap makanan atau apa menu anda!!!...

tengoklah kat bawah nih.....

yang diatas tu cendol...sebagai minuman selepas makan.....



haa... nampak tak menu tengahari zan hari ni... dan rasa-rasa dimana temujanji ini dilansungkan.

Agak-agaklah yang mana satu bekas izan... hehehe.. zan memang tengah kebuluran tengahari ni.....sebab pagi tadi tak makan ape2 saja dibiarkan kosong untuk tengahari ni sebab abe janji nak bawak makan rojak sedappp.... katanya. memang lah sedap... ada cendol lagi tu...

bukan senang dapat pelung makan berduaan macam dulu-dulu. Peluang bekerja hari sabtu digunakan sebaik mungkin. Dah bertahun-tahun tak bekerja hari sabtu...saat macam ni memang tak lepas peluang.

kalau dulu-dulu masa anak kecil-kecil lagi asyik bergegas nak cepat sampai kerumah mengenangkan anak-anak. Tapi sekarang anak-anak dah besar dan faham kalau balik lewat sikit disiang hari ni tak menjadi masalah. Tapi kalau nak keluar berduaan semata dari rumah memang tak ada can...sebabnya gerabak 2 tu memang nak mengekor aje.

jika boleh kepada rakan-rakan semua, setiap inci ruang untuk bersama jangan disia-siakan begitu saja. walaupun tak mewah atau seromantis rumi dan juli.... cuba bayangkan sambil duduk-duduk makan berdua dibawah pokok sambil berbual-bual kosong, kan ia sesuatu yang menceriakan sebelum tiba kerumah.

sekarang dah kurang adab atau pantang waktu bertemujanji....melainkan dimulakan dengan bismillah .... kemudian...ngap lah sambil nikmati hidangan dengan santai.. walaupun kesan makanan tu mencomotkan pipi... janji kenyang peruuttt...hihihi...

Thursday, November 6, 2008

Wanita lebih peka....??????

Tengok tajuk tu... haa... jangan berangin dulu..baca "kemungkinan"..ini apa yang izan lalui .. kita harus lebih peka terhadap kesucian dan kebersihan...

Seperti kita tahu jika bekerja dalam pejabat yang kebanyakkannya ca-ya-nun-alif terutamanya disini hanya izan dan seorang lagi beragama Islam. Dari segi kebersihan dan kesucian maksud izan ialah seperti penggunaan barangan asas harian yang bercampur aduk di pejabat.

contohlah... sudu/garfu, cawan-cawan, microwave dan yang sewaktu dengannya... span/sabun dan sebagainya. izan mengambil inisiatif untuk membeli sarung tangan. zan tak peduli apa tanggapan mereka yang pasti mereka kena terima ini cara izan. ini sebagai langkah-langkah

mengelak rasa was-was sebab bila was-was datang, izan terpaksalah mencari tanah dibelakang rumah di senja-senja hari.

berbeza dengan cara seorang lagi. zan lihat penggunaannya tanpa rasa was-was atau memang kurang peka. dan izan belum membuka mulut berkenaan ini secara terbuka dengan dia.

walaupun pada penglihatan mata kasar segalanya dibersihkan tapi dari sudut kebersihan sebenar... rasanya itu tidak bersih!!!!! betul ke tidak...???? Pernah sekali dibulan puasa mereka memanaskan maggie didalam microwave..baunya wangi.. tapi tak terasa lapar atau menarik perhatian. zan lihat pada bungkusan maggie tertulis perasa sayur-sayuran. zan saja meringankan mulut menegur .."waaa... wanginya bau..." mereka jawab apa... "yang wangi tu saya campur perasa "Bak Kut Teh"... perasa bak kut teh didalam microwave!!!!...

alamatnya sampai sudahlah zan takkan sentuh microwave tu..walaupun dia kata bak kut teh tu halal..kalau namanya "bak kut teh halal"..wangi macammana pun memang tak terasa lapar... itu sebahagian ceritanya.

Bagaimanapun bagi kawan-kawan yang melalui seumpamanya.. cuba berhati-hatilah dalam setiap pergerakkan...memang susah nak mengawalnya. zan sendiri dah bertahun-tahun bawa termos bagak...untuk minum air panas sanggup zan bawa sendiri dari rumah begitu juga bahan asas yang lain...zan beli sendiri dan simpan sendiri. tidak akan berkongsi dengan mereka jika boleh...

Tuesday, November 4, 2008

Breast cancer-Kanser payudara....

Hari ni nak ajak bercerita tentang "breast cancer" dengan para-para ibu dan yang belum menjadi ibu cubalah untuk mengambil tahu...(sebelah mata dahulu..) walaupun sebenar-benarnya zan pun tak mahu ambil tahu.... takutttt......!!!!

Cuba fikirkan:-

1. berapa ramai yang tidak sedar langsung bahaya penyakit no. 1 Malaysia .

2. berapa ramai yang tidak mahu sedar atau ambil tahu.

3. berapa ramai yang sedar bahaya "breast cancer" tetapi buat-buat tak sedar.

4. berapa ramai yang sedar bahaya dan membuat pemeriksaan awal.

mengapa zan nak cerita ni....

Harini zan dapat kad seperti dibawah ni... tu la pasalll....













Haa...kad ni zan dapat sebab ada orang tak diundang datang minta "donate" dari boss besar... . Boss besar pulak pegi donate kat mereka-mereka tu ikut berapa kepala dalam opis. Tak patut....

Lepas tu bagitau kat kami orang, Boss dah "donate"... dah bayar...satu orang dapat satu kad. Buat pemeriksaan percuma... mesti datang haa....ingat boss sudah bayar...- ada ka patut... memang tak patutlah. Mana boleh paksa-paksa...

Dalam hatiku... sape suruh bayar.. pada kad tu tertulis artis jemputan "ELLA"..(agak-agak mana satu zan pilih...)... menarik tuu... Ada jamuan free lagi.....macam-macam aktiviti.... BEST tuuu.....

Walaupun "free of charge" - rasanya belum terbuka hati lagi nak buat pemeriksaan dimana-mana klinik ataupun hospital... apalagi kat tempat terbuka macam tuuu....

HABIS TU ZAN BOLEH DIKATEGORIKAN DIMANA? ANDA PULA DIMANA.....

Tanggapan negatif izan tentang pemeriksaan percuma ni... biarlah izan tak buat pun daripada kena memikirkan penyakit yang tiba-tiba boleh timbul hasil dari pemeriksaan.... haruuuuu.......

Saturday, November 1, 2008

Baiti Jannati - Rumahku syurgaku

Saja sembang-sembang santai di rembang hari. berkongsi cerita lama dengan para-para ibu. cerita ketika hayat arwah nenek masih ada dan kami adik-beradik masih bersekolah rendah. Arwah nenek membesarkan 6 anaknya seorang kerana arwah datuk(tak pernah jumpa) sakit tak boleh bangkit. dan apabila arwah datuk telah tiada, nenek tetap seorang menguruskan 6 anak yang kesemuanya perempuan.

Nenek juga menjaga seorang cucunya yang bernama norizan. memang kena leter je manjang, melihat gelagat degil cucu yang dijaganya. Bila masuk alam persekolahan barulah tinggal dengan kedua ibu bapa.


Apa yang mengingatkan izan pada nenek ialah leteran nenek. kebanyakkannya zan amalkan sampai ke hari ini. walaupun tak boleh buat dibuat jugalah.


Apa leteran dia waktu bila. meh zan citer sebahagiannya.


Dulu2 arwah nenek rajin datang rumah melawat2 cucunya. tak jauh pun kalau naik bas dalam 30 sen waktu tu. Tidur rumah kami dalam 2 atau 3 hari. rumah arwah nenek besar, rumah kampung halaman pun luas... bersih kelilingnya. arwah nenek sorang je yang buat.


masa dulu2 mak dengan abah sibuk mencari rezeki dengan berniaga, memang kurang masa untuk kami adik-beradik, pandai-pandai sendiri aje... kalau bilik tidur, rasanya khas untuk tidur aje...maknanya bangkit aje dari tidur keluar dan masuk semula waktu nak tidur. bila nenek datang dia tengok geleng kepala. mana aku nak tidur tempat macam ni.. katanya. dia pun panggil kami adik-beradik ... ijan .. eli, kalau bangkit dari tidur kemas katil bersih-bersih. cantik-cantik, kemas-kemas... macam ni ke anak dara. kalau ada laki... lari kau punya laki... itu kata nenek. kalau tempat tidur nenek dari muda sampai habis hayat dia, memang bersih. umur arwah nenek lebih kurang 80 tahun. bilik arwah nenek memang wangi semulajadi. kami adik beradik memang dah terbiasa cara arwah nenek.


satu lagi, kalau lepas mandi ... nenek kata, mari sini tengok muka tu ... berkilat. arwah nenek kata macam anak paria (maaf cakap). nenek orang dolu2 memang cara agak kasar sebab arwah nenek sorang mengurus semua. arwah nenek pesan... lepas mandi bersiap... kalau muka tu di sapu bedak. baru nampak rupa orang. kata nenek lagi... sape nak pandang kalau muka berkilat. nanti arwah nenek dilumurkannya bedak sehingga habis telinga-telinga dengan belakang tengkuk. arwah nenek sampai akhir hayatnya sentiasa berseri rupanya. memang rajin mengemas diri. kalau rambutnya disiput lapan...haa... cara siputnya hanya dia yang buat, orang lain tak pernah buat, tak tipu cakap....


lepas tu bila dia tengok almari solek kami, mengucap panjang dia.... dia ambiknya kain basah sambil membebel. arwah nenek kata, almari solek biar bersih... disusun semua segala tong-tong bedak. katanya jangan sampai ada habuk bedak... tak rupa bilik anak dara. yang zan dan adik pulak kesian tengok arwah nenek, sambil muka acam tolong jugaklah....sampai arwah nenek puas hati. kalau tengok bilik arwah nenek dulu2 sampai akhir hayat dia, teratur barang keperluan peribadi dia walaupun yang ada sebotol bedak sejuk siam, sekotak bedak batu, sebotol bedak amami, minyak wangi india, sikat...


Bila arwah nenek bangun awal pagi nak sembahyang subuh, dia bukak nya tingkap luas-luas. kalau keliling rumah ada tingkap, semua tingkap harus bagi dia untuk buka. sejuknya.... nyamannya... arwah nenek kata, biar udara panas dalam rumah keluar dan udara sejuk masuk. baru rumah terasa aman. selain itu, biar rezeki murah.....


inilah antara petua arwah nenek... yang diamalkan oleh cucu-cucunya dan telah diubah suai sesuai keadaan hari ini. yang diperturunkan memang nampak remeh tapi memang diamalkan seadanya. sekarang giliran zan pulak membebel kat anak-anak, serupalah macam yang arwah nenek bebelkan..... hari-hari zan bisingkan, biar sampai tersumbat telinga anak-anak zan


















Friday, October 31, 2008

Tip menjadi orang optimis.......

happy hair by childish_david.




1. Tanamkan pada diri sendiri bahawa anda boleh menjadi cemerlang dalam segala perkara yang anda lakukan.

2. Jangan merasa ragu untuk melakukan perubahan. Rangka masa agar boleh melakukan perubahan.

3. Lakukan perancangan dan bertindak dengan teliti agar kehidupan lebih bersemangat.

4. Sentiasa pada setiap masa berfikiran positif.

5. Ceria dan gembira sentiasa dan pastikan diri berada dalam keadaan sihat dan baik.


teks: reena zolkeplee

Thursday, October 30, 2008

5 tip bersahabat.....














Adakah kita mempunyai sahabat karib.....


Ataupun kita bersahabat dengan semua orang tanpa memilih status, pangkat atau apa saja yang berkaitan......

yang mana lebih baik...

dan itu bukan persoalannya...

5 tip bersahabat......

1. Saling memberi kebebasan

Jangan mengongkong kebebasan sahabat anda dalam apa jua perkara. Menghormati hak kebebasan orang lain. Kejujuran penting dalam persahabatan.

2. Saling menahan rasa cemburu

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Memberi dan menerima seadanya.

3. Saling memahami

Elakkan dari menyimpan firasat negatif di dalam diri tentang sahabat.

4. Saling mengalah

Untuk mengeratkan silaturrahim, kerana semasa susah dan senang adakala kita memerlukan bantuan dari sahabat.

5. Saling memberi kemaafan

Sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Belajarlah menjadi teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain.


* ramai sahabat membawa ilmu..........

info md

Wednesday, October 22, 2008

BAGAIMANA HENDAK SIHAT DAN CERIA....


Cuba lihat tajuknya.. zan ajak berkongsilah dari kawan-kawan, tambahan pula buat masa ni zan belum mempunyai bahan menarik.

Kalau ada kawan-kawan yang mempunyai petua atau pengetahuan sila lah kongsi bersama izan.

Usia makin hari makin bertambah, kita makin hari makin lemah dari segi kesihatan sedangkan kita inginkan berada dalam keadaan sihat dan kuat dari segi fizikal dan minda untuk menghadapi hari-hari yang mencabar.

Bagaimana hendak gembira dan ceria jika kita sentiasa tidak sihat dan sakit... lemah dan tak berdaya. izan adalah antaranya yang tidak terkecuali...
apa yang boleh zan lakukan ialah:

1. Senyum... walau kadang-kala berat nak senyum... tapi practise untuk senyum di semua situasi.(tak dapat selalu tapi mencuba)

2. Jangan fikirkan apa orang sekeliling perkatakan tentang diri kita. selagi kita berasa kita tidak menyusahkan orang lain.

3. Yakin dalam setiap keputusan yang dibuat (selepas puas berfikir)

4. sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru...tak semestinya matematik, sejarah dan sebagainya. tapi belajar sesuatu tentang kehidupan, tentang masa depan dan berbagai tentang lagi.

5. berhijrah - berhijrah dari perkara lama kepada perkara baru.

6. Makan jamu atau ubatan atau vitamin tambahan yang boleh membantu kesihatan kita baik.

7. Cuba untuk kosongkan fikiran dari perkara negatif dan isikan dengan yang
positif.

8. Berdoa itu perlu.

Sebenarnya ada diantara ini susah nak dilakukan, tapi inilah diantara proses memanjangkan usia dan keceriaan melainkan jika sudah masanya kita kembali.
Dan selagi jantung berdenyut cubalah untuk ceria...............

Jika ada yang mahu menambah silakan... untuk kita sama-sama mendapat faedahnya.

Sunday, October 12, 2008

SIKAP OPTIMIS buat kehidupan lebih bererti.....

Tahukan anda apa itu optimis? (zan pun tak tahu sangat...) mari kita lihat...sebahagian dahulu.

Optimis adalah bagaimana cara melihat masalah yang dihadapi dengan cara yang berbeza iaitu dengan melihat perkara positif pada keadaan negatif.

Bentuk sikap optimis
Sikap optimis ini boleh terbentuk dalam diri dengan berfikiran dan melakukan perkara yang terarah kepada sikap tersebut. Terdapat beberapa faktor persekitaran yang dapat membentuk sifat ini seperti.

1. Maklumat atau berita yang diterima
2. Didikan keluarga
3. Pergaulan

ciri-ciri orang optimis

1. gembira

Orang optimis selalu gembira dan ceria. jika hadapi masalah dalam hidup dilalui dengan tenang. ini kerana individu ini melihat dari sudut berbeza. berjaya hadapi dugaan dengan sabar yakin dan mampu menyelesaikan halangan yang datang. hidup yang gembira sebenarnya mampu membuatkan anda berada dalam keadaan ceria setiap hari.

2. Bersemangat

Setiap orang perlu bersemangat untuk menjalani kehidupan dengan tenang.

3. Cara percakapan

Sentiasa tenang dan butir bicara percakapannya teratur. Mereka juga selalunya tidak cepat naik marah atau naik angin tidak tentu hala dan bijak mengawal keadaan dengan baik.


Teks: Reena Zolkeplee

KRITIKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BAGUS

sebahagian dari petikan artikel Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj untuk sama-sama kita renungi.

Sesuatu yang nampak rugi tetapi sebenarnya membawa untung....Apa dia? Ada macam-macam jawapan.

tetapi bagaimana dengan jawapan ini -

"Dicaci orang"

nampaknya macam rugi...tetapi kalau direnung-renung secara mendalam mendatangkan untung,

Macam mana tu?

Ha...cuba tengok dari sudut yang berbeza, apabila dicaci ia langsung tidak mengurangkan apa-apa,
hanya mungkin maruah yang sedikit tercalar tetapi.... untungnya dari sudut pahala jelas,

sebab- Allah berfirman,
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci/pengutuk." (Surah Al-Humazah, 1)

Yang mencaci mendapat dosa yang dicaci mendapat pahala. Tidakkah itu untung?

Memanglah dikalangan masyarakat, orang yang dihina itu akan nampak rendah atau hina,
tetapi....................

benarkah dia hina? Jika benar dia tidak seperti apa yang difitnahkan itu, dia adalah pemenang dalam semua keadaan.

Sabda Nabi:

"Memaki seorang Muslim adalah perbuatan derhaka dan membunuhnya adalah perbuatan kafir", (Bukhari dan Muslim)

Sebaik manapun orang itu ada ketika-ketikanya dia akan alami keadaan ini. Yang membezakan hanyalah sama ada dia tahu atau tidak, sedar atau tidak sahaja. Hakikatnya mulut orang memang sukar dikunci. Sudah tentu kita tidak upaya menghentikan semua ini.

Hidup ini menjadi selesa untuk dilalui kalau kita selamba pada semua masalah. Bagaimanapun kita berusaha mengelak masalah, ia tetap datang tanpa terduga.

Sebenarnya apabila kita dikritik, mulalah kita mendapat manfaatnya. bagaimana.......

Bila ada kritikan adalah penambahbaikan. apabila ada yang memberitahu kita tidak bagus..secara perlahan kita cuba mengubah sedikit yang boleh menampakkan pembaharuan.

Secara tidak langsung kita menuju kearah kebaikkan ............................. "Kritikan menjadikan kita lebih bagus"........................

Positif pada setiap keadaan..................hati anda pasti tenang.

Saturday, October 11, 2008

kesian dier......


Pertengahan Syawal..
masih mood raya lagi ni..... kalau diikutkan jemputan rumah terbuka ada ajer setiap minggu.... tapi minggu ni zan kerja .. sekarang dalam sebulan minggu kedua kena kerja. jadinya harini punya jemputan tak dapat dipenuhi.

Zan pun belum mulakan aktiviti harian seperti biasa, cuma yang biasa-biasa aje. Balik aje dari kerja tengahari ni (dah lama sangat tak kerja hari Sabtu)...zan pun bukalah mata luas-luas nikmati pemandangan belakang rumah ni.

hobi ni rasanya ... dah lama sangat terbiar ... sejak dua tiga menjak aktif berpesatuan ni. pesatuan apa... faham-faham aje lah. dulu-dulu ini merupakan antara tanaman izan, yang paling disayangi. daunnya subur hijau...cantik menarik memang deboom...... tapi rasanya lama sangat dah izan biarkan hujan ajer yang menyiram dan tanpa berbaja... kesian dia. bak peribahasa abe "hidup mati segan tak mahu"...huaaa...peribahasa abe pun dah tunggang langgang.

Itu dari dua sudut pemandangan... ada dua dan tiga jenis lagi, pun menerima nasib yang sama dari tuannya ini. Kita tunggu dua bulan lagi... dua bulan... lama tu... kita akan jaga dia semula, bajakan dia...siram kan .... nanti bila dah cun...kita tunjuk lagi.... nak aktifkan semula hobi ni...jom kita buat sesama...seronok tau bila nampak suasana hijau dicampurkan pula warna-warni bunga yang berkembang. hati melihat pun tenang dan damai ajer..... jom.

Tuesday, August 26, 2008

jangan terpedaya

UUUUUuuu cakkkk……….. haaa…. kepada sesiapa yang melalui jalan2 yang punya potensi utk diperangkap, jgnlah terpedaya sehingga membahayakan keselamatan kerana gabra.. ye lar…bila dah memandu dalam keadaan kelajuan yang maksimum tu … bak kata nabil …. “ lu pikirlah sendiri”. Cuba lihat pada gambar ni….


Hehehe….. email arini zan dapat dari sorang kawan tu. Jadi beringatlah ketika memandu, ada ke .. tak de ke …. memandulah dalam keadaan berhati-hati, cermat, beringat … terutama pada orang-orang yang menyayangi diri anda. Jangan memandu hingga rasa dunia ini “anna yang punnnyaaa…”, bila dah terserempak dengan “datuk” ni …. gambar pun ingat real, macam-macam boleh jadi. Kerana kesilapan yang sedikit adakala mengundang mala petaka yang yang tidak dijangka. – (bila terima gambar2 yg macam ni kadang2 ketawa sendiri .. bukan apa, tak terkena lagi kat diri kita … hehehe…)

Thursday, May 22, 2008

PELINDUNG PENYAKIT JANTUNG




Betik dikatakan membantu menghalang ateroskelrosis dan penyakit jantung. Unggul dengan sumber vitamin C, vitamin A dan Vitamin E, kombinasi sumber vitamin ini dikatakan cukup baik sebagai antioksida.


Sumber nutrisi bertindak dengan baik bagi mencegah pengoksidaan kolestrol. Apabila kolestrol dioksidakan ia akan melekat pada dinding saluran darah dan membentuk plak yang berbahaya kerana mendorong penyakit jantung.


Salah satu cara untuk menghalang risiko tinggi pembentukan plak ialah dengan mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin E dan C. Selain itu, betik juga adalah sumber yang baik dengan serat yang dikatakan dapat merendahkan kadar kolestrol.

Monday, May 19, 2008

BUAH BELIMBING & PENYAKIT BUAH PINGGANG

Buah Belimbing boleh mengakibatkan komplikasi neurologi seperti koma dan kematian????????

AKBAR baru-baru ini telah melaporkan satu kejadian di mana seorang rakyat Malaysia telah koma selepas memakan buah belimbing yang mana telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Berikutan dengan itu, satu kenyataan dikeluarkan bahawa kejadian tersebut boleh berlaku di kalangan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang.

NKF ingin menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa laporan di dalam amalan perubatan ada menyebut tentang pengambilan buah belimbing oleh mengakibatkan komplikasi neurologi seperti koma dan kematian kepada pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang yang teruk termasuklah pesakit dialisis.

Buah pinggang merupakan organ penting yang menyingkirkan bahan buangan yang terhasil daripada ubatan yang dimakan atau campuran sebatian yang lain.

Apabila buah pinggang gagal berfungsi, bahan buangan tersebut akan terkumpul dan hanya boleh dikeluarkan melalui proses tiruan iaitu dialisis.

Di dalam kes ini, buah belimbing dikhuatiri mengandungi neurotoksin (sejenis racun yang memberi kesan ke atas pusat sistem saraf) tertentu yang dikeluarkan secara normal di kalangan individu yang mempunyai funsi buah pinggang normal dan tidak memberi sebarang komplikasi yang besar kepada mereka.

Walaubagaimanapun, pengambilan buah belimbing oleh mereka yang menghidapi kegagalan buah pinggang yang teruk dan menjalani dialisis berpotensi mendapat komplikasi yang serius kerana neurotoksin tidak dapat disingkirkan. (Sesetengah toksin lain pula boleh dikeluarkan melalui dialisis)

Telah menjadi amalan pakar nefrologi (buah pinggang) di negara ini memberi nasihat kepada pesakit yang sedang menjalani dialisis atau mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk supaya mengelakkan pengambilan buah belimbing.
teks: kesihatan MM

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter