masih mood raya lagi ni..... kalau diikutkan jemputan rumah terbuka ada ajer setiap minggu.... tapi minggu ni zan kerja .. sekarang dalam sebulan minggu kedua kena kerja. jadinya harini punya jemputan tak dapat dipenuhi.
Zan pun belum mulakan aktiviti harian seperti biasa, cuma yang biasa-biasa aje. Balik aje dari kerja tengahari ni (dah lama sangat tak kerja hari Sabtu)...zan pun bukalah mata luas-luas nikmati pemandangan belakang rumah ni.
hobi ni rasanya ... dah lama sangat terbiar ... sejak dua tiga menjak aktif berpesatuan ni. pesatuan apa... faham-faham aje lah. dulu-dulu ini merupakan antara tanaman izan, yang paling disayangi. daunnya subur hijau...cantik menarik memang deboom...... tapi rasanya lama sangat dah izan biarkan hujan ajer yang menyiram dan tanpa berbaja... kesian dia. bak peribahasa abe "hidup mati segan tak mahu"...huaaa...peribahasa abe pun dah tunggang langgang.
Itu dari dua sudut pemandangan... ada dua dan tiga jenis lagi, pun menerima nasib yang sama dari tuannya ini. Kita tunggu dua bulan lagi... dua bulan... lama tu... kita akan jaga dia semula, bajakan dia...siram kan .... nanti bila dah cun...kita tunjuk lagi.... nak aktifkan semula hobi ni...jom kita buat sesama...seronok tau bila nampak suasana hijau dicampurkan pula warna-warni bunga yang berkembang. hati melihat pun tenang dan damai ajer..... jom.
6 comments :
zan minat dengan pokok bunga.. akak lak terbalik...huby akak minat sakan. kalau kat umah akak, pokok banyak ni yang segar bugar ni...semata-mata kerana abang akak. cuba untuk menjadikan sebagai hobi, tapi bila tanamnya...tak penah menjadi, tangan akak panas kut..
Hobi menanam pokok terutama pokok bunga memang seronok .Akak sebelum pindah ke penang setahun yang lalu memang banyak tanam pokok bunga ,rumah dah macam nurseri,semua jenis pokok bunga melebihi 300 jenis.Cantik,subur dan hijau..dengan baja dan belaian kasihsayang..sekarang duduk kat arpatment..dah tak tanam apapun..rindu dengan hobi ni Allah saja yang tau!!Sabar..sabar...!!
unik bila ade kaler ceklat ekeke :p
minat sngt2 tapi curik2 masa..skrg nak semai balik sayangkan tanaman... kesian lama dah terbiar...kadang bila malam zan suka duduk pandang jer pokok2 tu subur dan bersih... tenang aje.
k ras cuba jer... yang sebenar bila siramannya cukup dan baja 4 hari sekali insyaallah menjadi.... tak pun tu abg akak dah tanam ... akak tolong siram...oke juga. seronok sebenarnya..tambah-tambah kalau tanam tanaman berbuah lagi seronok ... hasilnya boleh diambil..
kak mala, seronokkan bila tengok tanaman kita subur menjadi. mesti akak rindu waktu2 tu.
zan pun dah lama tinggalkan aktiviti tu...bila terpandang rasa rindu semula... tu yang ingat nak bela balik. di apartment pun boleh... tanaman hijau yang sesuai didalam kawasan..mungkin 2 atau 3 pasu sekadar melepaskan gian.
apapun...Sabar banyak2 kak mala... untuk kesihatan kita juga....
combi.... itu warna selingan... halarrr...
Post a Comment