
Buah Belimbing boleh mengakibatkan komplikasi neurologi seperti koma dan kematian????????
AKBAR baru-baru ini telah melaporkan satu kejadian di mana seorang rakyat Malaysia telah koma selepas memakan buah belimbing yang mana telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.
Berikutan dengan itu, satu kenyataan dikeluarkan bahawa kejadian tersebut boleh berlaku di kalangan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang.
NKF ingin menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa laporan di dalam amalan perubatan ada menyebut tentang pengambilan buah belimbing oleh mengakibatkan komplikasi neurologi seperti koma dan kematian kepada pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang yang teruk termasuklah pesakit dialisis.
Buah pinggang merupakan organ penting yang menyingkirkan bahan buangan yang terhasil daripada ubatan yang dimakan atau campuran sebatian yang lain.
Apabila buah pinggang gagal berfungsi, bahan buangan tersebut akan terkumpul dan hanya boleh dikeluarkan melalui proses tiruan iaitu dialisis.
Di dalam kes ini, buah belimbing dikhuatiri mengandungi neurotoksin (sejenis racun yang memberi kesan ke atas pusat sistem saraf) tertentu yang dikeluarkan secara normal di kalangan individu yang mempunyai funsi buah pinggang normal dan tidak memberi sebarang komplikasi yang besar kepada mereka.
Walaubagaimanapun, pengambilan buah belimbing oleh mereka yang menghidapi kegagalan buah pinggang yang teruk dan menjalani dialisis berpotensi mendapat komplikasi yang serius kerana neurotoksin tidak dapat disingkirkan. (Sesetengah toksin lain pula boleh dikeluarkan melalui dialisis)
Telah menjadi amalan pakar nefrologi (buah pinggang) di negara ini memberi nasihat kepada pesakit yang sedang menjalani dialisis atau mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk supaya mengelakkan pengambilan buah belimbing.
teks: kesihatan MM