Jom join izan

Tuesday, November 4, 2008

Breast cancer-Kanser payudara....

Hari ni nak ajak bercerita tentang "breast cancer" dengan para-para ibu dan yang belum menjadi ibu cubalah untuk mengambil tahu...(sebelah mata dahulu..) walaupun sebenar-benarnya zan pun tak mahu ambil tahu.... takutttt......!!!!

Cuba fikirkan:-

1. berapa ramai yang tidak sedar langsung bahaya penyakit no. 1 Malaysia .

2. berapa ramai yang tidak mahu sedar atau ambil tahu.

3. berapa ramai yang sedar bahaya "breast cancer" tetapi buat-buat tak sedar.

4. berapa ramai yang sedar bahaya dan membuat pemeriksaan awal.

mengapa zan nak cerita ni....

Harini zan dapat kad seperti dibawah ni... tu la pasalll....













Haa...kad ni zan dapat sebab ada orang tak diundang datang minta "donate" dari boss besar... . Boss besar pulak pegi donate kat mereka-mereka tu ikut berapa kepala dalam opis. Tak patut....

Lepas tu bagitau kat kami orang, Boss dah "donate"... dah bayar...satu orang dapat satu kad. Buat pemeriksaan percuma... mesti datang haa....ingat boss sudah bayar...- ada ka patut... memang tak patutlah. Mana boleh paksa-paksa...

Dalam hatiku... sape suruh bayar.. pada kad tu tertulis artis jemputan "ELLA"..(agak-agak mana satu zan pilih...)... menarik tuu... Ada jamuan free lagi.....macam-macam aktiviti.... BEST tuuu.....

Walaupun "free of charge" - rasanya belum terbuka hati lagi nak buat pemeriksaan dimana-mana klinik ataupun hospital... apalagi kat tempat terbuka macam tuuu....

HABIS TU ZAN BOLEH DIKATEGORIKAN DIMANA? ANDA PULA DIMANA.....

Tanggapan negatif izan tentang pemeriksaan percuma ni... biarlah izan tak buat pun daripada kena memikirkan penyakit yang tiba-tiba boleh timbul hasil dari pemeriksaan.... haruuuuu.......

12 comments :

echah_syed said...

dah buat memogram tak..??

combi blom..niat nak buat tapi takutlaa sbb dorang ckp sakit gak laa.. :)

apapun kena kuat hati dan kena buat sbb mencegah lebih baik dari mengubati..betol tak..??

*ade diskaun utk 40s mcm combi :p

ras-adieza said...

samalah kita, rasa tak berani nak buat. bukan apa takut dengan hasil ujian tu kan.... orang kata memang sakit kalau buat tu...

Anonymous said...

breast cancer bukan saja serang orang yang dah kawen jer..yang belum kahwin pun dia serang gak..buktnya kawan moi..dia belum berkahwin..tapi terpaksa hadapi penyakit ini...kini dia sudah hilang 2 belah breastnya..sian dia..

kuIna said...

pencegahan awal penting, tp kena kuat hati aje mcm ckp combi tu...

Unknown said...

combi..

huhuhu....taknak buat combi...
zan lemah semangat... baiklah zan jaga makan.. x stress... sbb punca barah 90% kerana stress...

Unknown said...

ras... kalau bab menyakitkan ... lagi zan lari jauh.. nanti mcm2 penyakit yang tak disangkakan boleh ujud tiba-tiba....

Unknown said...

ahmoi..

k zan pun ada pengalaman jiran depan rumah dah arwah. belum kahwin juga.. dari dia anak dara sampai umurnya 40 an. masa hayat dia ada mak k zan slalu jenguk sebab maknya kdg2 ada hal... memang airmata aje jawapannya sebab dengan kata2 dah takde makna.

Unknown said...

kuina...

zan lemah semangat bab2 ni.... klu boleh nk jg makan dan jg minda..... supaya terhindar dari sebarang penyakit.

Tie said...

Kak tie pun sama laa..Kak tie takut utk menerima kenyataan. Selalu je berdoa, kalau tuhan nak bagi penyakit, minta2 kiv dulu..tunggu anak2 dewasa dan biarlah penyakit itu tak menyusahkan orang. Biarlah Kak tie sorang yg menanggung.

Unknown said...

kak tie, izan pun sama... klu boleh apapun nk tanggung seorang...x nak menyusahkan org2 yg disayang. tapi sakit pun zan taknak... mudahan Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita hingga akhirnya.

Eiba said...

Akak...kenapa kak takut kaaa?? Kan baik untuk kita semua...esp, wanita cam kita laaaa...sapa lagi nak jaga diri kita sendiri..kalau bukan kita sendirik kan....pas tu sapa yg akan jaga mereka yg tersayang...kalau bukan kita gak....kannn??? Jgn malu laaa...eiba dah beberapa kali wat...x kisah pun..raba2 sikit jeerrr...hik..hik..hik..

Unknown said...

eiba,

bab nak .. dot.dot.. tu yg k zan tak mau ... ooo.. pandai eiba yer....kik .. kik.. kik... k zan tak larat nak tahan ketawa lah... hahaha....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter