Jom join izan

Wednesday, October 21, 2009

Dunia Akhir Zaman........Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
















Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu


Bila melihat cerita ini... teringat cerita kosmo hari Ahad - jika tak silap "cara mengenali dajal"... (lebih kurang lar. antaranya dia merupakan seorang lelaki dan antara ciri-ciri untuk mengenali dia ialah didahi diantara dua alis bulu keningnya terdapat 3 huruf Arab yang memang kelihatan untuk setiap manusia tatkala memandangnya disamping mempunyai kelebihan luar biasa yang memang Allah s.w.t kurniakan sebagai petanda akhir zaman dan kelebihannya itu juga akan dilemahkan semula oleh Allah s.w.t dalam memberi petunjuk dan ingatan terhadap umat manusia... (jika nak tahu lebih lanjut... kenalar zan cari balik suratkhabar tersebut dirumah ye... :D )


19 comments :

cheryna zamrinor said...

errr...tergamam. maknanya dajjal dah kuar?

Dearie Pearls said...

Salam Kak,
Ya.. dik pun ada baca kat news..

plus sejadah berdiri tu..

*Kampung Red Oktober.. ader gak nama kampung nie.
dah lah red, october..
memang best ar..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

nauzubillah

Anonymous said...

subhanallah...takutnya bila tgk citer2 cam ni.. tp biler da lupe lalai balik...camne...

azlia said...

takutnya tgk cite mcm ni..kan...tp bila da lama x tgk lalai balik...cam ne??

julietchun said...

moga jadi ingatan utk kita.

Tie said...

Kak tie takut gak!

Pernah baca kisah dajjal dulu.. tak ingat dok kat mana..

Zayani Zulkiffli said...

urm..yg psal mole people dah kluar tu btol ke??

Catwoman said...

Dunia akhir zaman....

:)

Unknown said...

cHeRyNa Pires,

hihi.... nanti k zan check dah kluar belum?....

Unknown said...

LOL-Pearls.

org kata ada jin... k zan pun belum dpt info yg sah lagi... hihi

tu lar kata dah lar red, october lagi.. suka nama "Bukit Beruntung"... ada padang golf kat situ...

Unknown said...

Tinie,

mengucap panjang kita.... petunjuk Allah beri tu...

Unknown said...

Anonymous,

tular kata.... agak2 bila dah nak lupa tu.... pandu balik kearah yg betul... insyaallah.

Azlia,

kadang2 kena renung-renungkan...

Unknown said...

julietchun,

sebagai renungan... untuk kita sejenak berfikir.

Unknown said...

k tie,

izan pun sama gak takut.... kdg2 buat2 lupa ada dajjal yg akan keluar...

Unknown said...

zayani...

syyyy.... jgn tanya zan tak tau.... tapi betul ke dia dah keluar. zayani pernah dengar dak.... hihi

Unknown said...

zyma,

kena kejar segala peluang yang ada... jgn fikir apa org kata tapi fikir apa kita nak buat.... :D

hidup kita di akhir zaman.... segala peluang yang boleh menceriakan hidup kita .... lakukan sebaik mungkin....

naz ilyn said...

salam... dunia akhir zaman jangan sampai kita terpesong menganggap bayi itu sebagai bayi ajaib atau sebagainya.

~PakKaramu~ said...

Dah lama akhir zamannya nyah oi !

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter