Jom join izan

Tuesday, October 27, 2009

ADUYAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII......... SPOIL NYER..

harap maaf........ rancangan tergendala sebentar.....

kepada rakan-rakan yang sudi berziarah izan.... diucapkan terima kasih banyak-banyak

buat masa ini izan tidak dapat membalas semula kunjungan teman-teman dan akan memberhentikan aktiviti ini buat seketika sehingga diberitakan kelak .......... kerana.... sila lihat pic diatas yer.....

apabila masa telah ditetapkan oleh majlis-majlis daerah kawasan kelak...... izan akan berkunjung ke teratak teman-teman tak kira masa dan waktu...... kecuali time tido.... kita kena tido lah yer...

huhu..... pasti rindu tangan ni nak mengetuk dan minda nak mencurah cerita yang entah bagaimana nak diceritakan.......

tunggu izan datang tak lama lagi yer..... [apa??????..... tak kisah......!!! huhuhu.... kawan janganlar gitu.... sian i tau...."

9 comments :

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Ku menanti..
Jangan lama sangat tau Kak.
Hehe..

Tie said...

Errk !!

Sibuk buat apa tu Zan ?

julietchun said...

"tok! tok! tuam rumah takde lagilah, jom balik. :D

naz ilyn said...

salam... izan!!!! ku tetap menanti mu hihihi.

KTS said...

aik??
byr bil setiap bulan pun, boleh tergendala siaran??
ini tidak adil!!
pulangkan duit kami!!!

hihihi

Catwoman said...

Salam kak Izan Cayangggg....

Sy tunggu Akak dtg Alor Star dgn kapet hijauuuuuuu......kapet merah dah hantar ke Laundry shop.
:)

cheryna zamrinor said...

patutlah takde kak izan kat mana2. rupanya mmg busy. puas sha tgk kiri kanan:)

jangan lama ye...nanti rindu;)

echah_syed said...

kantoii dgn bos ye.. :)

mesti rindu izan nanti..

Anonymous said...

alahai...nak berehat ke pulak...oklah tapi jangan lama2 tau...nanti ada yang merindu...hehehe

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter