Jom join izan

Sunday, October 12, 2008

SIKAP OPTIMIS buat kehidupan lebih bererti.....

Tahukan anda apa itu optimis? (zan pun tak tahu sangat...) mari kita lihat...sebahagian dahulu.

Optimis adalah bagaimana cara melihat masalah yang dihadapi dengan cara yang berbeza iaitu dengan melihat perkara positif pada keadaan negatif.

Bentuk sikap optimis
Sikap optimis ini boleh terbentuk dalam diri dengan berfikiran dan melakukan perkara yang terarah kepada sikap tersebut. Terdapat beberapa faktor persekitaran yang dapat membentuk sifat ini seperti.

1. Maklumat atau berita yang diterima
2. Didikan keluarga
3. Pergaulan

ciri-ciri orang optimis

1. gembira

Orang optimis selalu gembira dan ceria. jika hadapi masalah dalam hidup dilalui dengan tenang. ini kerana individu ini melihat dari sudut berbeza. berjaya hadapi dugaan dengan sabar yakin dan mampu menyelesaikan halangan yang datang. hidup yang gembira sebenarnya mampu membuatkan anda berada dalam keadaan ceria setiap hari.

2. Bersemangat

Setiap orang perlu bersemangat untuk menjalani kehidupan dengan tenang.

3. Cara percakapan

Sentiasa tenang dan butir bicara percakapannya teratur. Mereka juga selalunya tidak cepat naik marah atau naik angin tidak tentu hala dan bijak mengawal keadaan dengan baik.


Teks: Reena Zolkeplee

14 comments :

Emi Farez said...

kekadang optimis, kekadang menentang arus... tu yg kurtang berjaya ni.. hehehe

Anonymous said...

ibu kumbang,

...ku insan biasa....
minimize-kan yang menentang arus...
ibu kumbang bestt...hehehe....pl

echah_syed said...

combi skrg sejak dah tooot ni lebih cool..alhamdulilah :)

kalo sume benda kita anggap positif barulaa bole berjaya..betol tak izan :D

kuIna said...

menarik...

Cetusan said...

oleh itu baca faham dan buat hee..

Anonymous said...

combi..bila kita cool barulah kita rasa lapang dada dan ceria. betol tu... mudahan kesihatan kita menjadi lebih baik.....

Anonymous said...

kuina,

selalunya yang menarik untuk kita kongsikan bersama supaya sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan...

Anonymous said...

zeqzeq,

baik zeqzeq...sikit2 nak lencong boleh zeqzeq.

heee...gurau....

Cetusan said...

Izan..
apasal semua data yang di atas tu tiada dlm diriku..nak kata malang tak?

Anonymous said...

zeqzeq,

nak nyanyikan tuk zeqzeq....(sebahagian jer tau).. "dunia pancaroba...suka bertemasya...." carilah sesuatu yg dpt menggembirakan pasti ceria. - tiada yang malang melainkan dugaan belaka.

Cetusan said...

kongsi bersama yg baik,,yg elok disokong, melencong sebaris jer

Anonymous said...

zeqzeq,

adaerrr aje nak mengenakan yerkkk...

toing sana..toing sini..terkebil2 zan nak menjawab...

Cetusan said...

..tader laa tak mengena pun, kan betul yang elok kena sokong, jika nak melencong sesekali boleh kan kan,,huhukk

Anonymous said...

zeqzeq...


hemmmm............

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter