Jom join izan

Friday, June 29, 2012

Kelebihan Susu

Susu cap junjung ni ... akak google ...


Dulu masa kecik2 larr ... bila keluar iklan ni kat tv .. siapa yang mendengar lagu iklan tu .. tersimpul senyum kemain lagi ... mak ayah akak dulu berniaga, budak2 ITK bila dengar lagu ni kemain suka lagi, nape tah suka sangat ~ sebab nakal lah tu .. kamu tau ke ~ sekarang ni semua mereka tu dah jadi bapa orang ada yang da punya cucu pun

haaa ... susu ni dulu2,  kalau makan roti kan .. roti benggali yang panjang tu bila kita order je jam tu lah dia potong2 ... dituangkan susu ni pas tu makan ... ummphh sedapnya kalah roti sekarang hi5 ke gardernia tu ke .... tak boleh lawan

Ada satu peristiwa masa kecil, zan suka duk sblh nenek bila time raya dapur minyak turun ke bawah senang nak goreng kuih loyang bagai. seronok dulu duk sebelah nenek melangut arwah nenek buat kerja nak raya kan. sekali arwah nenek buat kerja sambil mengomel tetiba minyak panas dalam kuali hinggap kat peha zan ... waduuuu .. hari malam lak tu ... mana ingat klinik dulu2 ...

arwah nenek pun capai susu cap junjung ni pekat manis ... dilumur ketempat kena minyak panas tu ... sejuk je rasanya ... buat sementara okey lar ...bila da panik capai apa saja .... 

kenangan zaman silam ....




No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter