Jom join izan

Friday, August 19, 2011

Nak awet muda ... minum air paip - caya ke idok...

photo 
Betul ke minum air paip buleh nampak muda belia .......... awet gitu :)mmmmm
Percaya ke tak ..... ????
Kalau tak percaya kita nak ceritakan  jugak... 
Minum air paip boleh awet muda......... izan tak lah percaya sangat. tapi tahlah...
sejak mula kakak ipar zan cakap ..... sampai sekarang zan amalkan. sesaje ajerrr..
kalau awak nampak saya muda .... kiranya mujarablah tu.... hehehe...
bangkit awal subuh, bukaan air paip yang pertama tu tadahkan secawan... selawat 3 kali, tarik nafas panjang, teguk 3 kali sampai abis air tu lepaskan nafas....
satu kebaikan yang zan dapat ... mengurangkan angin sebu dalam perut waktu pagi ....
adakala air paip ni terlalu kotor jangan diamalkan. nanti rosak badan. 
tetapi yang sebenarnya kalau dapat kita mengosongkan minda dan jiwa dari perkara negatif, pasti muka nampak ceria. 

2 comments :

Dearie Pearls said...

wah... air paip? tak berani lak nk try. heeee... kena senyum2 je ar nk awet muda nie..

:)

Unknown said...

dik,

hehe... petua aje tu... ambik je mineral water ..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter