Jom join izan

Sunday, April 29, 2012

manisnya berpantang ..... :D



siapa yang masa berpantang ... dia enggan berpantang ... sungguh rugi ..
sebab apa ... masa berpantang ni lah dia membaiki sistem dalam badan wanita yang melahirkan bayi ... 

kalau dia tidak berpantang bermakna sistem pembaikkan dia sangat perlahan dan kurang sempurna. sistem dalam badan wanita yang melahirkan ni .. bnyak kerosakkan dan perlukan pemulihan .. jika dia meneruskan tanpa pembaikkan mungkin ada kerosakkan berkekalan yang boleh memudaratkan dimasa depan ... melainkan dia menjalani pantang maka sedikit sebanyak pemulihan itu memberi manfaat lebih kepadanya.


antaranya makan bawang putih dengan nasi berlaukkan ikan kering / masin .... sedapnya bila diingatkan saat berpantang ... seleranya punya hal mau je bertambah2 nasi dalam pinggan kui3 ...
bawang putih yang telah dikupas dimasukkan kedalam periuk nasi yang baru tutup apinya ... biar 15 minit sehingga empuk .. 

makan dengan nasi berlaukkan ikan kering dan kuah belada hitam ... amboiiii .... senang nak buang angin dik ... perut pun lega .....

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter