Jom join izan

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Nasi Goreng Seafood plus Ayam

sesekali nak masak ringkas .. akak izan maksud ringkas tu .. dalam 1 hidangan masukkan aje semua, segala sotong udang, ayam sayur, nasi ... haaa nyum nyum

tambahan sekarang musim nya ... tengkujuh .. sana sini berbagai cerita, bagai rasa, dan berbagai-bagai ...

akak izan ni pergi dan balik menggunakan kenderaan motor .. hari-hari kuch kuch hota hai lar ni .. pyar sana pyar sini ... haaa .. sampai rumah da lencun ... jadinya aktiviti didapur pun bergerak tidak sepantas selalu .. 


ini yang tercipta nasi goreng seafood plus ayam .... tapi ini 3 hari lepas punya nasi goreng .. finish dah lar ... 

Bahan:

4 pot kecil beras ditanak

Bahan rencah:

1/4 cawan cili giling (cili kering)
1 biji tomato sederhana besar potong 4
3 tangkai sayur kailan dipotong asingkan batang dan daun
1/4 bawang besar dihiris
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
udang sederhana besar (terpulang nak letak berapa ekor)
3 ekor sotong dihiris
semangkuk kecil isi ayam
2 1/2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
kicap masin
garam
msg
minyak
1/4 cawan air putih




cara:

panaskan minyak perlahankan api
masak cili giling
tumiskan hirisan bawang besar, bawang kecil dan bawang putih hingga naik bau
masukkan batang sayur kailan, tomato dan ayam kacau hingga agak garing
masukkan udang dan sotong kacau hingga agak masak
masukkan sos tiram, cili sos dan kicap masin (mengikut kegelapan warna disukai)
masukkan sedikit garam dan msg
kacau hingga masak letak sedikit air putih 
kacau rata
masukkan nasi dan daun sayur kailan
gaul serata dan kuatkan api. balikkan nasi dengan baik
perlahankan api dan biarkan beberapa minit kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan




bersyukur selalu ... sebutlah Alhamdulillah Allah Huakhbar .... jadikan ia sebutan setiap minit dan jangan lupa senyum selalu ....

buat apa yang Allah suka .. 

Saturday, November 23, 2013

Tomyam Campur Udang Ayam Daging Sotong

Sabtu malam ni ... cooooti masak
naaak tengok Master Chef ... tak banyak sikit nak ambil ilmu dari siri Master Chef  .. akak minatlah nak tengok Master Chef ... selalunya memang susah akak nak nonton tv .. sebab berlainan minat .. so akak mengalah lar .. 

sambil tu nak post tomyam campur ni ... bila tengok pic tomyam comot ni ... rasanya chef Adu ..(pilih chef Adu .. hihi ... ) tak berkenan ... apapun dapat puji dari abe zul itu da cukup kanzzz .. haaa ... kalau masuk Master Chef dapatlah Chef Adu punya komen kannzz .. :D


dialog ibu buat anak-anatk tersayang: 

ibu masak tomyam campur ni esoknya .. lepas malam yang ibu pukul tangan adik sebab nak ambik udang tu .. bangun sebelum subuh tu ibu masih tak tau nak masak apa .. dalam mamai pagi tu ... ibu keluarkan semua yang ada dalam peti es .. sume tu ibu da siap potong .. seminggu sekali ibu akan kerjakan semua, biar senang masa ibu nak masak tak payah nak potong-potong lagi

Bahan:

5 ekor sotong (dipotong-potong)
1 mangkuk kecil ayam (telah dipotong2 kecil)
18 ekor udang
1 senduk daging (telah dipotong2 kecil)
2 batang serai
3 sudu besar pes tomyam adabi
1/2 senduk cili giling (cili kering/bawang kecil/bawang putih/bawang besar)
3 helai daun limau purut
2 biji tomato (potong 4 setiap satu)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1/2 jug air putih
4 biji limau kasturi
garam
gula
ajinomoto

cara masak:

1. panaskan air dalam periuk/kuali, rebus udang sotong dan daging
2. panaskan minyak dalam kuali, masukkan 1/2 senduk cili giling, pes tomyam, serai, ayam dan limau kasturi (pes tomyam dan limau kasturi ikut kesukaan cita rasa, nak lebih masam atau kurang)
3. masukkan tomato dan 1/2 jug air putih masak hingga mendidih
4. masukkan bahan rebus
5. masukkan garam, ajinomoto dan seimbangkan dengan gula (untuk selaraskan rasa masam)
6. masukkan bawang dan daun limau purut.
7. bila bawang da sedikit empuk kecil api 5 minit
8. seterusnya angkat dan hidangkan


yang sebenarnya, ibu nak tebus balik. ibu masak lebih udang jadi waktu adik makan nanti ibu tak nampak yang pasti ibu tau adik cekau udang aje hi3 .. termasuklah abang. dalam ati ibu nanti time balik ibu buka tudung saji .. da bole agak apa yang tinggal. yang pasti ... ibu da buat yang terbaik untuk anak-anak ibu .. walaupun hanya dari hidangan tak seberapa dari ibu. yang pasti niat Lillahi Taala ..

Sunday, November 10, 2013

ayam tomato bercili

kat rumah akak memang lauk lain .. jatuh tercorot ... tapi kalau ayam .. buatlar masak merah ker .. tomato ker .. bercili ker ... masak lemak cili padi ker ... goreng berempah kerrrrrr ... lakulah .. tapi akak pulak lah ... kadang sampai tak mau tengok ayam dah ... tapi nak buat gimana kan ... kalau status dah "mak" ... perut anak nak dijaga juga .. redho dengan selera anak-anak

apapun ... jaga niat kerna Lillahi Taala .. insyaAllah .. mesti lakulah hidangan hari itu, sambil masak jgn lupa zikir dibibir dan hati jgn tinggal ...


kebanyakkan ketulan ayam harini akak gunakan sebagian besar kepak ayam semuanya ini sebab anak bujang dengan anak perempuan akak suka bagian kepak, ada lebih kurang 8 ketul kemudian bagian serupa paha ayam tu akak belahkan maksudnya ceraikan dari kepak. jadi dapatlah lebih kurang 8 kali 2, 16 ketul .. mak abahnya biasanya bagian yang kurang menarik .. mengalah sajalah kendak anak

kalau sambalnya pulak .. mesti nak banyak ... kalau sikit sambalnya nanti tak cukup pula .. tu yang cili kering kalau sekali giling mesti banyak ... kalau sikit nanti kering pula sambalnya

sampai malam ni .. yang ada tinggal tulah yang dapat dilihat dalam pic ni ..

yelah da malam baru ambik pic .. kalau tak berbaki tadi .. rasanya len kali aje update.


Bahan

8 ketul kepak ayam (dibelah menjadi 16 ketul)
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 batang serah (ditumbuk)
2 biji tomato (dibelah 8)
2 sudu besar sos cili
msg
garam
minyak 
gula
air putih


Bahan giling

25 tangkai cili kering (nak kurang pun boleh)
5 tangkai cili merah/besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih



untuk masak bersambal, akak memang suka guna minyak yang banyak.

ayam yang telah dilumur kunyit dan sedikit garam boleh digoreng dulu dan garingnya mengikut kesukaan memasing. akak suka agak garing sebab rasa ayam yang digoreng garing ni sedap dan wangi baunya

cara memasak

1. buka api sederhana dan panaskan minyak lebihkan sikit jumlah minyak;
2. masukkan bahan giling, serai, sos cili dan kacau sehingga agak garing;
3. masukkan tomato, 1 cawan air dan biarkan sehingga masak dan tomato ditekan2 supaya mencair dan sebati bersama sambal;
4. bagikan perasa garam, msg dan gula .. seimbangkan rasanya jangan termasin sebab ayam telah digoreng bersama garam. 
5. masukkan ayam, bawang dan biarkan masak bersama sambal kacau sehingga benar2 sebati dan seimbangkan rasanya
6. dah masak hidangkan.

Sunday, October 13, 2013

Ayam masak merah berserai

kadang2 fining ... bukan tak fining ... monong dulu depan sinki .. nak diapakan lauk hari ni ... yalah ... kata masak sambal goreng ... kalau da seminggu cili gilingnya sama bahan ... tak ke sama rasa sambal tu berhari-hari ...

kadang tu kena cepat ... camane nak ditukarkan rasanya .... sebab tu lar kalau dalam peti es .. tak boleh kosong ... kalau buah tomato tu berbiji-biji .. sekali beli sebujut ... tu pun kena check selalu ... mesti nak kena guna selalu ... kalau serai berbatang-batang sekali beli 2 sikat ... nak harap yang belakang rumah alamatnya lama2 tinggal tunggul lar ... :D



Bahan

15 ketul ayam
2 batang serai diketuk
2 senduk minyak
garam
msg
sedikit gula (sejemput)


Bahan sedia kisar

15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan kisar

1 labu bawang besar
2 1/2 inci lengkuas
4 batang / 2 batang serai
2 biji tomato sederhana besar




cara

- goreng ayam separuh masak (toskan)

- panaskan minyak pada api sederhana, masukkan semua bahan kisar, 2 batang serai kacau hingga agak garing

- letakkan 1/4 cawan air (boleh ditambah/kurangkan mengikut kepekatan yang diinginkan, letak garam, msg dan gula secukup rasa, kacau kemudian masukkan ayam goreng dan keringkan mengikut citarasa samada hendak berkuah atau kering

-  rasa masam tomato yang dikisar tadi da cukup dan seimbangkan dengan gula bersama garam 

Tuesday, October 8, 2013

Rendang ayam berserai

gambar jer yang tak makan dek masa .... kalau yang "real" ... tak ada dah lar ... ini hidangan haritu sekali dengan lauk padprik tu .... bila tingat balik padprik datang balik selera nak buat lauk padprik lagi ...

haritu .. ada client dtg opis larni dia buat kerja sendiri .. jual pes rendang .. maknanya akak beli aje pes rendang darinya .... sedap jugak .. kadang bukan apa nak buat sendiri makan masa juga ... 




Bahan

15 ketul ayam
2 helai daun kunyit
RM2.00 santan / RM4.00 santan
(ikut kepekatan suka)
3 sudu pes rendang
sedikit air asam
garam
msg

Bahan goreng tanpa minyak

sedikit ketumbar
2 batang kayu manis ditumbuk sedikit
2 biji halba
sedikit jintan putih
sedikit jintan manis

Bahan ricih

3 batang serai


bahan kisar (kisar kasar)

4 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
2 inci halia
2 1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 tangkai cili api
(jika nak pedas letak lebih cili)




cara memasak

panaskan 5 sudu minyak, masukkan bahan kisar tumis dan gaul sampai agak garing
masukkan ayam biarkan hingga pecah minyak kacau
masukkan santan kacau hingga agak kering 
masukkan sedikit air, masukkan bahan goreng
masukkan pes, air asam, daun kunyit, garam dan msg secukup rasa 
masukkan serai hiris.. dan keringkan mengikut kesukaan



Sunday, October 6, 2013

Padprik Campur ~ Ayam Daging Udang

menu akak harini .. padprik campur ... camanelah isi rumah tingin nak makan ... sebab dah lama tak makan diluar ... jadinya akak pun buatkanlah padprik campur ..

Alhamdulillah walaupun bahan utama cili besar merah tak ada .. bukannya apa lupa nak suruh beli ... yang ada cili api warna merah ... jadinya kaler kurang menarik sikit ... yang penting rasa tetap sama oke ...


Bahan

15 ekor udang 
isi ayam dihiris nipis
daging dihiris nipis
1/2 batang karot dipotong jejari halus
anak jagung dibelah 4
bunga kobis dipotong kecil
3 sudu besar sos tiram
2 sudu sos cili
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut
1 sudu kecil kicap masin
1 sudu tepung jagung
sedikit garam
sedikit msg
sedikit minyak
5 tangkai cili api dibelah dua


Bahan kisar

2 biji buah tomato sederhana besar
1 labu bawang besar
5 tangkai cili api (merah)
3 ulas bawang kecil



Cara memasak

letak minyak dan tumis dulu bawang putih yang dah diketuk. serai kacau dan dah bila wangi masukkan bahan kisar
tumis hingga agak garing, masukkan sos tiram, sos cili, bila pecah minyak masukkan ayam dan daging, letakkan sedikit air .. kacau hingga keduanya masak
akhir sekali masukkan udang, daun limau purut, semua sayuran, kicap manis, tambah air jika perlu 
masukkan garam dan msg
kacau dan rasa akhir sekali letakkan tepung jagung mengikut kepekatan sesuai


TETAPI AKAK TAK LETAK WAKTU ITU, BILA NAK MAKAN AKAK PANASKAN SEDIKIT API PERLAHAN DAN MASUKKAN TEPUNG JAGUNG. BERMAKNA JIKA AKAK DAPAT 3 MANGKUK KECIL UNTUK SETIAP HIDANGAN .. 1 MANGKUK AKAK PANASKAN LETAKKAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG GITU ...

Jika nak merahkan kuah .. gunakanlah cili merah/cili besar .. baru cantik kalernya

Friday, October 4, 2013

Ayam masak lemak cili api

Sekarang ni menyemarakkan azam ... menguatkan semangat ... mempertingkatkan tenaga ... waaa begitu sekali ... mestilah kan .. dalam setiap nafas kita ni mesti ada peningkatan yang positif ..

sekarang ni awal-awal pagi dah bangun ... menyediakan lauk tengahari santapan buat putera puteri dan dalam masa yang sama boleh juga bawa bekal ke ofis .... almaklumlah kan ... sekarang ni sume naik .. terutamanya minyak ron .. jadinya kita jimat lah kos makan luar kepada memasak sendiri .. niat jangan lupa ~ Lillahi Taala ... dan bagi contoh yang baik kepada mereka yang baru merancang untuk kehidupan dan gunakan setiap detik bermakna ...


Bahan

15 ketul ayam
4 biji ubi kentang
RM2 pati santan
2 batang serai
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit msg
sekeping kecil asam keping

Bahan Giling

20 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit minyak masak

cara memasak

masukkan bahan giling ke dalam periuk
masukkan pati santan bersama air (mengikut kepekatan kesukaan)
masukkan ayam, ubi kentang, serai, serbuk kunyit buka api perlahan
kacau hingga santan masak, ayam empuk dan ubi juga empuk
masukkan garam, msg dan asam keping rasa secukup rasa



da siap angkat ... dan hidangkan ... pedasnya .. sampai ke telinga .... 

Monday, September 9, 2013

Ayam Masak Merah Pengantin ... marbeles

oke.... masak ayam merah Pengantin dihari raya .. so kita tuka ... ayam masak merah hari raya ... buleh ....

buleh larrrrraa ... hehe

resipi ni akak ambik di Mesra.net Kiriman: kuizrinda ku izham ....  memang sedap .... bukan saja cakap... resipi ni dapat pujian dari kawan2 adik ika... siap ada yang duduk depan lauk saja.. "ibu saya nak 1 lagi boleh .... "... ibu ika jawab jeer ... "boleh" ... tapi rasanya dia tanya da 3 kali ... itulah kawan adik ika ... peminat ayam masak merah..

yang pic kat bawah ni .. akak tak campur cili hijau pun ..




BAHAN

1/2 ekor ayam dipotong 12

10 ulas bawang merah dikisar 

2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas

2 labu bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar

3 inci halia dikisar 
1 1/2 biji buah tomato dikisar 
15 tangkai cili kering dikisar 
6 biji cili merah dikisar 
2 biji cili hijau dikisar

2 helai daun pandan disimpul 
5 helai daun pudina (ikut suka kalau ada)
Satu cawan santan 

3 biji bawang besar dimayang 
2 batang serai diketuk
sedikit air
garam
msg

Sedikit buah pelaga,bunga cengkih dan kayu manis 

Cara:
Basuh ayam kemudian toskan.
Goreng ayam sederhana masak.

panaskan minyak, masukkan 
bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. 


masukkan bahan kisar, serai dan daun pandan masak hingga agak garing kemudian letak sedikit air putih kacau lagi. Masukkan ayam dan letakkan santan kacau dan bagikan perasa sedikit garam dan msg. kacau hingga masak dan pecah minyak

akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat. kacau hingga masak. perlahankan api.



yang pic kat bawah ni .. akak  campur cili hijau pun .. masak merah kali kedua, rasa tetap sama tapi kalernya menarik lagi yang diatas ...




Thursday, September 5, 2013

cili api ~ cili burung ~ cili akar .... ohhhh chillies

ohh hor cili ........ 
tak ada cili ... kurang rasa ... kurang enak ...kurang ummphh


peneman setiap hari ..... 
setiap rasa ...
setiap .... segala setiap ...



tanpa mu cili .... seperti tiada cop mohor ...


he3x........ ohhh cili ...

Sunday, August 25, 2013

Kurma Daging .. marbeles

Jamu rakan-rakan sekolah adik ika. akak izan buat masak kurma daging .... sedap
da banyak kali buat ... sebab sedap sangat .. tambah-tambah makan dengan nasi minyak ... 


daging tu akak potong kecik2 je ... sekali masuk mulut tak usah nak gigit payah ... tambahan gigi sekarang ni ... da kurang kalsium ... potong kecil2 .. kunyah kan sodap ..

resipi ni ... akak ambik lama dah dari MESRA.NET .... kepunyaan sumber: buku resipi selera perantau .... ada jugak lah bahan tak cukup .. macam daun pudina tak ada ... kalau ada lagi sedap... air asam limau tak ada ... sebab akak da guna tomato .. tak maulah letak asam limau lagi .. kalau nak letak terpulanglah .. ikut suka .. susu pun tak letak ... akak tambahkan ubi gentang .. buah pala pun akak tak ada .. tapi sedap juga tu .... len kali kita buat cukupkan syarat ya ... mesti lagi marbeles



Bahan

Daging

Di kisar

5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 ulas bawang kecil
2 cm halia
2 tangkai cili besar merah
8 tangkai cili api (kalau nak pedas)


Bahan perap

3 camca kecil serbuk kas kas
1 camca besar jintan manis
1 camca kecil jintan putih
4 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar lada sulah

(ada kebetulan cili akak nak buat masak merah yang da digiling sekali dengan tomato ... ambik sedikit perapkan sekali bersama bahan-bahan kat atas tu) ~ saja nak menambah rasa ... tapi memang sedap

Bahan tumis

5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang (ceraikan)
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Bahan tambahan

2 labu bawang besar (dihiris bulat)
8 tangkai cili besar hijau dan merah dibelah tengah
4 biji ubi kentang dibelah 4 / 2
2 atau 3 ringgit pati santan
2 biji tomato sederhana belah 2 / 3

garam secukup rasa
msg secukup rasa (selalunya akak buat syarat aje ... hujung sudu)
serbuk kurma adabi
sedikit air



Cara

1. Perapkan dulu daging .... agak2 1/2 jam sebelum mula masak.
2. Panaskan kuali letak sedikit minyak gorengkan sekejap kesemua bahan menumis.
3. Masukkan bahan kisar dan biar agak garing. Masukkan sekali ubi kentang.
3. Masukkan serbuk kurma Adabi, akak gunakan kurang secawan dan tambahkan air supaya dia sebati. kacau hingga serbuk kurma masak.
4. Masukkan kesemua daging yang telah diperap tadi. kacau dan biarkan hingga masak. letakkan air putih dan biar mendidih.
5. Masukkan santan dan semua bahan tambahan kacau hingga masak dan empuk.
6. bagi perasa secukup rasa ... dan hidang ....

Sunday, June 24, 2012

Gulai Ayam Pencen

pagi2 lagi ... intai dalam sink ... aramak da keluar dari peti es lauk beli minggu lepas ... ini tak lain nak kena masak gulai ayam pencen ... haaa tu dia ... isyarat da keluar ..


kenalar faham bahasa isyarat ... kalau minggu lepas beli lauk, minggu ni da keluar dari peti es ... adik2 kakak2 ... maksudnya masaklah mengikut citarasa yang dikehendaki .. he3.. hari minggu ... hari tido rehat ... hari minggu ... hari tido rehat ... cepatlah masak boleh kita rehat ..... jommm


sebab mengenangkan minggu .. hari minggu ni ... patutnya gulai ni tinggal digoreng aje kelapa kemudian ditumbuk buat kerisik dah buleh jadi rendang ... tapi ... len kali lah kita merendang ... hehe hari tido ... hari minggu ... hari tido ...zzzzzzzz


adik2 kakak2 ... senyum jangan lupa ya ... masak sambil tersenyum okei ..... mesti sedap jadinya .... hehe, sesekali bergurau jangan simpan didalam hati ...


Bahan

3 batang serai (dihiris)
2 biji buah keras (ditumbuk)

disangai



2 biji buah pelaga

sedikit jintan putih & manis
2 bunga lawang
kulit kayu manis


Bahan giling

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 tangkai cili kering 
(tak mau gulai merah kurangkan cili kering)
12 tangkai cili api

Bahan Utama

1 ekor ayam pencen (direbus agak empuk)
RM4.00 santan
sedikit minyak
2 sudu serbuk kunyit
garam
msg
1 1/2 keping asam keping



cara memasak

- panaskan minyak dalam kuali
- masukkan bahan giling gaul hingga agak garing
- masukkan santan dan 2 atau 3 sudu serbuk kunyit dikacau serata
- masukkan daun kunyit dan ayam pencen
- masuk asam keping, serai, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, buah keras
- kacau serata, masukkan garam dan msg secukup rasa
- masak hingga agak kering kuahnya ... 

..... jintan manis dan puteh diperlukan bila nak merendang ..... ditambahkan kerisik ..

da siap boleh dihidangkan ......





Saturday, October 22, 2011

Ayam Masak Merah Bersantan

Kalau namanya orang dapur ... dalam gubuk kena lengkap .... tak kiralah kita guna selalu ke idak ke ... bahan2 cam ni lama buleh simpan .... peringatan buat  adik eka juga ..... 

antara bahan lain campuran untuk ayam masak merah bersantan ... mmmm .. bahan ni untuk ayam setengah ekor saja ...
 

nak masak ayam masak merah tadi ... dalam fikiran dah rasa sume dah lengkap ... serai nyer, bahan2 kat atasnyer susu santan berkotak nyer, segala cili kering cili api bawang putih bawang merah dah siap berblender nyer bawang besar potong bulatnya  sos cilinya ... rasa macam dah lengkap lah semua tu .... kalau garam msg gula tu .... sape tak ada dalam gobok tu .. rugi namanya.

dah seronok la ni...

ayam semua dah siap bergoreng agak garing, akak pun tumis lar segala bahan blender guna minyak sikit aje

masak sampai agak garing masukkan sedikit sos ikutlar nak banyak ke sikit ke lepas tu masukkan bahan yang dalam piring tadi tu.... naik pulak baunyer akak pun letaklah serai tumbuk kacau2 .. bertambah sedap baunya

akak pun nak ambiklah susu santan kotak .. puas geledah peti es tak JUMPA ... ehhh.. mana plak takkan kemas2 terbuang ..  alamakkkk .... geraba pulak ... cari punya cari teringat ada santan kelapa sepeket kat tepat beku ... guna lah aje agak2 suku cawan .. akak pun kacau lagi tambah air sikit

bila da agak menggelegak tu akak masukkan ayam, kacau punya kacau letak pulak bawang besar. akak memang suka letak bawang besar saat akhir memasak supaya tak lembik sesangat. kemudian bagi perasa yang cukup. garam nyer, msg nyer, gula sejemput nyer ... haa kacau agak pekat berkuah. angkat dan hidangkan ...YUMIE ...



amacam ... nampak sedap tak ... haa tuk makan serombongan sekeluarga ni memang sedap. kalau tak rasa cuba tak tahu.... JEMPU..............................T makan ... sejemput aje yerrrr..... ;)wink2

Thursday, March 10, 2011

sup ayam mesra rempah ...


haaaa.......... inilah lauk yang paling senang nak masak ...."sup ayam" spesel mesra rempah ekeke... nape mesra rempah ... sebab segala jenis rempah di campur...

ini satu lagi kegemaran keluarga... kalau dapat makan nasi panas-panas .. banjir kuah ... fuuulamak.. sedap ... wa cakap luuu ...[jgn mareee haaa ..]

cubalah buat ..... gerenti ... mesti nak buat lagi len kali... bukannya susah pun ... kuah jernih je...

Bahan:

1 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
1 sup bunjut tulang
1/2 cawan atau lebih sedikit serbuk rempah sup adabi
2 biji bawang putih
3 biji bawang kecil/merah
3 biji cili api (dihiris/diketuk - jika mahu)
daun sup
air putih
minyak masak
garam
msg

cara masak:

1. panaskan minyak
2. serbuk rempah sup ambil 1/2 cawan atau lebih sedikit
campurkan dengan air panas dikacau sebati
3. masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah siap dihiris. digaringkan sedikit
4. masukkan serbuk rempah sup (nombor 2) dikacau sebati.
5. masukkan air putih
6. masukkan ayam yang telah dibersih.biar sehingga menggelegak.
7. masukkan sup bunjut adabi dan sup bunjut tulang.[segala kayu manis bagai
kalau dapat ditumbuk sedikit bagi pecah2]
8. masukkan garam dan msg secukup rasa.
9. masukkan cili yang dihiris/tumbuk jika mahu.
10. biar sehingga mendidih.
11. angkat dan dihidangkan
12. daun sup dipotong halus.
13. akhir sekali baru masukkan daun sup kedalam hidangan dan hidangkan.

**** selalunya masak apapun jumlah bawang mesti dalam 1 ganjil dan 1 genap.
bagaimana:

jika bawang merah 3 biji bawang putih 2 biji
jika bawang merah 5 biji bawang putih 4 biji
ini dah diamalkan dari semulajadi.
kebaikkannya tidak lah diketahui melainkan ada mereka yang arif kebaikkannya.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter