Jom join izan

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Nasi Goreng Seafood plus Ayam

sesekali nak masak ringkas .. akak izan maksud ringkas tu .. dalam 1 hidangan masukkan aje semua, segala sotong udang, ayam sayur, nasi ... haaa nyum nyum

tambahan sekarang musim nya ... tengkujuh .. sana sini berbagai cerita, bagai rasa, dan berbagai-bagai ...

akak izan ni pergi dan balik menggunakan kenderaan motor .. hari-hari kuch kuch hota hai lar ni .. pyar sana pyar sini ... haaa .. sampai rumah da lencun ... jadinya aktiviti didapur pun bergerak tidak sepantas selalu .. 


ini yang tercipta nasi goreng seafood plus ayam .... tapi ini 3 hari lepas punya nasi goreng .. finish dah lar ... 

Bahan:

4 pot kecil beras ditanak

Bahan rencah:

1/4 cawan cili giling (cili kering)
1 biji tomato sederhana besar potong 4
3 tangkai sayur kailan dipotong asingkan batang dan daun
1/4 bawang besar dihiris
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
udang sederhana besar (terpulang nak letak berapa ekor)
3 ekor sotong dihiris
semangkuk kecil isi ayam
2 1/2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
kicap masin
garam
msg
minyak
1/4 cawan air putih




cara:

panaskan minyak perlahankan api
masak cili giling
tumiskan hirisan bawang besar, bawang kecil dan bawang putih hingga naik bau
masukkan batang sayur kailan, tomato dan ayam kacau hingga agak garing
masukkan udang dan sotong kacau hingga agak masak
masukkan sos tiram, cili sos dan kicap masin (mengikut kegelapan warna disukai)
masukkan sedikit garam dan msg
kacau hingga masak letak sedikit air putih 
kacau rata
masukkan nasi dan daun sayur kailan
gaul serata dan kuatkan api. balikkan nasi dengan baik
perlahankan api dan biarkan beberapa minit kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan




bersyukur selalu ... sebutlah Alhamdulillah Allah Huakhbar .... jadikan ia sebutan setiap minit dan jangan lupa senyum selalu ....

buat apa yang Allah suka .. 

Saturday, November 23, 2013

Tomyam Campur Udang Ayam Daging Sotong

Sabtu malam ni ... cooooti masak
naaak tengok Master Chef ... tak banyak sikit nak ambil ilmu dari siri Master Chef  .. akak minatlah nak tengok Master Chef ... selalunya memang susah akak nak nonton tv .. sebab berlainan minat .. so akak mengalah lar .. 

sambil tu nak post tomyam campur ni ... bila tengok pic tomyam comot ni ... rasanya chef Adu ..(pilih chef Adu .. hihi ... ) tak berkenan ... apapun dapat puji dari abe zul itu da cukup kanzzz .. haaa ... kalau masuk Master Chef dapatlah Chef Adu punya komen kannzz .. :D


dialog ibu buat anak-anatk tersayang: 

ibu masak tomyam campur ni esoknya .. lepas malam yang ibu pukul tangan adik sebab nak ambik udang tu .. bangun sebelum subuh tu ibu masih tak tau nak masak apa .. dalam mamai pagi tu ... ibu keluarkan semua yang ada dalam peti es .. sume tu ibu da siap potong .. seminggu sekali ibu akan kerjakan semua, biar senang masa ibu nak masak tak payah nak potong-potong lagi

Bahan:

5 ekor sotong (dipotong-potong)
1 mangkuk kecil ayam (telah dipotong2 kecil)
18 ekor udang
1 senduk daging (telah dipotong2 kecil)
2 batang serai
3 sudu besar pes tomyam adabi
1/2 senduk cili giling (cili kering/bawang kecil/bawang putih/bawang besar)
3 helai daun limau purut
2 biji tomato (potong 4 setiap satu)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1/2 jug air putih
4 biji limau kasturi
garam
gula
ajinomoto

cara masak:

1. panaskan air dalam periuk/kuali, rebus udang sotong dan daging
2. panaskan minyak dalam kuali, masukkan 1/2 senduk cili giling, pes tomyam, serai, ayam dan limau kasturi (pes tomyam dan limau kasturi ikut kesukaan cita rasa, nak lebih masam atau kurang)
3. masukkan tomato dan 1/2 jug air putih masak hingga mendidih
4. masukkan bahan rebus
5. masukkan garam, ajinomoto dan seimbangkan dengan gula (untuk selaraskan rasa masam)
6. masukkan bawang dan daun limau purut.
7. bila bawang da sedikit empuk kecil api 5 minit
8. seterusnya angkat dan hidangkan


yang sebenarnya, ibu nak tebus balik. ibu masak lebih udang jadi waktu adik makan nanti ibu tak nampak yang pasti ibu tau adik cekau udang aje hi3 .. termasuklah abang. dalam ati ibu nanti time balik ibu buka tudung saji .. da bole agak apa yang tinggal. yang pasti ... ibu da buat yang terbaik untuk anak-anak ibu .. walaupun hanya dari hidangan tak seberapa dari ibu. yang pasti niat Lillahi Taala ..

Sunday, January 1, 2012

Tomyam Seafood

Lauk dibeli ada udang .... ada sotong ... selalunya masak2 sambal lah .. goreng lah ... berkuah lemaklah .... kali ni buat tomyam campur seafood tomyam walaupun tak cukup korum ialah bunga kantan tak ada, sotong pun ada 2 ke 3 ekor je... time cuti2 ni... ramai orang membeli lauk masak dirumah. Jadinya rezeki apa ada ... jagung halus pun habis. sekarang ni orang nak menjual jagung halus pun malu ..... abis camno kalau sepeket sekarang ni jatuh RM3.00.... almaklumlah sekarang bukan macam zaman dulu2 segala-gala naik harga.


Bahan-Bahan (Pada masa itu)

1/2 kilo udang (dibuang sesungut)
5 ekor sotong dihiris nipis
1/2 biji bunga kobis
1 biji lobak merah
4 kelopak daun limau purut
3 batang serai (ditumbuk)
2 sudu kecil pati tomyam (botol)
2 ketul pati tomyam (kiub)
3 keping asam keping
1 jug kecil air putih
sedikit minyak menumis (ikut suka nak banyak ke) 
garam
msg

Bahan kisar

15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ketul kecil belacan telah dibakar



caranya

sotong, udang, lobak merak dan kobis bunga ..... di rebus berasingan dahulu dan ketepikan

panaskan minyak masukkan bahan kisar tumis hingga masak dan naik bau
masukkan serai, pati dan kiub tomyam kacau lagi hingga naik bau
masukkan 1 jug air putih dan 3 keping asam keping biar hingga kuah mendidih
masukkan garam dan sedikit msg dan 4 kelopak daun limau purut biar agak lama kuah mendidih
perlahankan api masukkan kesemua bahan yang telah direbus tadi
renehkan sekejap bolehlah diangkat



kalau ada bunga kantan ni lagi sedap tomyam campur mmmmm dapat kunyah2 bunga kantan ni lagi puas makan tau .. hirup kuahnya yang masam-masam pedas .... nikmat rasanya ... tapi sebab apa adanya ... maka tomyam seafood ni da berbaloi..... :)

Thursday, October 27, 2011

Crispy Squid / Sotong Goreng Tepung

Alhamdulillah ..... rezekinya ada ... 
arini buat sotong goreng tepung ... sepupu pergi mancing dapat besar2 sotongnya ... ada lebih dihulurkan kat kita 2 ekor .. tapi boleh lah buat makan 3 kali ... adek eka suka betul makan sotong goreng ni ....



tak rugi cuba resipi ni ... memang sedap .... cuma pertama kali buat kurang masin lah .. kalau masin sangat nanti tak boleh makan pulak .... lain kali da boleh agak rasanya.....

eehh ... cicah sos cili sedap tau .... kita cicah sos cili life ... tapi kalau dapat sos siam tu jenama apa lupa ... lagi sedap rasanya......



meh tengok resipinyer .....
 
Sotong dalam 4 ke 5 ekor
iris nipis basuh dan tos 
lumurkan garam secukup rasa

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu besar rempah kari
1 sudu teh lada hitam
1 biji telur
garam secukup rasa




cara-cara

campur kesemua bahan2 diatas kecuali telur.
bahagikan kepada 2 adunan
1 bahagian campurkan telur dan air sedikit demi sedikit hingga agak likat

sotong yang sudah ditos dan diberi perasa garam tadi tuangkan kedalam adunan pekat dahulu kemudian masukkan kedalam adunan kering

panaskan minyak menggunakan api besar
dan gorengkan sotong tadi hingga warna tepung bertukar agak kekuningan. barulah diangkat dan dihidangkan tuk makan sekeluarga



oke boleh lah menggoreng pula ya ... haaa bahan diatas ni ... belen dari yang tadi... tuk masak kali kedua ... dah simpan pun dalam peti es ... mana tau awak orang nak datang .. keluarkan aje terus boleh digoreng ....

Monday, April 20, 2009

Sambal goreng sotong....


Ini nak tunjuk gambar menu izan hari sabtu tadi. lawa tak rupanya... hihihi..
kalau nak tahu abe cukup suka kalau zan masak lauk itu, sambal goreng sotong. adik ika pun suka tapi dia tak suka tang sesungutnya - tiap kali nak bagi sesungutnya dia akan kata "eeeiiii taknak kepala kurita" ... manakala si bujang pula kurang suka.
selalunya kalau zan masak sekor2 ni ada sebab. sebab utamanya ada telur sotong.... kalau dah gitu makan mesti berebut... berebutkan isiperut sotong. buleh tu... kalau si bujang selalunya isi perut dia punya part... pelik dia ni. orang makan sotongnya sekali dia tak minat cuma makan isi dalamnya aje.
apapun, rasanya yang manis... ditambah pedas sambal goreng... kenakan dengan kailan ikan masin. nasi panas pun rasa sejukkk aje..hihi.
nak resipinya ke.... hihi zan bagi ajelah ye..
Bahan A.
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
sedikit air mineral
(digiling kesemuanya)
Bahan B
8 ekor sotong sederhana besar.
(digoreng terlebih dahulu bersama api sederhana)
minyak masak
1/4 asam keping
sedikit garam
sedikit msg
sedikit air mineral
Caranya:
panaskan minyak didalam kuali. tuangkan bahan giling kesemuanya. guna api sederhana besar dan kacau hingga agak garing. kemudian masukkan sedikit air mineral, sedikit garam, sedikit msg dan 1/4 asam keping kacau hingga rata. seterusnya masukkan kesemua sotong (yang telah digoreng terlebih dahulu) dan kacau sehingga sebati. kecil kan api dah biarkan sehingga pecah minyak. kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


**********************************************************
mengapa kadang-kadang kita jadi seorang yang sangat "sensitif" pada satu-satu perkara yang pada halnya adalah biasa sahaja.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter