Jom join izan

Sunday, January 1, 2012

Tomyam Seafood

Lauk dibeli ada udang .... ada sotong ... selalunya masak2 sambal lah .. goreng lah ... berkuah lemaklah .... kali ni buat tomyam campur seafood tomyam walaupun tak cukup korum ialah bunga kantan tak ada, sotong pun ada 2 ke 3 ekor je... time cuti2 ni... ramai orang membeli lauk masak dirumah. Jadinya rezeki apa ada ... jagung halus pun habis. sekarang ni orang nak menjual jagung halus pun malu ..... abis camno kalau sepeket sekarang ni jatuh RM3.00.... almaklumlah sekarang bukan macam zaman dulu2 segala-gala naik harga.


Bahan-Bahan (Pada masa itu)

1/2 kilo udang (dibuang sesungut)
5 ekor sotong dihiris nipis
1/2 biji bunga kobis
1 biji lobak merah
4 kelopak daun limau purut
3 batang serai (ditumbuk)
2 sudu kecil pati tomyam (botol)
2 ketul pati tomyam (kiub)
3 keping asam keping
1 jug kecil air putih
sedikit minyak menumis (ikut suka nak banyak ke) 
garam
msg

Bahan kisar

15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ketul kecil belacan telah dibakar



caranya

sotong, udang, lobak merak dan kobis bunga ..... di rebus berasingan dahulu dan ketepikan

panaskan minyak masukkan bahan kisar tumis hingga masak dan naik bau
masukkan serai, pati dan kiub tomyam kacau lagi hingga naik bau
masukkan 1 jug air putih dan 3 keping asam keping biar hingga kuah mendidih
masukkan garam dan sedikit msg dan 4 kelopak daun limau purut biar agak lama kuah mendidih
perlahankan api masukkan kesemua bahan yang telah direbus tadi
renehkan sekejap bolehlah diangkat



kalau ada bunga kantan ni lagi sedap tomyam campur mmmmm dapat kunyah2 bunga kantan ni lagi puas makan tau .. hirup kuahnya yang masam-masam pedas .... nikmat rasanya ... tapi sebab apa adanya ... maka tomyam seafood ni da berbaloi..... :)

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter