Jom join izan

Thursday, October 27, 2011

Crispy Squid / Sotong Goreng Tepung

Alhamdulillah ..... rezekinya ada ... 
arini buat sotong goreng tepung ... sepupu pergi mancing dapat besar2 sotongnya ... ada lebih dihulurkan kat kita 2 ekor .. tapi boleh lah buat makan 3 kali ... adek eka suka betul makan sotong goreng ni ....



tak rugi cuba resipi ni ... memang sedap .... cuma pertama kali buat kurang masin lah .. kalau masin sangat nanti tak boleh makan pulak .... lain kali da boleh agak rasanya.....

eehh ... cicah sos cili sedap tau .... kita cicah sos cili life ... tapi kalau dapat sos siam tu jenama apa lupa ... lagi sedap rasanya......



meh tengok resipinyer .....
 
Sotong dalam 4 ke 5 ekor
iris nipis basuh dan tos 
lumurkan garam secukup rasa

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu besar rempah kari
1 sudu teh lada hitam
1 biji telur
garam secukup rasa




cara-cara

campur kesemua bahan2 diatas kecuali telur.
bahagikan kepada 2 adunan
1 bahagian campurkan telur dan air sedikit demi sedikit hingga agak likat

sotong yang sudah ditos dan diberi perasa garam tadi tuangkan kedalam adunan pekat dahulu kemudian masukkan kedalam adunan kering

panaskan minyak menggunakan api besar
dan gorengkan sotong tadi hingga warna tepung bertukar agak kekuningan. barulah diangkat dan dihidangkan tuk makan sekeluarga



oke boleh lah menggoreng pula ya ... haaa bahan diatas ni ... belen dari yang tadi... tuk masak kali kedua ... dah simpan pun dalam peti es ... mana tau awak orang nak datang .. keluarkan aje terus boleh digoreng ....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter