Jom join izan

Friday, October 28, 2011

Selepas sedekad aku di usha lagi ... ;) wink2 ..

Haaa... jangan tak tahu .. jangan tekezut ..

>

>

>

>

taraaaaa .... tang tang tang ......

>

>

>

Kena tag laaaaaaaaaaaaaaaaaaagi..... hehe dari >>>> : zanna

the rules

1. Post this rules

2. Write 11 things about yourself

3. Answer the Questions the tagger set for you

-----------------------------------------------------------------

1. Seorang wanita menghampiri ke umur 40 an ......
     ada sesiapa punya petua tuk kekalkan kejelitaan .. sila bagi info yerr .... kui3....

2. suka nonton citer lawak ..... exercise urat yang baik tuk melambatkan timbulnyer
    kedutan yer ..

3. Doraemon pun masih layan lagi ... jangan mara haa...

4. kuat merajuk ni jangan taktau ..... tapi kalau ada yang nak belanja makan free .. 
    rajuk leh tolak tepi haa

5. sensitif ... tapi orang tak nampak ...

6. kurang berbual .. lebih bekerja
7. dari umur belasan tahun ... minat pada perkara berkomputer ..

8. suka makan .... selalunya sekitar yang sewaktu dengannya da abis makan .. akak 
    tetap makan dengan selambanya ..
9. masak jangan cakap lah kesukaan.

10. punya 2 orang anak .... yang besar da umo 17 tahun ... yang kecik 13 tahun ..

11. sentiasa membina impian .... sebagai motivasi agar sentiasa bersemangat dan
      ceria ...


Jawapan kepada pertanyaan zanna



1. korang pernah / teringin bela haiwan? haiwan apa and kenapa?
    suka nak bela kucing ... sebab kucing ni haiwan yang comel

2. korang suka hospital? kenapa?
    tak suka ... akak fobia ... selama hampir 14 hari tinggal diwad menjaga arwah ibu
    (Disember 2010).. ada bermacam-macam pengalaman yang meninggalkan kesan

3. apa pendapat korang tentang nurse?
    nurse adalah manusia biasa ...

4. kalau ada sepasang kekasih (remaja) yang berkelakuan macam orang yang dah
    kawin, korang akan tegur ke tak? kenapa?
    tak ... zaman sekarang ... kau kau ... aku aku ...hanya mampu berdoa agar tidak
     berlaku dalam keluarga sendiri..

5. jujur ngan aku, korang khusyuk ke tak semasa solat? haha.
    zanna khusyuk tak solat ... jujur dgn akak ...

6. pada pendapat korang, kenapa kes penceraian semakin meningkat?
    berkahwin pada usia muda tidak salah ... kekalkan keremajaan anda bersama walaupun telah berkahwin ..
    maka akan kuranglah kes perceraian ... 

7. apa tujuan korang hidup kat dunia ni?
   kita ibarat musafir lara .. mencari kehidupan .... telah Allah jadikan kita untuk
   berada atas dunia ini .. maka bersyukurlah kerana kita bisa menikmati kehidupan

8. adakah korang amalkan pemakanan seimbang? atau...fast food je?
    suka fast food ... tapi berhati-hati sebab umur da meningkat makin remaja ni
    kan ... hehehe... penyakit mudah nak hinggap

9. adakah korang ingat dan mesej/call parents setiap hari?
    selalu tak ada kedit ... tapi parent memahami ...

10. korang rasa manusia boleh hidup tanpa kawan?
      seorang kita boleh buat 1 kerja dalam satu masa ... dengan kawan kita boleh buat
      10 kerja dalam satu masa ...

11. adakah korang sudah bersedia untuk mati?
      perbanyakkan amalan ya .....

oke ... akak dah siapkan ... nampaknya da boleh lar akak masuk tido ni ya ....

2 comments :

Wattie said...

Salam Izan,
Rajinnya Izan dok jawab soalan cepumas. Teringin la nak makan soton g goreng kat bawah tu, tak pernah buat lagi ni

Unknown said...

Salam Wattie

Saja suka2 berjawab ... lama dah tak buat tu ....

sotong goreng rangup ni kena dengan masak kari ... sedap

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter