Jom join izan

Saturday, November 5, 2011

Nasi Lemak Istimewa

Nasi lemak Istimewa ... haaa .. jangan mintak - jangan mintak ...da abis tau ... tengok je gambor nyer ... haha .... sesekali masak nasi lemak memang menyeronokkan menyenangkan ... sebab tak susah buat nyer ....

apadia !!
... nak sepinggan ... orang dah kata jangan mintak ... kalau nak resipi nyer haaa.... salin print ye .....



Bahan A

5 pot kecil beras
250 gm santan
air putih agak2 cukup utk mencukupkan sukatan biasa masak nasi
1 inci halia tumbuk jangan hancur
2 biji bawang merah hiris nipis
2 - 3 helai daun pandan
garam secukup rasa 

cara

basuh beras dan toskan
masukkan kesemua bahan diatas kedalam periuk letrik
apabila api letrik telah padam adakalanya nasi belum masak secukupnya
ambil bekas nasi tersebut .. jerang pula atas dapur dengan api yang perlahan
sila jaga ... jangan sampai rentung oke ..

Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis

minyak
2 biji bawang besar (dihiris cara menegak mengikut jalur bawang)
* kalau boleh bagian akar bawang dihiris lebih sedikit supaya bila dihiris bawang besar tu melerai antara satu sama lain)
1/2 atau sekeping asam keping
sedikit msg
sedikit garam
sedikit ikan bilis (bahagi 2 untuk goreng dan dalam masakan)
sedikit air

(bahan untuk dikisar)
 
20 tangkai cili kering 
10 tangkai cili api
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 - 3 ketul kecil belacan bakar

cara

- panaskan minyak dalam kuali (untuk sambal tumis izan suka banyak minyak)
- tumiskan bahan kisar bersama 1/2 asam keping.
- gaul agak garing menggunakan api sederhana hingga pecah minyak
- masukkan sedikit air, sedikit garam dan sedikit msg. secukup rasa.
masukkan sedikit ikan bilis dan hirisan bawang besar tambah sedikit air
dikacau sebati.- kuatkan sedikit api sehingga lauk masak dan pecah minyak.
- ketepikan biarkan sejuk seketika.
- angkat dan hidangkan.

---------------------------------------------------------

kacang tanah dibasuh ala kadar ... dan digoreng
bila sudah garing  (walau terasa agak lembik) angkat
bila telah suam gaul kan sedikit garam (menggunakan garam halus)

------------------------------------------------------------

goreng kan ikan bilis ke
potong timun ke
rebus telur ke
goreng telur
sampingan ...tumis kacang panjang


No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter