Gear box .... makan .... sup tulang .... makan .....
sedapppp .... seeeeeeeddap.....
anak beranak zan memang suka makan ... bukan kata lagi ... semua suka ....kena dapat tang lemak dalam tulang tu ... wuiiih ... sedap tak ingat pe dah ... janji selera ... makaaaannn...
Bahannya:
(Bahan 1)
tumbuklah halia sebesar ibu jari
9 ulas bawang merah hiris
6 ulas bawang putih hiris
apa yang ditenung lama sangat tu ... haah tu pinggan org sebelah lum pulang lagi
akak pinjam kejap ... wat amek gambar ... malu lar i .. jgn pandang lama2
1/2 batang batang saderi hiris
beberapa tangkai cili api tumbuk ala kadar
2 biji bawang besar sederhana besar hiris
sup serbuk 1 senduk ( kalau suka 2 senduk - ikut suka)
sup punjut adabi
sup punjut tulang
bahan tambahan
Caranya:
rebus tulang hingga empuk dalam api sederhana perlahan
(akak guna api perlahan biar lambat tapi empuk)
(bila isi dah lengkang dari tulang dah boleh masak)
(tapi kat rumah akak ni .. kalau lembut sangat ada bunyi-bunyi halus
kalau liat2 sikit itu yang sedap)
(terpulang pada keinginan masing-masing ya)lebih kurang 1 jam
buang air nya ketepikan tulang
tumiskan bahan 1 bersama bahan tambahan iaitu buah pelaga, kayu manis dan sedikit ketumbar
bila sudah naik bau dan agak garing masukkan tulang
kacau
masukkan air menggunakan api perlahan lagi
masukkan cili api , daun saderi , bawang besar
kacau letakkan bahan perasa masukkan kedua2 sup punjut
letakkan garam dan sedikit msg jika suka
bila da menggelegak, masukkan serbuk sup sesenduk dahulu ..
jika suka nak tambah lagi tambah tapi jangan banyak2
sesuaikan rasa
kemudian boleh diangkat
hiaskan dengan hirisan daun supt
dah boleh dihidangkan
No comments :
Post a Comment