Jom join izan

Showing posts with label cakap-cakap udang. Show all posts
Showing posts with label cakap-cakap udang. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Agak2 lah pesan orang tua dulu2 berguna tak .....

apa dia ... akak tak dengar .. cuba kuat sikit cakap ... isskkk tak dengar ... tulis cuba tulis..... (ayat lama tu ...)



dulu2 kerja akak basuh pinggan .... yelah .. arwah mak sibuk ... lepas kejar masak tinggalkan pinggan mangkuk dalam sinki sebab kedai tak ada orang jaga. nanti akak balik ... bagi clear sume yang ada. (kenangan dulu tu ...)

bila ada arwah nenek pulak .... bila dengar akak membasuh pinggan mangkuk .. mulalah ... "orang kalau basuh pinggan jangan macam nak berlari ... kalau ada mak mentua dalam rumah ... lari nanti, katanya mak awak tak ajar" .... nampak tak ...
kalau buat kerja ... jangan main lantun aje .. bunyinya aje macam perang dunia kedua. kalau mak mentua ada penyakit lemah jantung ... tak ke susah ... susah hati... menantu aku ni agaknya tak suka aku duk umah dia. walhal mak mentua tu sesekali aje datangnya....

sampailar da tua ni .... akak memang kalau boleh bila time membasuh pinggan mangkuk tu jangan sampai keluar bunyi ... yelah sesekali ayah akak ada duk kat rumah ni ... rasanya akak ada cakap perkara yang sama kek adik ika tak ..... 

Friday, June 27, 2008

ahhh....geram

Marah yang cuba ditahan supaya jangan meledak, selama bekerja boleh dikira berapa kali merempan. dengan client/defendan yang mengamok sakan pun boleh cool lagi. boleh senyum lagi. marahlah berapa kali nak marah tak kisah. bukan nampak pun. kalau kawan2 sekeliling dah paham. mana kawan2 yang panas baran dengar kita jawab panggilan baiikkk!!!! punye 10 kali soal 10 kali jugaklah menjawab masih senyummmmm..lagi...orang mendengar pulak yang sakit hati. kadang2 boss kata ini bagi dia handle..tengok dia boleh marah balik ke tidak. kita senyum jee.... gerenti client dengan kita ketawa kui..kui..kui...
Tapi macam mana boleh kita berangin hari ni... mana taknya dahlah assisstance kena jaga reception sebab receptionistnya mc 3 minggu cedera parah sebab air panas menggelegak tu boleh tersimbah ke badan dia. tu la kalau duk bujang setiap pergerakkan kurang berhati-hati. kesian mek fiza.
kita yang dah hampir seminggu menghabiskan LOD sorang2 mana yang nak masuk lagi... kerja lain lagi tak boleh nak sentuh. client dok talipon bising2 itu tak siap, ini tak failkan lagi. cover line boss lagi sebab boss dah selalu cover line kita... asyik tengok benda sama aje... dah tu ada sorang tu buat hal pulak dengan kita. tak penah2 dia buat. sama2 dah tension. kalau "asisten" kita tak pe lah senang cakap. huuu...
kebetulan senior boss panggil kita nak bagitau perkara lain. masuk aje bilik dia pertama yang dia tanya, kenapa you punya muka merah macam nak jerit satu dunia. senior boss kita punjabi. jadi boleh agak tak macam mana dia tanya kita. wah..kita apa lagi, dah tahan punya tahan tak boleh tahan. hujan pun turunn....
nak tau apa dia kata. izan, harini you nangis satu hari. saya sebelum ini sudah nangis tiga hari. saya tau you tension. ini hari you belajar apa. you belajar selepas dari hari ini you jangan nangis lagi. you kena senyum. ini hari you takda senyum. saya mau lihat you senyum. itu luar punya orang takda tau. hanya you saja yang tau you punya kerja. you punya masalah. you punya susah. you buat saja dengan hati senyum. sebelum you buat saya dah buat dulu. sebelum you tension saya dah tension dulu. kita punya kerja kena buat dengan senyum. kalau semua orang tension termasuk saya, saya ingat itu tanjung rambutan sudah lama penuh. sampai takda tempat untuk you. hehehe...dalam hujan sempat jugak aku ketawa lagi.
boss kata ini cerita P&C-kat ofis je. tapi kat sini nak citer lah buat lepas geram sesekali. tambah2 buat pesona bintang..tension2 pun dapat gak terbang lagi.
Kadang-kadang cerita dengan Mr Satwant ni best. banyak pengetahuan yang kita boleh dapat. tambah2 dia tak kira orang nak curahkan ilmu.

Tuesday, June 24, 2008

isu beras...

kenaikkan harga barang-barang keperluan pada masa ini sangat mendadak dan begitu terasa. sebagai pekerja biasa yang berpendapatan lebih kurang aje sangat sedih dengan situasi begini. keperluan utama seperti beras, mempunyai harga yang tinggi. dan jika dilihat Bernas mempunyai keuntungan dan harga beras(yang biasa digunakan) dipasaran rasanya mahal walau masih dalam kawalan. jika dilihat sekarang dimana-mana sahaja terdapat berjenis-jenis beras yang sebelum ini tak pernah kita lihat. ini kerana diberitakan bekalan beras tempatan yang kurang. adakala apabila melihat cap-cap yang tertera pada beras-beras tersebut membuatkan hati berkata-kata walaupun melihat pada harganya yang murah.
Apakah kita seperti mr/mrs potatoes kerana sekarang LPP sedang giat membangunkan usaha tanaman ubi kentang..... ini juga sumber karbohidrat.

Saturday, June 14, 2008

tugasan -vs- tanggungjawab

Hari Sabtu, hari bercuti... bercutikah kita????....

Oh tidakkkk..... hari-hari bekerja pun kengkadang bawa kerja yg tak sempat habis untuk dihabiskan dirumah-kadang-kadang hari bercuti pun kena datang kerja. kalau tidak pun kena bawa balik kerja ofis ke rumah. ini kerana rasa tanggungjawab untuk menghabiskannya kerana masih ada tugas bahagian lain yang sedang menunggu.

Pada masa2 begini, dikejutkan dengan mana adik yang sakit nak dibawa kehospital. sepatutnya hari ini, Sabtu hantar adik pergi PLKN. dah ditangguhkan pula ke tempoh yang lain. adik ipar yang satu tempat kerja pulak sakit kena bawa hospital. mana lagi perkara-perkara sampingan yang tak diundang datang menimpa-nimpa. itulah antara perkara-perkara yang berlaku di sepanjang minggu ini.

Niat dihati nak buka kelas tuisyen aje. Boleh duduk-duduk rumah. Boleh menung-menung, rehat-rehat. Agak2 niat tu boleh tak tercapai tak. kalau ada sokongan atau cadangan yang baik tolonglah bagitau. kawan-kawan apa cadangan...tolong bagi jalan. baik dan buruknya.

Friday, June 6, 2008

HARGA MINYAK NAIK!!!!!!............

Sana-sini soh seh...minyak naik. Kalau di ofis mana-mana staff yang datang bekerja menggunakan kenderaan sendiri tak habis-habis mengeluh. Tak habis-habis membebel. kalau suara tak keluar tapi mulut ada jer komat-kamit tak tau bilang apa. Mana-mana yang bekerja sebagai mat despatch mulalah geleng kepala. Boss arah pegi sana-sini ada je alasan. jauhlah atau apa saja alasan yang boleh dibagi.
Bila heboh petang ni harga minyak nak naik. Menderu-deru kenderaan keluar dari setiap pelusuk mengejar stesen minyak. Esok minyak nak naik hari ni kena full tank. Sampai membawa ke malam. Tak taulah habis pukul berapa 2-3 pagi macam tu. Esok bila tank dah kosong kena isi lagi tapi harga dah lain. MAHAL.
Apa bezanya beli hari ini murah esok mahal. Jadi kenapalah menyusahkan diri beratur beramai-ramai semata-mata nak dapatkan harga murah hari ini dan esoknya kena isi tapi harga mahal. Cubalah fikir macam-macam boleh berlaku kerana mengamalkan sikap tersebut. Takut2 kemalangan tak kiralah apa jenis kemalangan. Penat menunggu lagi kerana beribu-ribu keluar mengejar. Jalan pula padat sehingga menyusahkan pemandu2 yang lain.
Cubalah renung-renungkan.

Thursday, June 5, 2008

Inilah kita?.....

Setiap insan mempunyai berbagai-bagai watak, perasaan, ragam dan sebagainyalah. Dikelilingi insan-insan/masyarakat yang sebegini kadangkala menuntut banyak kesabaran, pemahaman dan persahabatan. Siapa yang kita maksudkan insan-insan/masyarakat ini?
Mereka adalah:-
1. suami/isteri
2. anak-anak
3. ahli keluarga
4. jiran tetangga
5. rakan-rakan
6. semua yang mempunyai kaitan dengan diri kita.
Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Adakala, tanpa kita sedari telah menyakiti hati/perasaan mereka.
Dan, bagi kita sendiri bila terasa hati apa yang mampu kita lakukan adalah berdiam diri, renung semula kesilapan diri dan bermurah hati. Mungkin tanpa kita sedari pernah menyakiti hati orang lain jadi kena terima apa yang dikembalikan kepada kita.
Antara awet muda ialah berlapang hati, senyum, reda dan sentiasa mendoakan kebaikan orang-orang disekelilingnya.- Disamping itu marilah mengamalkan makanan tambahan he..he..he....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter