Jom join izan

Showing posts with label apa cerita. Show all posts
Showing posts with label apa cerita. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Agak2 lah pesan orang tua dulu2 berguna tak .....

apa dia ... akak tak dengar .. cuba kuat sikit cakap ... isskkk tak dengar ... tulis cuba tulis..... (ayat lama tu ...)



dulu2 kerja akak basuh pinggan .... yelah .. arwah mak sibuk ... lepas kejar masak tinggalkan pinggan mangkuk dalam sinki sebab kedai tak ada orang jaga. nanti akak balik ... bagi clear sume yang ada. (kenangan dulu tu ...)

bila ada arwah nenek pulak .... bila dengar akak membasuh pinggan mangkuk .. mulalah ... "orang kalau basuh pinggan jangan macam nak berlari ... kalau ada mak mentua dalam rumah ... lari nanti, katanya mak awak tak ajar" .... nampak tak ...
kalau buat kerja ... jangan main lantun aje .. bunyinya aje macam perang dunia kedua. kalau mak mentua ada penyakit lemah jantung ... tak ke susah ... susah hati... menantu aku ni agaknya tak suka aku duk umah dia. walhal mak mentua tu sesekali aje datangnya....

sampailar da tua ni .... akak memang kalau boleh bila time membasuh pinggan mangkuk tu jangan sampai keluar bunyi ... yelah sesekali ayah akak ada duk kat rumah ni ... rasanya akak ada cakap perkara yang sama kek adik ika tak ..... 

Sunday, January 3, 2010

berbeza - tak serupa

Dalam sana sini mempersoalkan hukum dan kebenaran.....
nampaknya izan dah ketinggalan topik-topik penting. gara-gara fobia melihat corak kehidupan insan-insan pada masa ini adakah cuai atau itu yang tertulis "sejak azali"........
Ayah zan selalu ingatkan, "akak.... jangan amalkan sebut "thank God".......".... dari dulu hingga sekarang. Tuhan kita Allah, sebut Allah. "Thank you Allah".... memang zan tak pernah sebut, tidak sama sekali walaupun izan mempunyai keinginan hendak tahu... tidak pernah izan ajukan pada abah untuk bertanya. Tidak juga izan menganggap abah zan itu terlalu kolot........... cuma kalau dah bercerita menjadi panjang dan berkait.... untuk duduk selama sejam memang tak mencukupi. jadinya izan ambil yang asas untuk diamalkan.

Bila izan pergi ke laman Saudara Farid Rashidi (siapa yang berminat boleh ke lamannya). tertarik apa yang dikupas bagaimana penggunaan nama "Allah" yang cuba disamakan hanya dikurangi bilangan huruf atau penggunaan satu huruf sahaja, dibezakan pula pada bunyi yang mana seboleh mungkin hendak menunjukkan bahawa Allah, Tuhan yang sama. Dalam masa yang sama cuba memesongkan akidah umat Islam apatah lagi rata-rata zaman di akhir zaman ini umat Islamnya berada dalam kegawatan emosi dan budaya. (Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah anak-anak kami dari segala bencana dan malapetaka. Amin) Suka kepada budaya ikutan, nauzubillah. Sebagai ibu, cuba sedaya upaya membawa anak-anak/masyarakat keluarga kepada mencintai Allah, mencintai Islam. Amin.
Seperti kata Dr. Mahathir Mohamad di akhbar hari ini... - Terjemahan "God" yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam.
Jika "Allah" digunakan sewenang-wenangnya oleh sebarangan orang, takut-takut generasi kita yang kebanyakkan dah kurang teguh iman dan kiblatnya, terikut-ikut jalan yang tidak kita ketahui benarnya gara-gara budaya ikutan. Sedangkan sekarang generasi muda (mudahan anak-anak kita dijauhkan dari segala bencana dan malapetaka) mudah mengikut ajaran budaya asing dari segi penampilan, gaya, dan sebagainya. bagaimanalah pula Iman dan kiblatnya.
sebagai ibu, inilah gejala-gejala yang sungguh membimbangkan. takut gagal mendidik anak-anak menjadi seorang Islam yang sejati.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter