Jom join izan

Thursday, June 7, 2012

Gulai Siput dengan Batang Keladi

kalau nak tau ... inilah lauk kegemaran zaman berzaman akak ... dari kecil hinggalah sekarang .... Masak lemak cili api siput dengan batang keladi. lama dah tak masak sebab susah nak jumpa siput kat sini ..


balik kampung... singgah sekinchan baru jumpa ....



ini kalau jumpa dek abang iwan dengan adik .... memang suka sakan .... kalau dulu dimasak dalam santan yang lebih pekat dan menarik ... tapi sebab cuma ada sepeket santan RM2.00 dalam peti es .. makanya guna aje apa yang ada ....  


Bahan Giling


12 tangkai cili api merah
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar


Bahan


2 peket siput di siang dan bersihkan
2 batang keladi dan sedikit ubi keladi (di potong kecil)
1 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
1/2 keping asam keping
sedikit garam
sedikit msg
sedikit serbuk kunyit
RM2.00 santan kelapa
1 cawan kecil air putih


cara-cara:


masukkan kedalam periuk bahan giling, serbuk kunyit, serai, daun kunyit, ubi keladi bersama santan kelapa dikacau hingga masak - tuang sedikit air putih


masukkan siput yang telah disiang kedalam gulai kacau 
kemudian masukkan batang keladi kacau hingga sebati
masukkan garam secukup rasa bersama msg
masukkan asam keping
kacau hingga masak dan boleh dialihkan untuk dihidangkan



keladi ni disiang kulit tipisnya .... kadang2 terasa sedikit gatal pada kulit tangan kita ..
petuanya dulu2 ... akak rendamkan sekejap dalam air asam jawa untuk buangkan miang yang terdapat pada keladi itu kerana ada orang kata bila memakannya kadang2 lidah terasa gatal2.

layannnnzzzzz ...... :D

2 comments :

nita said...

ni adalah makanan febret kami anak beranak..hehehe
selalu beli kat pasar malam tak pernah masak resepi ni lagi..akan cuba juga kalau pergi pasar sebab pasaraya kat kwsn rumah tak jual siput ni..

Unknown said...

nita ... samalah kita ... sebabnya sedap dimakan hihi .. cubalah buat kalau ikut hati nak buat pedas2 tapi ngenangkan anak2 nak makan sama tu yang kurangkan cilinya ...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter