Jom join izan

Saturday, June 9, 2012

Nasi Goreng ikan masin jeruk

Bila coti je mesti kena makan pagi .... bila coti je mesti nak ada bahan tuk sarapan pagi.

time keje ... taknak lak dia mencari sarapan pagi ... perut ni pandai pilih hari lar pulak... patutnya hari hari kena sarapan pagi he3 ... eh betul apa ... sepatutnya setiap hari diwajibkan sarapan pagi kannnzzz .... tapi sarapan pagi air tangan sendiri tu yang lebih menyelerakan .. tapi kadang2 masa menyekat keinginan ...


nasi goreng ikan masin ... pedas .. nasinya lembut ... makan waktu berasap lagi ...
huuu ... panas berasap telinga ... tapi selagi tak "terbakar" lidah kepedasan .. tak boleh disebut sedap umpphh ..... bila mengenangkan anak2 yang nak makan ... selera sendiri terbatas ... bagaimanapun sedap juga ..... 

meh tengok benbahannyer ..

Bahan Giling

1/2 keping ikan jeruk
15 ekor (atau kurang) ikan bilis
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang merah
10 tangkai cili api (kaler merah)
(klu tak mo pedas bangat pilih cili akar - klu mau pedas cili api kampung power)

Bahan

5 batang kacang panjang (dipotong kecil)
5 cawan sederhana nasi putih
minyak masak
garam secukupnya
msg hujung sudu

cara-cara memasak

- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan giling hingga garing
- masukkan garam 2 sudu kecil (sudu makan whipped photato)
- masukkan msg (hujung sudu aje .. agak2 boley dikira msg tu)
- masukkan kacang panjang (biar agak sedikit empuk)
- masukkan nasi putih - gaulkan sebati

perlahankan api (sngt perlahan) - biarkan nasi memanas
kacau 3 minit sekali (rasa garam kurang atau cukup)

bila da masak secukupnya, angkat dan makan dengan berlauk .... ooo lupa ... jangan lupa goreng keropok ya .... makan sambil mengunyah keropok .... mmmm layannnnzzzz......


**** bila ketenangan itu dimiliki .... wajah makin berseri ... hati bernyanyi-nyanyi .. hari makin terisi ... sekian terima kasih, wassalam ... selamat menjamu makan pagi ... layannnzzzzz.....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter