Jom join izan

Sunday, March 4, 2012

Labu masak lemak Pucuk Manis

lauk ni dimana-mana memang susah nak nampak (sebab jarang makan dikedai), tapi kalau duk aje kat umah mak mentua, haaaa sesekali dapatlah merasa masak lemak putih ni campur pucuk manis dengan labu. 

tapi perlu ingat ya, bagi mereka yg diabetic jangan makan pucuk manis ya. ini pak mentua yang bagitahu....

sedap..... mestilah sedap makan dengan ikan kembung goreng panas2 tu kena pulak kuah lemak putih ni ...hmmmm cOBAk bayangkan betapa ummmppphh nya .. kena pulak sambal belacan .. apa rasanya ... rasalah kan ya ..




Bahannya

seikat pucuk manis
1/4 biji labu

10 ekor ikan bilis dibelah
1 ulas bawang kecil hiris
1 labu bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
5 tangkai cili api hiris

250 gm santan
200 gm air puteh
sedikit garam
sedikit msg 



cara memasak

masuk santan, ikan bilis, bawang kecil, bawang putih, bawang besar
kacau
masuk labu
kacau
masuk pucuk manis
campur air ikut kepekatan disukai
masuk cili api
kacau
letak garam dan sedikit msg

boleh lah diangkat tuk dihidang 



bayangkan ikan kembung baru diangkat dari kuali tu ... siram ngan masak lemak putih kena pulak ya kalau ada sambal belacan makan dengan sayur dan labu 

hehehe .... ;) wink2 ...

2 comments :

Tie said...

Olorrr......

Kak tie suka sayur cekur manis ni... lama tak makan, sebab dah lama tak ke pasor...

Unknown said...

k tie panggil dia cekur manis ya ... sedapkan ....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter