Jom join izan

Thursday, March 8, 2012

Air Asam dengan Ikan Keli

Ikan keli ni memang kalau dibakar menjadi kegemaran keluarga tambah kalau kena air asam ......

air asam ni ... lama dah zan belajar ngan makcik abang zul, masa tu zan muda2 ... sekarang pun muda lagi .... jangan mara haaaa ......jangan ditanya berapa umurku ... baru 20 an .... sekali lagi jangan mara haaaa .....aaaa ...



Bahan

8 tangkai cili api (kalau boleh biar hijau lebih)
2 tangkai cili besar / merah
1 biji bawang kecil
sedikit belacan bakar
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
sedikit msg

(di giling keseluruhan)

1 labu bawang besar di hiris
setitis dua cuka
3 biji limau kasturi
tambah secawan air masak puteh
buat secukup rasa

campur kesemuanya dalam satu bekas simpan dalam peti es
lagi lama disimpan lagi sedap bila dicicah
 


tapikan masa zan buat ni .. cili yang ada semuanya merah ... tu yang nampak tak cantik sangat. Okey nanti bila zan buat cili ijau campur cili merah... kita tengok lak camana kaler dia.... yang penting ... ikan keli cicah air asam ni sodapppp ..........

tak caya "try & see" mesti jadi "see ... see " ... seda ...............p ..... kui3 .. 


oooo ... kalau ikan keli abis .... gorenglah ikan kembung ... cicah air asam .... tak rugikan... tak rugikan ..... kasi abis itu air asam ....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter