Jom join izan

Saturday, March 17, 2012

Cicahan Air Asam ikan keli bakar


kat rumah akak zan ni seperti biasalah ikan keli memang tak jemu tambahan kalau ada cicahan  air asam memang lagi menyelerakan. kalau bakar membakar ikan pun dah jadi kebiasaan. lauk mengikut selera dan permintaan orang dalam rumah. selera abang zul dan anak-anak lebih kepada selera yang kemelayuan.


akak zan kalau bab ikan keli .... memang cerewet dari segi pembersihan ikan, corak yang akan di pamerkan sebab apa, ikan kalau kurang kita merawat kebersihannya akan sebab selera nak makan tu patah ... patah seribu ...... ee.....ehh ... termenyanyi pulak ... ki ki ki .... 

akak bakar atas kuali leper jew ..... sebab sabut / arang takda ... jadinya nak cepat atas dapur gas jelah ...


Bahan

15 tangkai cili api (kalau boleh biar hijau lebih)
2 tangkai cili besar / merah
1 biji bawang kecil
sedikit belacan bakar
sedikit air asam jawa
(di blend keseluruhan)

1 labu bawang besar di hiris
setitis dua cuka
3 biji limau kasturi
1/4 limau kasturi
sedikit gula
sedikit garam
sedikit msg
 tambah secawan air panas puteh
buat secukup rasa

simpan dalam peti es



yang kali ni akak buat cair je ..... sebenarnya kita boleh tukar2 nak pekat ke nak cair ke... terpulang pada rasa selera .... sebab tiada siapa yang nak marahkan ..... cubalah sendiri :D

6 comments :

Dearie Pearls said...

aloha kakak sayang..
moga sihat hendaknya..

terliur nampak sambal itu.. sedap kelihatan..


yamm... yam..

cheryna zamrinor said...

hahaha...terpanggil nak mengomen sbb kita cerita benda yg sama kali nieh. kak izan suka cecah air asam ye?

sha pulak suka sambal kicap...dengan limau kasturi...siap dengan ulam petai.

yummy!!!

Unknown said...

Deari Pearls,

ya adik sayang samalah jua buatmu :)

rasanya sedap dan pedas ... campor masam manis mmmmmmm yam ...

Unknown said...

sha,

itu pun sedap cicahan kicap campor cili campur limau ... wargghhh ...

nita said...

wah ikan keli ngan air asam, favorite saya tu...

tapi tak pernah buat sendiri, makan yang mak & mak mertua buatkan hihihi.. tapi tak pernah guna ikan keli, next time i'll try ^_^

Unknown said...

Nita ... ini kegemaran org dalam rumah ... sebenarnya ikan yang paling saya suka ialah ikan terubuk ... :)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter