Jom join izan

Sunday, August 31, 2008

sambal goreng ikan kembung & terung pipit


Dulu-dulu mak zan selalu kata "makan sayur, jangan dipilih-nanti mata tak terang macam mana nak membaca". (ini sebab zan yang paling susah nak makan sayur). Tapi kalau sekarang zan cakap macam tu kat anak-anak .... tak ada yang ambil pusing... dipilih lauknya...
Kepada sesiapa yang tak suka makan sayur diluar sana... cubalah makan sayur. sedappp.. rasanya seperti ayam, walau ia bukan daging ayam..
Sebenarnya itu lauk tengahari semalam, sebelum keluar rumah. zan masak ikan kembung bersama terung pipit. kalau dulu-dulu masa zan jalan kebelakang rumah ada pokoknya - buahnya zan petik - masa tu zan panggil "terung rembang". tapi sekarang bila dah masuk pasaraya, pada peket tu tertulis terung pipit. apa pun ia tetap sama.

Bahan A (kisar)
15 tangkai cili kering (nak lebih pun boleh)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang kecil
1/4 sudu minyak masak (jika perlu)

Bahan B
1 peket terung pipit
3 ekor ikan kembung
(digoreng sdkt bergaram))
1/4 asam keping
sedikit garam
secubit ajinomoto
minyak masak untuk memasak
1/4 cawan air biasa




caranya:


panaskan minyak dalam kuali masukkan bahan A bersama 1/4 asam keping. kacau agak garing kemudian masukkan terung pipit, sedikit garam dan secubit ajinomoto. masukkan sedikit air biasa dan kacau lagi akhir sekali dimasukkan 3 ekor ikan kembung yang telah digoreng. kemudian perlahankan api dan biar seketika hingga pecah minyak..

10 comments :

Akak said...

Salan Izan...

Dah lama tak makan terung pipit nie..

Anonymous said...

ermmm...cedapnyerrrr....

dina said...

yummmi... sedap tu zan... terung rembang tu rebus makan dgn sambal belacan lagi best

Anonymous said...

Salam akak,

izan kalau dapat makan terung pipit ni, berulang kali makan nasi. hehehe...

Anonymous said...

ahmoi,

memang chedapppp....tambah2 kalau dapat makan ngan ikan bilis...lauk lain tak pandang dahhh...

Anonymous said...

dina,

tradisional punya memang menyelerakan.... aduuu... sambal belacan... tak boleh ingat lahhh... orang minang panggil sambal ketuk.

dina said...

kau org minang ye zan

Anonymous said...

di siko minang x practice... hihihi.. abah den minang. dina pun minang juo ...

dina said...

tak la... aku org melayu takde campur2... tapi aku suka campur dgn urang minang, jowo... unik tau... banyak yg buleh belajar tambah2 dlm bab masakan... buleh le aku belajar dari kau ye zan

Anonymous said...

dina....

kita pun belajar lagi, awak tunjuklah skill juga, buleh gak kita tukar-tukar. camtu baru best... amacam orait tak...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter