Jom join izan

Sunday, August 31, 2008

gelagat

Harini ambil kesempatan melawat makcik yang dah empat hari dihospital. belum tahu lagi bila keluarnya.. kesian dengan mak uteh tu.. apataknya kurang sehari lagi kita nak mula berpuasa tapi uteh di hospital duduknya.
kami sampai di hospital lebih kurang pukul 5.00 petang, duduk hingga hampir jam 7.00 petang. lepas tu beransur ..........
sambil tu ... tengok makcik 2 orang ni, sempat lagi nak berpozing.... pantang dipelawa, berterabur nak bergambar....

kat atas ni gambar adik ika dengan mak danya... ini adik yang no. 2 patutnya panggil mak ngah. tapi memang dolu2 lagi dah pesan tak glamer... dia suruh panggil mak da. tak pun ni lar pesona bintang .... nak bertanding siapa lagi kecil.



Haa..... ini 2 orang sepupu .... kalau ini 2 orang dah jumpa .... kapal pun karam. ada aje nak ditekakkan.


ini dikenali angelina julin...huah ha ha, dia dah minta jawatan guard kat kawasan tu...


amboi..amboi ... abe diapit awex yer.............. sabar..sabar...

cek embun 2 & 3 ni memang suka nak mengena...baik jauhkan diri kepada sesiapa yang berkenan... selalu yang kena cek embun 1 & embun 4, asal ada 2 orang ni mesti tekena... jalan berlenggeng betul2 dia bwk i/c dengan dompet yang penuh syiling je. hehehe..... bila lar dapat nak kenakan diaorang balik.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter