Jom join izan

Saturday, February 4, 2012

Asam Pedas Ikan Pari




harini dapat 10 ketui ikan pari .... siap dibelikan bendi, daun kesum, bunga kantan .... walamak ... masak asam pedas kew ..... bukan apa lauk ni bukan pilihan anak-anak yang memilih makan .... ikan macam ni tak dipandang ... yang memandang ibu ngan abahnyer ajew ...



asam jawa banyak ni ... letak air suku cawan nak lebih letak setengah cawan


daun kesum mana yang pucuk ambil ngan batangnya. daunnya dipilih ambik yang shantek ...


memang suka nak makan bunga kantan ni .... sedap tau .... kalau pegi mana2 bila order asam pedas memang kalau dapat bunga kantan ni ... macam dapat coklat ... seronokkkk...

sebab bercinta sayang nak habiskan cepat ... zan kerat 4 setiap satu ... dari kerat 2 .. lambat sikit abiskanzzz......


kalau sayur bendi tu akak tak suka nak kerat-kerat dia .... biarlar bentuk dia gitu .. sedap

Bahan

10 ketul ikan pari
7 batang bendi
2 kuntum bunga kantan
2 - 4 tangkai bunga kesum
sedikit air asam jawa
1 koley air putih
secubit lebih gula (jika suka)
garam
msg


Bahan giling

13 tangkai cili kering
(kadang bila buat cili giling - cili kering lepas di kerat rebus) - tuk buang habuk dalam cili
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


cara-cara memasak:

panaskan minyak tumis bahan giling hingga naik bau
masuk air asam jawa
masukkan air (ikut suka nak pekat atau cair)
masukkan ikan pari / sayur bendi / bunga kantan / daun kesum
[masukkan ikut turutan selepas beberapa minit setiap satu]
akhir sekali letakkan secubi gula / garam dan sedikit msg secukup rasa

[angkat dan hidangkan]


kalau masak asam pedas ni akak suka pekat ..... ngancam dan pedas .... berselera makan ... masam2 tu ... iskkk ... sedap tau.

masak asam pedas ni tak payah nak dikacau-kacau .... tak payah nak dijaga sangat ... tak adanya pecah minyak ... lainlah macam masak lemak kan nak kena jaga santannya jangan berketul-ketul......

akak ngan makan bertambah-tambah ... nampaknya nak diet lah camni ...... sendiri masak sendiri berselera ....

2 comments :

Wattie said...

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul Izan,
Lamanya tak mai sini, nak asam pedas semangkuk, nak hirup cam tu aja...ada lagi ker ni

Unknown said...

Waalaikumsalam dan salam maulidur Rasul Watie,

itular bagai dikata ... yang tinggai .. pic nyer ajer ... hihi ....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter