Jom join izan

Monday, February 13, 2012

D'Muara Marine Park Sg Hj Dorani Sg Besar

 

Destinasi terkini ... lari dari kesibukkan kota ... mencari ketenangan disamping mencari ilham .... jom disini

DMuara-Marine-Park-Sg-Hj-Dorani-Sg-Besar

Bilik mengadap laut .. bernombor F09 .. memang best berada ditengah ... luas boleh memuatkan 3 - 4 keluarga .... memang memuaskan kos RM170.00  boleh tengok melalui link tersedia. keperluan asas peti ais berfungsi, bilik air  boleh tahan, plak 2 kiri kanan katil memang tak boleh guna, ada tv ... balkoni mengadap laut, kemudahan free wifi hanya di bahagian menyambut tetamu  ... bagi yang tak kisah keadaan yang biasa2 memang guna saja apa yang tersedia ... yang penting hati bersyukur pada apa yang ada ..... jom tinjau



dari hadapan ... air pasang waktu petang





jeti boleh memancing juga disini ... tapi jaga2 bila bot lalu ... takut tali pancing tersangkut pada bot yang lalu



pemandangan muara tika air surut...


Bahagian menyambut tetamu ... ruang menunggu ...



barang-barang keperluan memasak dibawa tuk menjimatkan kos .. restoran ada disediakan ... tapi seronok pula begini ...



pemandangan dari balkoni tika air pasang ..... nelayan mencari rezeki

hasil nelayan yang memancing dari balkoni ..... kui3 ...



ada kawasan mandi tuk kanak2 yang teringin mandi laut ... sebab disini kawasannya lumpur maka disediakan kawasan sebegini .... 



dari balkoni memancing ikan .... pemandangan air pasang ...


tak perlu keluar dari chalet ... semua da tersedia ada....


pemandangan waktu air surut ... agak2 pukul 3 ke 4 air pasang ... malam pun mcm tu .. tapi bukan setiap masa sama ...



seronok ... memang seronok .... bagi yang memang suka nak duduk sesaja dalam chalet ... memang menyeronokkan ... 1 hari permulaan ... kalau diikutkan 2 hari baru best.

kat sini juga ada kawasan dibina ditengah laut bagi yang mahu memancing dengan menyewa bot ... tapi kami lebih suka disitu saja ...

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter