Jom join izan

Saturday, January 28, 2012

ketam masak lemak cili api dengan pucuk ubi




Harini dibelikan lauk tuk dimasak 5 ekor ketam ...... 
kalau sebelum-sebelum ni ada disertakan pucuk paku boleh lah zan jadikan lemak ketam pucuk paku

ini ketam sesaja ... apa nak dilawankan ... puaslar juga duk pikir .. masak sambal goreng ke .. kari goreng ke ... goreng saja keee.... huhu fining - fining ... akak fining ... fining bila sayur tak dek ... tak lengkap tu.
iya tak ya .... tinggalkan dulu berserakkan kat sinki ... lari rumah mak mentua belakang rumah nak usha pucuk ubi ..... sebelum tu ... usha dulu mak mentua tengah wat pe ......

makanya jadilah lauk tengah hari ni .... "Ketam lemak cili api dengan pucuk ubi" ...

Bahan Utama

5 ekor ketam (setiap satu dibelah 2)
10 tangkai pucuk ubi (ikut suka)

250 gm santan
200 gm air puteh
1 sudu serbuk kunyit babas
garam secukup rasa
secubit msg
1/4 asam keping
minyak

Bahan Giling

17 tangkai cili api / akar (hijau)
5 tangkai cili api / akar (merah)
1 lawang bawang besar (sederhana besar)
1 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih


cara menggulai:

------------------; menggunakan api sederhana kuat

- tumis bahan giling hingga naik bau
- masukkan santan kacau jangan sampai pecah minyak
- masukkan 200 gm air putih
- masukkan pucuk ubi berserta asam keping 
(suka 1/4 keping jer .. sbb skrg rasanya agak masam)
- kacau hingga mendidih (sentiasa kacau gulai)
- masukkan ketam letakkan garam secukup rasa dan hanya secubit kecil msg
- kacau hingga pucuk ubi empuk

-----------------; besarkan api hingga gulai mendidih sekejap
--------------------------; terus angkat periuk dari api
-----------------; kerana jika dibiarkan sahaja pada tungku yang panas .... 
gulai akan pecah minyak walau api telah dipadamkan ....




sila lah hidangkan ...... huuuuuu ... rasa menangis pedas menyengit makan dengan nasi panas2 ...

sediakan tissu kat sebelah cee...q .. senang sambil makan sambil mengelap

layan tul makan ketam ni .....  tambah tambah anak bujang ... selagi tak disuruh berhenti makan .....
kalau masak camni ... zan suka santan pekat .. dah lar manis ketam .. campurlak pedas cili api .. kunyah lak pucuk ubi .... waduuuu ... dapat lak kacang botol .. makan2 berderap derup dalam mulut ... Alhamdulillah .... nikmat makan ...

malam ni ..... lauk apa ... malam ni tinggal kuah dah ... gorengkan aje ikan kembung terjunkan aje dalam kuah tu pula .... hehehe ...

selamat menjamu mata .......

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter