Jom join izan

Wednesday, January 25, 2012

Singgah di ...... Pantai Remis Jeram Klang

Dulu zan pun tak tau Pantai Remis ... bila dah diajak bersama  .... baru tau Pantai Remis tu rupanya berhampiran Klang. kami melalui lebuh raya LATAR menuju ke kuala selangor.. sebab cepat dan dekat ... 

Pasang 4 khemah ..... kali pertama duk dalam khemah .... rasanya .....
memang terasa lah .... kui3 ....
tapi seronok pun ada juga ...... walaupun sangat meletihkan ..... azam lain kali nak cuba pasang sendiri khemah ... kui3 ... kalau tak meletihkan .. ha2 ...

tapi .... tak da rasa serik .... cuma rasa nak mencuba lagi pada akan datang .. insyaAllah

keseronokkan memasang khemah ni ... lain rasanya .. kita buat dengan kerjasama beramai2 ... faedahnya mengeratkan tali kekeluargaan ..... memang seronoklah ... sesekali cuba begini ... lain dari yang lain ... akan datang pasti nak cuba lagi ...


ahli keluarga sibuk merancang bagaimana nak memasang khemah ........

anak-anak leka bermain pasir .....


izan sibuk snap ... snap ... snap ..... jadi lain kali nak sibuk pasang khemah lak ...


anak bujang sibuk memasang umpan dibawah cahaya rembulan terang ... uppppsss ... cahaya lampu dibekalkan oleh bateri kenderaan ....


penuh ..... bak kata abe zul waktu gi Morib ritu ... zan tinggal tak bawak peti es jew ... kui3 ... apapun lengkap sedikit sorang dari 4 keluarga ... barulah seronok ...


pemandangan diwaktu rembang ......



jangan bataskan diri melakukan aktiviti dengan ceria .... bina jati diri ....

seronok tau melalui begini .... bayangkan solat mengadap ke laut dalam keadaan matahari terbenam ... dan dalam kepekatan malam pemandangan laut luas kita menadah kesyukuran ... sahdu.... cubalah .. pasti menyeronokkan

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter