Jom join izan

Tuesday, January 24, 2012

Impian Morib - jom kongsi

tak ada plan pun nak jenjalan ... ada plan tapi lain tempatnya ... tapi tu lah manusia hanya mampu merancang ..

ia tak ia sesat di "Impian Morib" ... cadangnya nak memancing ... tapi geografinya yang berbeza ..

kalau dari Rawang ... perjalanannya menuju ke Klang ... dan terus ke Banting.(melalui perjalanan Klang teringat Institut Hafiz tempat kita belajar dulu .... sijil resmi pun tak ambik sampai lar ni ... ) perjalanan ni jauh sebenarnya tapi sebab da tersasat .. makanya dari Klang terus je menuju ke Banting sehingga melepasi pekan Banting baru nampak signboard menuju ke Morib.


kalau da sampai depan masjid ... masjid berdepan dengan Pantai Morib .... jalan kedepan sedikit selepas sekolah .... sebelah kanan disitulah terletaknya Impian Morib.. 

kat sini zan ambik bilik "superior" [mempunyai 1 katil queen size dan 1 katil single] + [punya peti es (yg utama tuk simpan yg disukai terutama 100 plus ..kui3 ... atau lauk basah) kena beritahu kalau peti esnyer tidak berfungsi eh] ... terletak bersebelahan hotel Impian Morib dimana mereka dah mengambil alih bangunan dari kelab Golf (mungkin sebagian bilik superior ditempatkan disitu)...jadinya selepas "check in" kita keluar semula beberapa ketika untuk keluar dan memasuki Kelab Golf disitu kita letak kereta dan memasuki bilik.... kat bangunan ni okey lah .. bebas berbanding hotel yang punya bagian menyambut tetamu didepan .. disini pun ada tapi tak kerap. oyer ... 

kerana bukan hari biasa 1 malam RM190.00 ... campur hari perayaan kan....


kat sini mandi2 di kolam renang ... bebas berpakaian ... maknanya tidak diwajibkan memakai pakaian renang ... dengan sebab itu kami semua TERJUN lar sudah hh .... hehe ... kolam renangnya besar  berbentuk U ... 




kalau nak tahu ... bagi yang tinggal dibilik superior ... kalau nak mandi atau sarapan pagi kena pergi ke hotel kerana kolam renang dan ruang makannya nya terletak di hotel ... bagaimanapun ada jalan menyambung antara bangunan kelab golf (bilik superior) ke kolam renang dan ruang makan. jalan kaki pun sampai .... keadaanya seperti kawasan memisah berpagar tapi tiada berpagar .. disitu terletaknya juga chaley dan apartment kepunyaan Impian Hotel ... maknanya siapa nak duduk di chaley atau apartment juga ada.


saja bawa anak jalan2 .... 
 

Beginilah pemandangan belakang dari bilik yang kami menginap ... cucuci mata lah tengok orang men golf ... sebab lupa nak beli kayu golf haritu ... kui3...



menikmati pemandangan di Pantai Morib ... oye nak ke pantai Morib dari "Impian Morib" ... keluar kena menaiki kenderaan ...


sesuai tuk picnik ..... air laut disini kalau surut lama pantainya jadi luas sangat dan laut rasa jauh sangat... tapi kalau air pasang tinggi hampir sama paras dermaga .. jadinya kalau memancing disini kena tanya orang yang biasa memancing di Morib ... nampak ramai yang menjala dan juga memancing siap berkhemah khemah lagi .....  


selain kami yang bakar membakar dan masak memasak ada ramai keluarga juga yang berbuat demikian ..... apa pun memang menyeronokkan

kalau ada yang berhasrat untuk ke kompleks jualan disini memang tak ada ... kalau ada pun kena keluar semula ke Klang ... jauh sangat ...
 
tempat makan luar .... selain di Pantai Morib ... ada juga di sepanjang jalan ... tapi kena memilih .. jika tidak berkenan jangan singgah lebih baik makan2 di Pantai Morib sahaja .. atau restoran didepan Pantai Morib...

Dari sini kalau nak terus ke Port Dickson .. da tak jauh dah ... lebih kurang 73 km sahaja lagi ....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter