Jom join izan

Sunday, November 20, 2011

Kek Limau


 
jomlah check in kat info kek oren kita

Ini permintaan abey zul yang kedua kali... kalau memang kegemarannya ... tak payah bagi tau apa nak beli atau sediakan ... dengan sendirinya dan senang hatinya tersedia di depan mata ... tapi adakalanya memang hampir lengkap ... kalau lengkap senang jadinya ... tapi hampir lengkap ni .. kena bijaksana menjadikannya juga ... hihi .. apataknya dia bagi kita gula icing ..... icing pun icing larrrr .... buatkan jew .. makanya rasa kek limau ini manis2 tapi tak manis .... hmmmm manis buah ...


abey zul kata, kalau dah mengadap kek ni memang susah nak berhenti .... pagi petang malam ... tak jemu ... kalau dulu kak longnya yang buat ... sekarang akak pulak lar amek aleh buatkan ...


 Bahannya

4 biji limau sunkist
ambil kulitnya nampak tak seperti pic dibawah..... parut

(pemarut nih akak da simpan bertahun2 tak guna present masa kat Anuar Hong 6 tahun ada kot inilah baru guna)

Jus limau sunkits 
(akak ambil 2 biji limau nak lebihkan pun ikot suka)
500 gm mentega
2 cawan gula icing
6 biji telur
(akak guna yang biasa aje)
2 3/4 cawan tepung naik sendiri


caranya

* gula icing dan mentega dipukul hingga kembang
* (6 biji telur dalam satu bekas) tuang sedikit demi sedikit sambil dipukul
* masukkan jus limau bersama kulit limau
* masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengadun
* Tuang kedalam adunan disukai
(sebab oven akak kecil loyang pun kecil akak jalan 2 kali)

panaskan oven dahulu
(akak guna 130' C panas atas bawah besi ketuhar) 
masukkan bahan adunan
(akak jaga supaya kedua-duanya masak tidak sampai hangus)
(akak lebihkan besi ketuhar bawah pada tahap 150'C pada 20 minit terakhir dan besi ketuhar atas ditutup)
 
gris dan taburkan tepung pada loyang sebelum adunan dimasukkan

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter