Jom join izan

Wednesday, March 2, 2011

sambal goreng ikan bilis ngan jering

jeng jeng jeng .... ahakkkksss.... tuk awex muda you..... banyak khasiat tau...
siapa tak suka makan jering .... baunya tak menarik.... rasanya ...
bagi yang suka makan jering ... macam izan ni ... memang sesekali teringin nak makan..

sesekali nak menghilangkan gian makan jering .... tu yang ada sambal goreng jering campur ikan bilis ni....

selalunya jering tu zan rebus dulu sebab apa ... jering tu tua.. jadinya kalau tak direbus dulu alamatnya .. kena kunyah guna batu lesung lah .. hehe... tapi kalau digoreng terus pun boleh.

kalau diikutkan bahan kisar adalah sukatan biasa. tapi sebab nak menjimatkan masa, selalunya bahan2 tu dah dikisar berasingan awal2. jadinya bila nak di masak zan akan ambik mengikut sukatan agak sendiri. cili ambiklah dalam dua senduk atau tak mahu pedas 1 senduk setengah, bawang merah dilebihkan sikit dari bawang putih. dikacau dalam satu mangkuk dan tumis. :D

Bahannya

5 biji jering tua direbus
sedikit minyak
1/4 asam keping
msg
garam
sedikit ikan bilis
sedikit air

(dikisar)
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

cara penyediaan:

- dibelah2kan jering yang telah direbus basuhkan bersih. ketepikan.
- tumiskan bahan kisar bersama 1/4 asam keping.
- gaul agak garing menggunakan api sederhana.
- masukkan jering dikacau sebati.
- masukkan sedikit air, sedikit garam dan sedikit msg. secukup rasa.
- perlahankan api sehingga lauk masak.
- ketepikan biarkan sejuk seketika.
- goreng garing ikan bilis.
- masukkan kedalam sambal goreng dan kacau sebati.
- angkat dan hidangkan.



jangan lah ada yang fining ..... banyak khasiat tauu..

9 comments :

Mak Su said...

wow! tp sy selalu mkn mentah jer... buat masa ni, rasa2nya dah byk bulan x mkn jering.

Anonymous said...

Kak tie tak makan jering. Tapi kalau petai kak tie suka, :)

KTS said...

tak pernah makan jering... sbb takut bilik air berbau 'harum sundal malam'

hihihi


tapi kaaan. kita suka sambal goreng ikan bilis

julietchun said...

tak pernah makan jering gini.

Unknown said...

mak su,

weeewit...mentah pun saya makan. selalunya camtu jg berbulan-bulan baru sesekali dpt makan ... penjaga diet bagi tetapan haha..

Unknown said...

kak tie,

belajar lar makan sedap tau... hehe

Unknown said...

kts,

upgrade lar sikit ... tambah jering agege...

tular kan sebabnya berbulan2 baru dapat makan ..

sebelum tu kena beli dulu peluntur berbotol2 ... sekali tuang setengah botol... agege...

Unknown said...

julietchun,

try lar ... sedap tau ..

aweks senyum said...

sedapppp..nyummy2..sy mmg suke mkn jering...msak lemak jering pon sodap..suke..suke...:)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter