Jom join izan

Friday, March 4, 2011

ayam goreng wangi

kadang-kadangkan ..... kadang2 bila "mim" sampai ... ada lauk banyak dalam peti es pun .. tak tau zan nak gayakan macam mana. ... hehe..

jadinya ambik jalan mudah ... goreng-gorengan ... goreng-gorengan... hehe
tapi kalau ayam ni digoreng berkunyit aje.. kadang kurang menarik perhatian perut ...
tapi bila bau wangi dari ayam goreng tu ... cuba perhatikan ... perut mula berdendang kekiri dan kekanan ... berlagu minta diisi ... fuuuu sedapnya ayam goreng

Bahannya:

5 ketul ayam dibasuh bersih
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit minyak

Bahan tumbuk:

1 inci halia
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih

cara penyediaanya:

- perapkan ayam dengan bahan tumbuk bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
- panaskan minyak didalam kuali
- gorengkan ayam dengan api sedikit perlahan. kerana jika api kuat ayam akan cepat
berwarna hitam dan didalamnya kurang masak.
- dijaga sehingga masak kekuningan diangkat dan hidangkan....



2 comments :

Tie said...

Eh... kak tie dah tulis komen kat sini.. mana pulak perginya...

kak tie memang selalu goreng ayam begini. Anak-anak suka... :)

Unknown said...

kak tie..

tu lar tenet skrg ni.. bnyk camtu. sana sini org berkata komen hilang sendiri. bukan disini saja di FB pun serupa. bkn k tie saja, antaranya khamis lalu kwn zan pun tanya tadi ada baca komen klik .. tp bila tngk semula tak tahu mana p komen tu..


kak tie... sedapkan goreng macam ni... harum. anak2 pun laju je makan :D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter