Jom join izan

Monday, February 21, 2011

sayur campur brokolli


kadang-kadang kaler yang menarik memang mengundang keinginan......
macam tu lar juga kalau secara "live" ... bila terpandang kan sayur yang berwarna ijau gitu.... huhuhu ... mesti nak makan ... nyam nyam...

bayangkan kat satu kedai di damansara tu akak zan pergi semata2 nak dapatkan 2 ke 3 ketul brokolli tu .. kemudian sikit-sikit sayur yang lain ... nasi sepinggan ... chicken lemon 2 - 3 ketul .. harganya mencecah .. RM7.20.

jadinya sebab nak puas makan ...... akak zan masak lah sendiri mudah aje ....

Bahan-bahannya:

1. 2 potong cili benggala warna merah (dihiris kasar)
2. sejambak brokolli
3. setengah jambak bunga kobis
4. 4 batang anak jagung (dibelah memanjang)
5. 1 batang karot (dibelah memanjang dan halus)
6. cendawan (seakan rupa asam keping) - (direndam hingga lembut)
7. sedikit udang
8. sedikit minyak
9. sedikit air putih
10. sedikit garam
11. sedikit msg
12. 3 biji bawang merah (dihiris)
13. 2 biji bawang putih (dihiris)

cara masakan:

1. sayur-sayur disiang dan disediakan.
2. panaskan minyak didalam kuali.
3. tumiskan bawang putih dan bawang merah. masukkan udang,
garam dan msg secukup rasa.
4. masukkan sayur jagung hingga agak lembut baru masukkan
sayur yang lain yang disenaraikan.
5. kacau sebati dan tutup dengan penutup kuali. perlahankan api.
6. masukkan sedikit air (jangan guna banyak air) dan rasa garam hingga cukup rasa.
7. diangkat dan hidangkan.

****** akak kalau masak sayur tak suka lama2 atas dapur ... nanti sayur dah tak ijau dan layu tak best. masak alar2 je ... dah lembut boleh dikunyah tu angkat... zat pun tak ilang banyak you..:D

8 comments :

KTS said...

sayur adalah feveret kita. meratah je pun takpe. takyah makan dgn nasi


nyummm :D

julietchun said...

kita suka sayur yg keras2 je, sayur daun tak suka.

Unknown said...

kts,

samalar kita punya feveret.....
boleh kamceng nih......:D

Unknown said...

julietchun,

makan lah sayur berdaun... bagus tuk mata tau...

Anonymous said...

Kak tie suka sayur campur gini. Siap je terus ratah, hehehe...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Sedap-sedap ya resipi kat cni

Unknown said...

k tie,

zan pun gitu gak .. cilok dulu sebelum hidang :D

Unknown said...

Paty's Kitchen - Cook with passion

biasa2 je ni.. seronok2 :D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter