tak tau lar akak izan sekarang ni suka nak snap - snap..... kalau boleh cili kering pun nak snap gak.. camnilar kalau ada waktu senggang ... nak masak mesti snap ... hehehe
tapi snap lauk pauk ni kan ... dapat pahala.... mana adik-adik yang tak pernah nak rasa pegang sudip pegang senduk ..... mesti tingin nak cuba ... betul tak ... betul ke idak .. jawab lah ... betulkan.. :)
suka ayam pencen dak wahai adik-adik ku.....
ini feveret "my big bos" dan anak-anak .... belajar dari ku juga .. hehe..
tapi snap lauk pauk ni kan ... dapat pahala.... mana adik-adik yang tak pernah nak rasa pegang sudip pegang senduk ..... mesti tingin nak cuba ... betul tak ... betul ke idak .. jawab lah ... betulkan.. :)
suka ayam pencen dak wahai adik-adik ku.....
ini feveret "my big bos" dan anak-anak .... belajar dari ku juga .. hehe..
selalunya akak izan rebus ayam pencen ni alar2 juga..lepas dah bersih2 kan rebus agak2 dua kali rebus.
kalau kat rumah ni ... lembut sangat pun tak boleh ... keras sangat pun tak boleh. dia nak ada feel bila gigit daging ayam tu ... hihi... bukan senang nak faham keinginan dan minat orang lain ... belajar memahami itu lebih baik .... :D
Bahannya:
1 ekor ayam bakar (ayam pencen/ayam kampung)
3 biji ubi kentang (dibelah 2 bentuk bulat)
pati santan (lebih kurang untuk sebiji kelapa)
4 batang serai (2 batang dihiris halus/2 batang ditumbuk hujungnya)
sedikit garam
sedikit msg
sedikit air
sedikit minyak
1 keping kecil asam keping
(digoreng tanpa minyak dengan api perlahan)
sedikit jintan besar (jintan manis) - lebihkan jintan besar
sedikit jintan kecil (jintan putih)
1/2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan kisar:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/4 inci kunyit (sebesar ibu jari)
15 biji cili api (kepedasan mengikut rasa sendiri)
cara penyediaan:
- tumbuk jintan putih dan jintan manis yang telah digoreng tanpa minyak. ketepikan.
- rebus ayam menggunakan air putih sehingga tenggelam sedikit ayam. air rebusan kali pertama yang telah tinggal sedikit ditoskan. kemudian tambah lagi air untuk buat rebusan kedua masukkan sekali ubi kentang.
- panaskan sedikit minyak masukkan bahan kisar. kacau hingga garing letak kan garam, msg dan asam keping. kacau lagi hingga sedikit lagi garing (gunakan api sederhana)
- masukkan pati santan tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
- masukkan secubit sahaja bahan tumbuk (jintan manis & jintan putih) .... bunga lawang yang dipecah2 dan buah pelaga.
- masukkan serai yang telah dihiris dan yang telah ditumbuk juga ayam serta ubi kentang yang telah direbus.
- kacau hingga kuah menjadi sedikit pekat (ikut kepekatan yang disukai)
- imbangkan rasa lauk antara masin, masam dan pahit. mengikut kepakaran sendiri (kui3x...)
- angkat dan hidangkan
Peringatan:
kuah lemak hendaklah sentiasa dikacau - supaya tak pecah lemak dan rupa tak cantik
lepas siap dimasak mestilah diangkat dari dapur yang panas
4 comments :
kalau kita tolong kacau kuah lemak, mesti ibu membebel
sbb kuah lemak pecah minyak
:D
kts,
org kata nak pikat pakwe kena pikat mak dia dulu ... ekeke...
sedapnyer....
lapo lah pulak
Dila Lala,
itu belum depan mata lagi ...:D
Post a Comment