Jom join izan

Saturday, February 19, 2011

cara-cara membuat sambal belacan...

apa tujuan kita menumbuk sambal belacan dan apa kelebihannya .....
tujuannya supaya biji cili itu hancur dan kita kurang mendapat penyakit yang kita pandang remeh tapi boleh menjadi bahaya..............
kelebihannya .... sedap ... dan lebih pedas..........:D


kepada adik-adik .... mana yang baru nak belajar menumbuk sambal belacan tu .. gunalah pelindung tangan ... kui3x...
mana nak cari..... cari lah di farmasi ada.... di mydin ada.... dimana-mana ada.....
supaya apa.... tangan tak pijar....
zaman sekarang kemudahan ada banding dulu... keluar sikit modal utk sedikit perlindungan apa salahnya kan...




tak kira kita bangsa apa... jenis makanan semua orang dah menyukainya.. apatah lagi "sambal belacan".....
kalau dikisar bahan tu .... iskkk kurang ngancam.... tak power .... tak seperti veteran...

Bahannya:


15 biji cili padi atau cili akar
sekotak belacan yang telah dibakar
3-4 biji limau kasturi
msg (ajinomoto)

cara-caranya:

- bersihkan cili.
- sekotak belacan - akak ambik 3/4 sahaja
- dibakar lagi agak garing
- kemudinan ditumbuk lumat bersama cili
- letak msg 1 sudu kecil / atau ikut kebiasaan masing2 menggunakan msg
- perah limau kasturi
- diangkat dan hidangkan



biasanya akak zan suka guna cili api berwarna hijau dan kurangkan penggunaan cili api berwarna merah (campurkan sedikit kedua-dua warna). sebab kalau kaler hijau semua tak cantik pula sambal belacan tu ...

eehhhh.... cantik itu penting. makanan juga perlu cantik dan menarik sebab bila semua tu ada barulah perasaan nak makan tu seronok.... haaa .. itu akak zan lah dalam penyediaan makanan semua nak menarik...

***** penggunaan cili besar memang tak pernah. tapi kalau makan ditempat orang ... apa saja yang disediakan ... akak zan telan saja tak ada pantang larang... :D

selamat mencuba wahai adik2.

10 comments :

Anonymous said...

assalam zan...terima kasih tolong ajarkan buat sambal tu..tapi tak banyak sangat ke belacan tu...hihihi,sambal belacan ima memang suka...tapi tak leh makan selalu nnt asyik berbunyi je...aaaacum!!!!

Unknown said...

ima,

tak apa .. ngan kawan-kawanlah tempat zan memberi dan menerima ilmu.

biasanya klu sambal belacankan .. ada orang suka lebih belacan haaa .. itu yang accuummmm !!! klu kluar itu jgn letak bnyk. blh sini mmg suka bnyk belacan .. tpi zan ikut selera sendiri .. biasanya bnyaknya cili atau belacan bergantung pada rasa kita mkan sedapnya hehe..

tp limau nk perah banyak ... sedap masam manis... tp klu dlm freezer ada 2 biji aje .. tambahlah air masak ... hihi..

Anonymous said...

Kak tie ni bila rajin, tumbuk sambal, tapi bila malas blender je, hehehe.....

KTS said...

perggghhh.. sambal belacan mmg menambah selera. elok biasa makan 3 pinggan. terus jadi sepriuk

hihihi

*jilat bibir*

Dearie Pearls said...

Hi Kak...
wow..
sangat menarik dan mengundang rembesan air liur...

nak buat ar nanti....
heee

Mulan said...

salam..

best nya sambal belacan.. saya mak budak tapi buat sambal guna blender.. ok jgk la. jgn press lama2 nnti hancur.. tapi sambal yg kena tumbuk mmg lagi power..

Unknown said...

k tie,

klu zan pulak .. bila rajin menumbuk sambal .. bila mim alip lam sin smpi .. terus tinggal hehe... seminggu sekali jek tumbuk :D

Unknown said...

kts,

klu camtu kan ... lepas makan jgn lupa timbang ... sebab dah seperiuk mari ... ekeke..

sedapkan makan dgn sambal belacan..:D

Unknown said...

Hai Dearie Pearls,

memang sangat sedap makan dengan nasi .. cuba buat tau ..:D

Unknown said...

Mulan,

menumbuk ni best ... hehe .. ada melodi mengiringi ... "kelentang kelentung.." ekeke cubalah ...
;) wink2..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter