Jom join izan

Sunday, September 26, 2010

tempoyak bercili

siapa tak suka makan tempoyak...... tambahan kalau tempoyak bercili atau cili tempoyak.....???? heeemmmmm rugiiii...
bukan susah nak buat pun.... kalau lagi pedas lagi sedappp....
kena pulak ngan ubi rebus ke .. .ikan pekasam ke ... bendi celur ke... walamakkkk sedap tu.... kalau dah makan mesti bertambah2 nasi... lupa nak berenti... berenti makan lar...

kadang bukan semua orang pandai makan nasi ngan cili tempoyak, tapi rugi tak cuba...
siapa yang dah biasa makan mesti tak boleh lupa kesedapan tempoyak dalam kepedasan.. :D


camane nak buatnya... mudah je... tapi bagi orang yang pertama kali nak buat atau nak cuba memang susah nak pikir... senang je..

bahannya:

2 senduk kecil tempoyak

segenggam cili padi (agak 15 tangkai cili padi)

sedikit garam

caranya:

- tumbuk cili padi bersama sedikit garam

- gaul bersama tempoyak

- hidangkan



5 comments :

mamawana said...

perggghhhh....fuhhh....sodap tu

KTS said...

boghapi tolingo


.
.


:D

julietchun said...

ikan patin masak tempoyak pun sedap ye :P

sonata anak kancil said...

suka makan sambal tempoyak....tapi susah gak nak dapat tempoyak ni

Bro Framestone said...

peh menyelerakan...


mmg suka makan tempoyak... tp lepas makan terus tumbang...

sy dah xleh makan durian n seangkatan dengan die dah T-T

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter